Monday, April 25, 2016

Penggunaan Aplikasi Sosial Seperti WhatsApp Dikatakan Mengganggu Psikologi Penjawat Awam

"Perkara ini boleh dikatakan bukan sahaja menjejaskan pengguna pekerja awam, tetapi juga swasta. Malah memandangkan penggunaan seperti pada WhatsApp Group tidak boleh menyembunyikan diri apabila mesej telah dibaca turut membawa kepada tekanan yang lebih tinggi dikalangan pekerja." - Amanz Network.



Penggunaan Grup WhatsApp Boleh Jejas Psikologi
21 April 2016

KUALA LUMPUR - Pengunaan aplikasi media sosial seperti Group WhatsApp sebagai saluran komunikasi di jabatan kerajaan dikhuatiri menjejaskan psikologi penjawat awam, demikian menurut seorang Senator.

Senator Datuk Mariany Mohammad Yit berkata, terdapat rungutan oleh kelompok penjawat awam yang mendakwa penggunaan aplikasi sosial itu turut menjejaskan kualiti masa bersama keluarga dan waktu rehat mereka.

Katanya terdapat kes ketua jabatan yang mewajibkan penggunaan WhatsApp sebagai saluran komunikasi kepada semua pekerja.

"Pada masa kini, penggunaan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dalam kalangan pengurusan tertinggi dan pegawai-pegawai sektor awam amat popular.

"Terdapat juga jabatan kerajaan yang menjadikan aplikasi grup WhatsApp sebagai saluran komunikasi," katanya semasa membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.

Beliau berkata, tidak dinafikan penggunaan aplikasi media sosial mempunyai kebaikan dan keburukan.

"(Cuma) kita mohon Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menjelaskan adakah aplikasi WhatsApp telah diwartakan sebagai saluran rasmi komunikasi antara penjawat awam," katanya.

Beliau berkata, JPA juga diminta menjelaskan sama ada pekeliling perkhidmatan awam telah dikeluarkan berhubung penggunaan aplikasi berkenaan bagi memantau standard piawaian dan tatacara serta kredibiliti penggunaannya demi menjamin keselamatan operasi dan keselamatan dokumen yang mungkin menjadi sebahagian daripada dokumen rahsia rasmi kerajaan. – Bernama

sumber dari SINAR ONLINE

4 comments:

Fazleyatul Aini said...

stress banyak sangat group wasap keje
1 projek ada 3-4 grup wasap
kalau 10 projek? pitammmmm

*∽ IZAN ∽* said...

Hmm... team kami pun pakai jugak tapi tak de lah formal instruction melalui WA kan just kadang2 update info sahaja... lain2 mail communcation lah biasa nyer

Umie Adli said...

Dekat rumah pun dpt arahan melalui whatup

Anonymous said...

Biar betul..msian go men nak Jimat duit guna what's app and other apps utk communication. Hancur.. La kalau guna fb sbb ya Hu di punya server kat is ra el. Kenapa orang kita bodoh ye?