Tuesday, February 02, 2016

Cara Untuk Mejimatkan Bateri Telefon Pintar Android Anda

Semalam ada terbaca satu perkongsian artikel di laman amanz.my iaitu "Nyahpasang Aplikasi Facebook Untuk Peranti Android Lebih Pantas & Bertahan Lebih Lama."

Mengikut artikel tersebut mengatakan pemasangan aplikasi facebook menyebabkan telefon jenis android akan menyebabkan perlahan dan penggunaan bateri yang tinggi disebabkan aplikasi tersebut sentiasa berjalan walaupun ketika tidak digunakan.




Hari ini aku mencuba sendiri dengan membuang aplikasi tersebut di telefon semenjak pagi tadi setelah bateri di caj penuh sebelumnya. Dan sememangnya terbukti, sehingga  ke saat ini bateri tersebut masih tinggal pada kadar 60% yang mana pada hari kebiasaannya cuma berbaki antara 30 - 40%.

Faktor ini mungkin juga di sebabkan kekerapan aku tidak "on" telefon untuk melihat notifikasi dan saling berbalas komen berbanding hari biasa kecuali untuk melihat mesej di aplikasi WhatsApp sahaja.

Semoga entri ini dapat menjawab persoalan blogger AdaChenta yang bertanya tentang kehilangan seketika aku di laman facebook yang mana akaun tersebut juga aku deactivate untuk sepanjang tempoh ujian bateri ini berjalan. Terima kasih juga kerana prihatin.

6 comments:

Chenta said...

ooh macam tu ,, smile

sbb friends list fb saya cuma 150 sahaja. so saya mmg kenal mereka & keluarga mereka,, kalau 'hilang' tu yg cepat2 tanya ,, khabar baik kah ? kan,,

anyway,, idea yg bagus dpt menjimatkan bateri hp juga hp kita tak panas,,
juga dapat menghilangkan sedikit sebanyak ketagihan fb, katanya ,, hehe

eelobor said...

huhuhu....jangan hilang lepas tu jumpa bersimen dalam tong sudah ler

Kakzakie Purvit said...

Oh.. ye ke? Kakak memang tak ada fc a/c sebab itulah agaknya batteri kakak boleh bertahan sampai malam.

hainom OKje said...

Ye ke...tak perasan pulak hihi ....menjelang mlm mmg selalu charge balik.
So nampaknya kalau berjalan jalan kenalah off fb ek....tp tak best jugaklah EE...mcm gatal jer tangan nak tengok notification...hihi

Bunda_nora said...

owh camtu ek...nak cuba try lah..

dwatyKNY said...

Dh banyak dh buang... hp sy ni... asyik problem... kdg cas tapi x masuk... kadang ok... huhuhu