Sunday, October 01, 2017

Belajar Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) Dengan Mudah

video


Satu aplikasi mudah alih yang di kenali MyBIM telah di lancarkan oleh Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan kerjasama Yayasan Sime Darby (YSD) dan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun pada 27 September 2017.



Bagi mereka yang ingin menambah kemahiran dan pengetahuan dalam bahasa isyarat boleh lah memuat turun aplikasi ini yang terdapat untuk sistem operasi Apple App Store dan juga Google Play Store. Dalam aplikasi ini terdapat hampir 500 kosa kata dalam 36 jenis kategori asas yang berbeza seperti ejaan, nombor, warna, nama tempat dan pelbagai lagi.

Penggunaan aplikasi ini sangat memudahkan kerana ianya bukan sekadar ilustrasi tanda  isyarat bahkan disertakan sekali dengan video yang membolehkan kita faham dengan lebih jelas. Semoga dengan aplikasi ini, dapatlah kita belajar ilmu baru seterusnya dapat meningkatkan lagi komunikasi berkesan dengan orang pekak-bisu.

Untuk aplikasi android boleh muat turun kat sini.
Untuk aplikasi Apple App Store boleh muat turun kat sini.

Friday, June 30, 2017

Apa Ada Dengan Angka 40?



Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".- Al-Ahqaaf 46:16


TAZKIRAH DAN INGATAN BERSAMA

Nabi Saw pernah sebut tentang Umur manusia khasnya apabila mencecah ke 40 tahun.
Sedikit sebanyak antara maksudnya :

Umur 40 tahun ialah umur dimana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian), atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.
  • Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian. Kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.
  • Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.
  • Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.
  • Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.
  • Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri.
  • Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.
  • Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang.
  • Sehinggalah tiba saat ruh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.
(**tazkirah & peringatan bersama ini hasil daripada perkongsian friendlist di facebook


Friday, May 12, 2017

Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) Bagi Pesara Kerajaan

Tahukah Anda??

Pesara Kerajaan Malaysia yang meninggal pada 15 Oktober 2010 atau pada tarikh selepasnya termasuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, Awam Negeri, Badan Berkanun, Kerajaan Tempatan dan pesara Skim KWSP.

(Pembayaran ini tidak dipanjangkan kepada penerima pencen terbitan yang meninggal dunia)


*** (Penafian: untuk maklumat lanjut & terkini boleh layari ke sini atau berhubung terus dengan pihak berkaitan)

Wednesday, May 10, 2017

Bagaimana Cara Scammer Membuat Kerja Penipuan



SKIM CEPAT KAYA
 [Nasihat Saya Supaya Masyarakat Jangan Tertipu Dengan Skim Cepat Kaya]

Saya dapat info ini bagaimana ‘scammer’ ini membuat kerja. Andaikan saya adalah ‘scammer’:

1. Saya mempunyai modal cash sebanyak RM100,000. Saya buka satu syarikat/skim yang ada tawar 3 pakej pelaburan kepada orang ramai:

A. Gold - RM400
B. Platinium - RM4,000
C. Diamond - RM40,000

2. Untuk early stage bukan mudah untuk menarik pelabur, stage pertama adalah strategy untuk menjadi 'trusted'. Pada permulaan ramai orang ragu-ragu dan takut ditipu tapi nak tahu. Kebanyakan orang ramai yang suka mencuba akan letakkan pakej yang paling minima iaitu Gold - RM400. Pakej Gold ini dijanjikan akan dibayar RM100 sebulan selama 3 bulan, dan pelaburan ini akan matang pada bulan ke-4, dan mereka mempunyai pilihan untuk mendapat RM800 (keuntungan) dan pakej akan segera ditamatkan. Contohnya 1000 orang masuk, total collection yang saya dapat adalah sebanyak RM400,000. Duit ini cukup digunakan untuk membayar habuan bulanan pelabur selama 4 bulan. Duit modal Saya RM100,000 digunakan untuk membayar sebahagian kecil mereka yang stop pada bulan ke 4. Kalau 100 orang stop saya kena keluar RM800 x 100 = RM80,000. Apa ada hal keluar sikit modal saya, janji saya dapatkan trusted mereka. Tengok nanti bagaimana saya ‘makan' duit mereka balik.

3. Psikologi emosi dimainkan waktu ini dimana pelabur akan menjadi tamak sebab dengan hanya menunggu lagi 5 bulan mereka akan mendapat RM3600 disamping RM100 bulanan. Kebanyakan mereka tidak akan stop pada bulan ke 4 tersebut kerana mereka menanti habuan yang lebih lumayan di hadapan. Maka mereka mengambil pilihan teruskan habuan bulanan RM100.

4. Pada bulan keempat tersebut pelabur-pelabur sudah termakan 'trusted' dengan dana tersebut disamping sebahagian kecil yang stop dan dapat RM800 tersebut menjadi bukti kononnya skim itu adalah sangat-sangat 'trusted'.

5. Waktu ini kepercayaan terhadap skim ini akan menebal. Maka berbondong-bondonglah diajak keluarga, rakan office, sahabat handai, orang kampung melabur bersama kerana taksub dengan keyakinan tersebut. Diajak joint venture, kumpul modal ramai-ramai dan melabur.

6. Make it short. Contoh 1000 orang tadi yang sangat yakin dan dipukau dengan 'Trusted Scheme' upgrade kepada pakej Diamond - RM40,000. Duit tu mungkin dari joint venture, kumpul duit orang, personal loan, jual harta, pinjam 'Along'. RM40,000 x 1000 = RM40,000,000.

7. Senangnya saya nak dapatkan RM40,000,000 (Rm40 juta!) dengan hanya membayar nilai lakonan 'Trusted'. Bila dah dapat duit, masa ni saya dah boleh istihar macam-macam kepada pelabur-pelabur saya. Paling senang kena rompak, kena tipu atau pecah amanah (tuduh jer sesiapa dalam syarikat dan jadikan kambing hitam). Dan saya tak mampu pulangkan modal pelaburan tersebut kepada pelabur pelabur. Untuk meredakan amarah pelabur saya, saya minta tempoh 6 bulan untuk selesaikan & recovery, cukup 6 bulan Saya minta extent Lagi 6 bulan. Lama-lama mereka putus harap dan pasrah duit mereka telah hangus (disini saya akan mainkan sentimen agama sikit seperti rezeki itu Allah yang tentukan). Mereka akan lupa hari demi hari.

Jika anda rasa penulisan ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE & TAG RAKAN ANDA di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

Credit penulisan diatas kepada :
anti-scammers @ Khairul Ezuwan (key)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Trick Penipuan Lepas Tangan (baca sampai habis)
========================================

1.Saya mempunyai Satu program untuk menyekam duit orang ramai . Saya buka Satu Company yang bernama ABC Global Resources.

2.Contoh trick ini saya menggunakan platform binaan rumah. Selepas membuka company, Saya mula merancang untuk menyekam orang ramai. Teknik yang paling berkesan adalah saya menggunakan lorong orang-orang yang berpengaruh supaya penipuan yang saya hendak lakukan nampak TRUSTED. Saya malas nak cerita panjang bagaimana step yang saya lakukan sehingga orang-orang berpengaruh ini menjadi Kambing Hitam saya. Mereka pon tertipu dengan kelicikan saya. Saya pula tak akan banyak menonjolkan diri, Saya akan menggunakan agen-agen yang Saya lantik.

3.Dipendekkan cerita, seramai 100 orang telah terpedaya dengan rancangan syaitan saya. Saya kelabukan mata mereka dengan membina rumah Banglo RM40,000 sahaja untuk keluasan 1500 Kaki persegi. Saya pandai ambil kesempatan dari masalah orang ramai atas masalah harga rumah yang mahal. 100 x RM40,000 = RM4,000,000 berjaya saya collect. Saya buat sebuah rumah cantik-cantik dengan kos RM200,000 sebagai rumah contoh, bila nampak bukti tersebut, 100 orang mangsa lagi saya Dapat kutip RM4,000,000. Waktu ini saya dilabelkan sebagai sangat trusted.

4.Kemudian saya pilih pula 10 tapak rumah, saya hantarkan beberapa Pallet batu bata besi & pasir setiap rumah Bagi menunjukkan seolah-olah progress sedang berlaku. Modal sikit jer ni tapi hasilnya lumayan. Dari 10 tapak ni saya pilih dua tapak untuk dijalankan progress oleh pekerja-pekerja kontrak yang saya upah. Dari situ orang nampak saya lebih-lebih lagi TRUSTED.

5.Bila lobang saya mula nak pecah Sebab duit dah habis saya enjoy. Saya buka pula company baru, ABC Global Sdn Bhd . Dari sini akan muncul entiti lain bukan saya dihadapan. Namun dia menggunakan platform rumah yang saya pernah buat sebagai Bukti progress, macam biasa , kami akan gunakan orang-orang berpengaruh. Launching company pon dah cukup untuk nampakkan Kami sangat-sangat trusted. Lebih lumayan , Kami dapat sauk lagi 200 unit . Masa ni harga Kami boleh mahalkan sikit jadi RM60,000, maklumlah dah sangat trusted kan. RM60,000 x 200 unit = RM12,000,000. Waktu ni Kami akan All out sapu mana yang Patut, tak kesah la duit booking, duit deposit.

6.Dari duit yang lebih banyak aku collect, aku boleh jalankan sedikit progress company pertama aku supaya orang kelabu mata nampak progress terus berjalan walaupon lembab gila. Tapi waktu ni aku sukar sikit sebab ada partner in crime yang lain terpaksa aku ajak bersama. Dah aku penyangak, diorang pon penyamun. Tapi still ok , duit free beb, kena kongsi-kongsi la sesama penyangak.

7.Selepas tu Kami create la drama kami ni bergaduh, Salah menyalah. Aku pon keluar dari jadi Pengarah ABC Global Sdn Bhd. Oleh kerana nama company hampir sama, aku berjaya pindahkan tanggungjawab project first aku yang guna resources kepada yang Sdn Bhd Sebab diorang ingat sama. Tapi jilage aku lupa partner aku tu pon penyamun, Dah la guna platform pertama aku nak menipu, dia pon pandai tolak semula kepada company pertama aku untuk mereka yang beli dengan pada projek pertama dulu . Kononnya dia nak bertanggungjawab atas yang projek yang bayar under company Sdn Bhd sahaja. Haha, aku tau kau nak buat apa, kau minta tempoh 3 bulan, kau pon akan buat sama macam aku buat ni.

8.Tapi aku sure dah ada plan B, macam biasa KAMBING HITAM. Aku akan jual company pertama aku pada orang lain yang merupakan budak aku atau aku lantik jer dia sebagai Pengarah Urusan. (Syarikat Sole Proprietor ada Pengarah Urusan ke?arghh lantaklah) ni sure bayar mahal punya. Budak yang aku ambil untuk ambil alih company aku ni mesti la kaki pembelit juga. Asal bayar dia Jalan jer, nama dia pon memang sure dah busuk, alang-alang busuk asal dapat duit, jadi bangkai pon dia sanggup. Haha. Sekarang aku dah tak perlu bertanggungjawab, lagi pon diorang bukan nampak sangat dulu kelibat aku. Haha. Sekarang semua masalah, menjawab aku serahkan pada budak aku ni. Dia tak perlu risau sebab orang takkan belasah dia sebab dia seperti orang yang akan memperbetulkan keadaan, acah-acah reorganise. Budak aku ni pon tak perlu nak risau sebab tindakan undang-undang takkan dikenakan. Sekarang ni mangsa-mangsa jadi confuse dengan belitan yang aku buat.

9.Mangsa-mangsa nak ambil tindakan undang-undang? Mahkamah ? Silap besar!!! Lawyer pon aku dah beli , agreement yang aku suruh lawyer tu draft akan selamatkan aku dari tindakan undang-undang. Kahkahkah. Macam biasalah perjanjian berat sebelah, clause refund pon takde. Sesetengah lawyer sekarang pon asal masyuk, kerja jalan. 'Bisnis Beb'. Aku Terus boleh Enjoy !!!!!

10.Sekarang aku cuma takut Kalau muka Aku Viral jer, pastu trick aku ni ada orang baca. Itu Jilage!! Tak boleh keluar rumah aku nanti kang.
-KEY-
(sumber fb Khairul Ezuwan)

Sunday, April 23, 2017

Lesen Kelas B2 Cuma Harga RM100


Program myPRIHATIN

Syarat-syarat permohonan myPRIHATIN:-
1- Warganegara yang mempunyai kad pengenalan Malaysia (biru)
2- Umur 16 tahun ke atas
3- Miskin bandar yg Isi rumah RM3000 ke bawah
4- Belum pernah memiliki apa-apa kelas lesen memandu


Buat masa ini di laksanakan WP Kuala Lumpur dan masa akan datang akan dibuat 4 bandar besar seperti Pahang, Johor, Perak dan Pulau Pinang. (negeri lain secara berperingkat).

NOTA PENTING : calon yang terpilih adalah yang berdaftar di bawah Program e-KASIH atau mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau Penerima bantuan Baitulmal.

 sumber dari fb: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

Sunday, February 26, 2017

Peribahasa Melukut Di Tepi Gantang



Melukut: Serpihan beras yang halus-halus, hujung beras
Gantang: Penyukat, sukatan, alat yang di gunakan untuk menyukat beras

Maksud: Keluar tidak mengurangi, masuk tidak memenuhi

Wednesday, January 04, 2017

Pekerja di Perancis Menang 'Hak Untuk Tidak Dihubungi Majikan' Di luar Waktu Kerja

Sekiranya jika kita dapat memberi tumpuan sepenuhnya dengan komitmen kerja dalam waktu pejabat, rasanya majikan juga tidak mungkin akan mengganggu staff mereka di luar waktu kerja. 

Fikir-fikir balik, adakalanya kita ada terambil & terguna waktu pejabat yang mana kita telah dibayar gaji & upah untuk melakukan kerja serta amanah namun di gunakan untuk tujuan lain termasuk kepentingan peribadi.

Ada yang menjual barangan dalam waktu kerja seperti kain pasang & tudung, ada yang keluar hantar & jemput anak sekolah, ada yang guna masa & peralatan pejabat untuk medium laman sosial, ada yang keluar minum pagi sampai berjam-jam lamanya, ada yang masuk lewat pulang awal dan bermacam-macam lagi yang ada.

Dalam konteks ini, jangan fikir hak kita terhadap majikan sahaja, majikan juga mempunyai HAK ke atas kita sebagai pekerja mereka yang telah kita setuju dengan syarat penerimaan & penawaran kerja. Tiada siapa yang paksa anda untuk menerima jawatan, namun bila sudah memohon & di terima masuk maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan.


sumber: google images


PARIS: Syarikat-syarikat di Perancis dikehendaki menyiapkan jaminan ‘hak untuk tidak terhubung’ kepada pekerja masing-masing bermula 1 Januari, sebagai usaha negara itu menangani masalah terikat dengan tugas selepas waktu pejabat, lapor AFP.

Bermula tahun 2017, satu undang-undang pengambilan pekerja baharu akan dikuatkuasakan bagi setiap organisasi dengan lebih 50 pekerja, supaya memulakan rundingan dalam menentukan hak pekerja untuk tidak terikat dengan e-mel atau panggilan telefon.

Penggunaan gajet digital yang berlebihan telah dipersalahkan atas banyak kes keletihan dan kurang tidur termasuk masalah perhubungan, memandangkan para pekerja tidak pasti waktu yang mereka boleh mengabaikan gajet mereka.

Langkah rundingan tersebut diambil untuk membincangkan tentang dilema budaya kerja tanpa henti yang menjurus kepada isu kerja lebih masa tanpa bayaran, dan pada sudut lain, membolehkan keanjalan bagi pekerja untuk bertugas di luar pejabat.

“Terdapat jangkaan bahawa syarikat-syarikat akan membuat rundingan ‘hak untuk tidak terhubung’ ini.

“Pada masa yang sama, pekerja juga tidak mahu hilang autonomi dan fleksibiliti yang ditawarkan melalui penggunaan gajet mereka,” ujar pakar kajian dunia pekerjaan, Xavier Zunigo.

Di bawah undang-undang baharu, syarikat perlu patuh untuk membuat rundingan dengan pekerja tentang hak mereka untuk memadamkan telefon dan kaedah mengurangkan gangguan dalam kehidupan peribadi.

Jika sesuatu persetujuan tidak dapat dicapai, syarikat perlu menyiarkan piagam yang jelas menunjukkan permintaan dan hak pekerja di luar waktu kerja.

Kesatuan sekerja di Perancis dan beberapa media haluan kiri negara itu menyatakan bahawa undang-undang itu diperlukan kerana ‘pekerja sering dinilai atas komitmen kepada syarikat dan kesediaan mereka’.
Beberapa syarikat besar seperti Volkswagen dan Daimler di Jerman atau syarikat kuasa nuklear Areva serta syarikat insurans Axa di Perancis sudahpun mengambil langkah membataskan panggilan telefon atau pesanan ringkas selepas waktu kerja bagi mengelakkan kelesuan pekerja mereka.

Antara langkah yang telah diambil termasuk mengekang penghantaran e-mel bermula waktu pulang kerja dan hujung minggu; ataupun menghapuskan terus e-mel itu jika dihantar pada pekerja yang sedang bercuti.

sumber:Astro Awani