Tuesday, December 15, 2015

Mee Bandung Central di Tg.Agas, Muar


Berhujung minggu di Muar, maka berkesempatan untuk mencuba mee bandung muar. Ini kali ke-2 makan mee bandung kat muar selepas pertama kali pada beberapa tahun dulu. Mungkin sudah 5-6 tahun lepas. Selepas itu cuma makan mee bandung muar yang di jual di KL. Setiap kedai semua berbeza rasanya.

Kesempatan ke Muar kali ini tidak akan di lepaskan untuk mencuba sekali lagi. Dengan bertanya kepada beberapa orang, mereka mencadangkan Mee Bandung Central yang terletak di Tg.Agas ini. Berbekalkan aplikasi JomMakan (app boleh di dapati di google playstore bagi androids dan app store untuk pengguna iphone), kami di tunjukkan arah ke kedai tersebut.



Ketika kami tiba di kedai ini, tiada meja kosong. Ini memang betul-betul sedap kut. Hampir mahu batalkan niat kerana kami tidak selesa untuk menunggu di tepi meja mereka yang tengah makan dan hampir habis dengan harapan mereka cepat bayar & blah. Ketika nak menuju ke kereta, ada sekumpulan yang telah selesai makan dan baru nak beredar. Memang rezeki kami rupanya.

Setelah mencuba mee bandung ini, rasanya tak perlu nak di ulas panjang lebar lagi. Cuma boleh di tulis sangat berbaloi dan sangat sedap. Baru rasanya lengkap datang ke Muar kali ini.