Monday, November 30, 2015

Terkenang Semasa Dulu - 80an




Sesekali bila mengelamun, Terkenang Semasa Dulu. Seronok sungguh di zaman kanak-kanak ketika itu (80an). Bila diimbas kembali terasa sangat meriah bila tak perlu nak fikirkan apa-apa melainkan hanya bermain sepanjang hari. Tiada tekanan.... Seronok!!!

 suatu ketika dahulu

Kini, anak-anak sekarang di tangan mereka dengan gajet masing-masing. Yang bajet lebih sudah semestinya iPad untuk si anak. Paling tidak pun mungkin tablet atau smartphone mak-ayah masing-masing. Kita mungkin terpikir alangkah ruginya zaman kanak-kanak sekarang tak meriah seperti kita dulu yang beraneka jenis permainan kampung. Walhal ini ada realiti zaman di ketika ini. Teknologi hari ini.

Mungkin apabila zaman anak kita mempunyai zuriat sendiri nanti, mereka juga akan mengeluh. Zaman abah dulu cuma main iPad retina jer. Budak-budak sekarang perghhhh..... dah maju betul. Nak pergi ke sekolah pun cuma naik skateboard terbang jer. Hahahaha..... tetiba teringat masa kecik dulu inilah yang bakal terjadi bila Tun M melancarkan wawasan 2020. Tambahan pula di sogok dengan cerita Back To The Future. Kereta terbang sana-sini.



Di awal pertengahan 70an dan awal 80an juga sudah ada gajet-gajet seperti hari ini. Sesuai dengan teknologi ketika itu. Bagi mereka yang berkemampuan, di rumah mereka ada permainan yang dimainkan di televisyen rumah. Ada jenis Atari Games, Nintendo atau Sega. Nak lebih mendalam boleh rujuk kat sini. Mungkin sudah kedengaran ayat dari ibu-bapa ketika itu, zaman abah & mak dulu-dulu (merujuk tahun 40an hingga 60an) kami cuma main bla...bla...bla....



Skrip sama ini akan terus turun dari satu generasi ke generasi lain......

4 comments:

Bunda_nora said...

Teringat lagi masa kecik2 tahun 70an dulu tengok tv macam tu lah... macam almari...ada penutup ...
Time tu dah canggih sangat dah tu... dalam tahun 80an... mula popular tv warna pulak......

Kakzakie Purvit said...

Rumah kakak dulu ada tv tu Ee. Lepas ngaji baru on. Guna bateri lagi sebab masa tu belum ada elektrik - sedih tapi masa tu tak tahu susah pun..

Ee bayangkanlah kalau anak muaz (cucu Ee) pergi sekolah naik skateboard terbang haha... atok meloponglah:)

Diana Rashid said...

anak saya dua orang ni setakat ni paling suka pun tengok tv la..mungkin sebab saya had kan penggunaan gajet hanya untuk pembelajaran..anak saya yang pertama ada fb tapi cuma boleh buka guna komputer besar gedabak kat ruang tamu je..hahhaha..benda ni kena kawal.tak boleh diberi sangat.kita yang tua ni pun sampai jadi ketagih asyik mata nak tengok gajet je.apa lagi anak2 kecil ni.sebab tu nak kawal anak, mak ayah kena kawal diri.

hainom OKje said...

Seingat saya tahun 1979 baru saya ada TV Ee....itupun kakak yg belikan kat Singapore. Agaknya duit Singapore dulu murah mcm duit kita sekarang ni kan....
Tv mcm atas tu saya cuma dpt tengok kat kedai runcit kampung jer tau....sedihkan...