Tuesday, December 15, 2015

Mee Bandung Central di Tg.Agas, Muar


Berhujung minggu di Muar, maka berkesempatan untuk mencuba mee bandung muar. Ini kali ke-2 makan mee bandung kat muar selepas pertama kali pada beberapa tahun dulu. Mungkin sudah 5-6 tahun lepas. Selepas itu cuma makan mee bandung muar yang di jual di KL. Setiap kedai semua berbeza rasanya.

Kesempatan ke Muar kali ini tidak akan di lepaskan untuk mencuba sekali lagi. Dengan bertanya kepada beberapa orang, mereka mencadangkan Mee Bandung Central yang terletak di Tg.Agas ini. Berbekalkan aplikasi JomMakan (app boleh di dapati di google playstore bagi androids dan app store untuk pengguna iphone), kami di tunjukkan arah ke kedai tersebut.



Ketika kami tiba di kedai ini, tiada meja kosong. Ini memang betul-betul sedap kut. Hampir mahu batalkan niat kerana kami tidak selesa untuk menunggu di tepi meja mereka yang tengah makan dan hampir habis dengan harapan mereka cepat bayar & blah. Ketika nak menuju ke kereta, ada sekumpulan yang telah selesai makan dan baru nak beredar. Memang rezeki kami rupanya.

Setelah mencuba mee bandung ini, rasanya tak perlu nak di ulas panjang lebar lagi. Cuma boleh di tulis sangat berbaloi dan sangat sedap. Baru rasanya lengkap datang ke Muar kali ini.

8 comments:

Lea Ismail said...

Nampak pun memang sedap tu

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Akak pula makan mee bandung di Tanjung Emas Muar .. eelebor..
Masa pergi tu hari sabtu.. dah lah hujan.. orang ramai pulak..
Nak naik cruise pun tak dapat sebab dah tutup..

Mee Bandung Muor memang sedap eelebor tak dinafikan lagi :)

hainom OKje said...

Ohhhh Muar daerahku hihi...
Nasib baru balik Muar jugak minggu sudah. Mee Bandung mmg terbaek!! Kalahlah dengan mee mee lain. Hari tu nak makan jugak mee bandung, malas nak ke bando, pergi area rumh jer tapi takde rezeki, kedai tutup.

Tak perasan pulak kat mana letaknya kedai Central tu.

*∽ IZAN ∽* said...

peh tengok rupa hidangan mmg macam lain macammm....mesti marveless nihhh... ku hantu mee bandung jugakkkk

Anonymous said...

Saya orang muor,mee bandong kalau dah sarat barat tu bukan mee bandong muao, mungkin resepi bukan orang muao cuma miaga kat daerah muao kot, pepehal okay laa selera masing2.TQVM

Razali Samad said...

Buka pukul berapa?

atok_rock said...

tengahari dah bukak..smp kul 8 mlm biasanya..tgk kalo cpt abis cpt tutup..gua dok situ, so tau kedai fuad ni antara paling sedap kat muar..top 3 kalo gua kasi ranking..dulu leh kira no1, skg maybe no 2 kot lps ayah dia meninggal..pnh masuk tv, sultan pnh makan..parit jawa pun xleh celen kedai ni. kl pnya lg la, gua pnh mkn kat kg baru, org kedai kata ori muar, bila mkn, cis..terus kata ini bkn muar pnya mee bandung..maybe rempah je kot, nk nipu org muar agak2 ler..hahaha

atok_rock said...

ada komen kata org muo, tp mcm xtau ciri2 dan maksud mee bandung..pnh mkn serata muo ke mee bandung? kalo xhabis pusing, xyah tunjuk pandai kot..gua dah mkn dr zaman warung tu kecik smp dah penuh simen..dulu kaw, pedas..abu hanifah yg leh celen..org muo pun tau, tg. agas lubuk makanan kalo kat muo..skg kat sungai mati pun ada mee bandung sedap..kat parit jawa siap udang galah, mee sikit je rasa kureng..nk kira mcmana tu jd mee apa?