Sunday, October 01, 2017

Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Dengan Mudah



Satu aplikasi mudah alih yang di kenali MyBIM telah di lancarkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun pada 27 September 2017.



Bagi mereka yang ingin menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa isyarat boleh lah memuat turun aplikasi ini yang terdapat untuk sistem operasi Apple App Store dan juga Google Play Store. Dalam aplikasi ini terdapat hampir 500 kosa kata dalam 36 jenis kategori asas yang berbeza seperti ejaan, nombor, warna, nama tempat dan pelbagai lagi.

Penggunaan aplikasi ini sangat memudahkan kerana ianya bukan sekadar ilustrasi tanda  isyarat bahkan disertakan sekali dengan video yang membolehkan kita faham dengan lebih jelas. Semoga dengan aplikasi ini, dapatlah kita belajar ilmu baru seterusnya dapat meningkatkan lagi komunikasi berkesan dengan orang pekak-bisu.

Untuk aplikasi android boleh muat turun kat sini.
Untuk aplikasi Apple App Store boleh muat turun kat sini.