Wednesday, April 13, 2016

Ocean Hauz Di Ukay Boulevard Hulu Kelang

 
Ocean Hauz cawangan Hulu Kelang terletak di Ukay Boulevard berhadapan dengan Weststar Honda (MRR2). Konsep makan kat sini adalah makan tanpa pinggan cuma berlapikkan kertas sebagai alas. Anda juga akan di beri apron plastik ketika membayar di kaunter bagi mengelakkan terkena kuah pada baju bilamana nak makan nanti.



Gambar di atas adalah menunjukkan jenis-jenis menu. Sebelum ke kedai nie, aku terlebih dahulu membuat carian pada google images bagi mengetahu apa jenis-jenis menu tersebut. Harga telah tertera sepertimana gambar di atas. 

Boleh pesan makan ikut kemampuan dan apa yang ingin di makan agar tidak membazir.
 

Pertama sekali pilihlah jenis makanan laut apa yang terasa korang nak makan ikut kemampuan dan tahap kelaparan masing-masing. Setiap lauk yang di pilih akan di timbang dan korang mesti kena bayar terlebih dahulu. Nanti kalo bayar lepas makan mula la buat muka seposen bila kena caj mahal. Sekurangnya masa nak timbang tu akan keluar di skrin menu yang di pilih beserta dengan harga. Jika rasa tak malu korang buleh buat la apa-apa alasan untuk blah. Pandai-pandai lah korang, takkan itu pun nak kena ajar kan? Hihihihi... itu pun jika tak malu la. Sebab tu perancangan itu penting sebelum nak ke kedai. 

Ompuntis cakap "if you fail to plan, you plan to fail"


Nah pilihlah makanan laut yang segar lagi menyelerakan. Pilihan kami untuk percubaan pertama ambik kupang hijau tu jer, Ketam bunga pun pilih yang paling murah iaitu RM9 bagi setiap 100gm berat. Sekali timbang kena 300gm lebih. Huhuhu... nasib baik tak pilih yang berharga RM22 untuk 100gm. Nanti tak pasal-pasal kena jadi menantu tokei kedai kuli kat situ selama sebulan tanpa gaji.


 
Nak ikutkan pilihan makanan laut yang ada memang rambang mata la dibuatnya. Tapi ukur dengan ketebalan poket kami cuma ambik ala kadar. Janji nak merasa makanan laut ala-ala tanpa pinggan mangkuk tu. Pilihan lain yang kami ambik adalah udang, set jagung manis, brocolli & sausej. Perghhh.... dia punya sos kuning tu memang di cadangkan jika korang nak mencuba. Hampir di jamin puas hati & berbaloi.


untung budak kecik dua orang tu layan telefon, abah ngan umi 
boleh habiskan tanpa rasa bersalah setiap hari cheat day


Inilah menu yang kami ambil. Cuma nasi jer di beri dalam mangkuk kecil. Dia punya nasi butter tu pun boleh tahan sedap jugak. Menyesal order cuma satu mangkuk jer sebab nak meratah lauk tujuan utama.  Jadilah boleh merasa sekali. Nak ulang banyak kali boleh, makanan pun segar & sedap. Cuma kurang tebal poket jer yang jadi masalah utama kami. Hehehehe.....

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lah jenguk-jenguk kat laman facebook Ocean Hauz, Ulu Kelang dan instagram oceanhauz.

Terima kasih kepada yang belanja.... 

update: Kedai ini telah di tutup


3 comments:

mama tisya said...

Ada tgk aritu restaurant ni sbb tau kt bangi and shah Alam.. Brp total mkn tu

Fazleyatul Aini said...

ketam besar tu kita pernah makan masa p Hokkaido suatu masa dulu
memang sedap fresh sgt

*∽ IZAN ∽* said...

wow kami pun belum sampai lagi ocean hauz ni.... bila ntah nak jejak tak tau.. member yg pergi berdua laki bini pun nak habis RM200 wahahahahah.

tapi mmg dengarnya sedap dan berbaloi kannnn