Tuesday, February 02, 2016

Tips Ke Kedai Makan Yang Telah Viral


 gambar ini di rakam pada petang ahad lepas - mungkin lain kali rezeki kami (gambar contoh)


JANGAN PERGI PADA WAKTU PUNCAK.
Admin pernah terkena...bila pergi makan sedap, tapi bila pergi waktu puncak RASE DAH MACAM HAMPEH. Bila pelanggan terlalu ramai, kualiti makanan terlepas pandang. heeee

BOOKING SEBELUM DATANG.
Kebanyakkan kedai yang di viral selalunya tidak mempunyai ruang & fasiliti yang mencukupi ketika waktu puncak jika terlalu ramai pelanggan yang datang. So jika anda booking awal tidaklah anda tergesa-gesa atau menunggu terlalu lama untuk dapat tempat duduk. Silap2 terus balik je nanti.

Kesimpulannya
Apa-apa pun yang terjadi, anda tidak boleh salahkan mereka 100% kerana mereka pun insan biasa seperti kita yang kadang-kadang melakukan kesalahan & cuba memperbaiki untuk hasil yang lebih baik. Tegurlah secara berhemah & beri mereka input2 positif untuk perbaiki apa yang kurang. Paham-pahamlah, jika terlalu ramai sampai tak cukup tangan yang ceria pun boleh menjadi marah terutama pelanggan & peniaga.

Apa yang penting, kita kena support mereka supaya lebih ramai lagi rakyat malaysia berniaga di Malaysia ini. Yang untung pun KITA JUGA sebab bila ramai yang berniaga, KITA ADA BANYAK PILIHAN MAKANAN & SILAP2 DAPAT HARGA YANG LEBIH MURAH DARI YANG BIASA KITA DAPAT.

Harapan admin, 1 hari nanti Malaysia akan jadi destinasi makanan terkenal seperti negara lain. Jangan terkejut jika pelancong asing datang ke Malaysia ini semata-mata ingin merasai keenakkan & kepelbagaian makanan di Malaysia ini. Insyallah... Amin

* tips ini di perolehi melalui perkongsian di facebook Malaysia Food Channel.

4 comments:

Lea Ismail said...

paling syok bila kita pergi org tgh kerja. kena ambik cutilah...

hainom OKje said...

Yelah kan kalau dah viral, dah tentulah org ramai tau, bila dah tau, ramailah org dtg. Termasuklah kita pun nak try hihi...

Tp letih jugaklah nak menunggu kalau dah ramai sangat tu

yupie|gambaring™ said...

Baiklah admin..

mama tisya said...

slalu gtu la kedai hok viral..tp aritu kwn ada gi minum..katanya biasa2 je coconut shake