Wednesday, May 25, 2016

Melaporkan Asnaf Secara Dalam Talian (Online)



Tahukah anda, kita sebenarnya boleh melaporkan secara dalam talian sekiranya kita mengetahui /menjumpai mana-mana asnaf yang berkelayakan dan perlu di bantu dengan cara klik di Lapor Asnaf. (*Ini adalah link kepada laman web rasmi Lembaga Zakat Selangor (LZS) - melaporkan kes asnaf hanya untuk negeri Selangor sahaja).


Seringkali kita boleh lihat viral di laman sosial berkenaan mereka-mereka yang berkeperluan. Alhamdulillah, ramai rakyat di negara kita yang prihatin dan berkemampuan untuk sama-sama menggalas tanggungjawab sosial. Kita juga boleh memainkan peranan untuk menyalurkan maklumat (yang tepat) kepada pihak berwajib seperti Pusat Zakat, Baitulmal atau juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hubungi Talian Kasih melalui panggilan 15999 untuk melaporkan mengenai Aduan Krisis Masyarakat.



Sanggup kah kita melihat sahaja gambar sebegini (bawah) dengan hanya memberi sedekah butang like di facebook sambil berdoa di laman sosial "semoga hidup anak ini di permudahkan". Ini adalah sebab mengapa zakat dan bersedekah sangat di tuntut (kewajipan) dalam agama kita.


2 comments:

Kakzakie Purvit said...

Cuma kena berhati-hati bila menyalurkan zakat dalam talian tanpa badan pengendali sebab bimbang dia bukan asnaf sebenarnya. Kita tak salah tapi rasanya rugi jika saluran tak tepat/betul. Contoh yg boleh dibuat di Talian Kasih yg Ee bagi ini oklah..

eelobor said...

Kakzakie Purvit: Rasanya akak telah salah faham. Ini bukan untuk membayar zakat secara online. Ini adalah untuk melaporkan asnaf. Contohnya jiran sebelah rumah kita fakir/miskin, kita boleh tolong untuk salurkan (laporkan) maklumat untuk tindakan pihak zakat selangor. Link yang saya kongsikan tersebut adalah laman web Lembaga Zakat Selangor.