Thursday, November 19, 2015

Sikap Pemandu Kereta Di Malaysia


Sebenarnya aku sendiri agak konpius berkenaan dengan lampu kenderaan terutama musim hujan. Kebanyakkan pemandu jarang membuka lampu kenderaan masing-masing terutama sekiranya hujan yang tidak begitu lebat. Selagi mana pandangan mereka nampak kereta hadapan, dia tidak pikir berkenaan pemandu kenderaan belakang yang mungkin mempunyai tahap penglihatan yang tidak sama dengan mereka.

Keadaan sama juga berlaku di awal waktu pagi atau menjelang senja. Ada ketika waktu subuh & maghrib lebih awal (seperti sekarang) dan adakalanya waktu subuh dan maghrib lewat bergantung kepada peredaran bulan mengelilingi matahari. Sekiranya waktu maghrib 7.00pm, sudah tentu 15 minit sebelum menghampiri waktu maghrib keadaan cuaca sudah berubah menjadi semakin gelap. Berbeza ketika waktu maghrib pada jam 7.30pm, maka pada 6.50pm keadaan masih lagi terang. Jangan set kat kepala jam 8.00pm baru malam gelap-gelita dan lampu kenderaan baru boleh di buka!

Lain halnya apabila pulang ke kampung halaman. Antara situasi yang akan di jumpai adalah;
  • pemandu kereta membawa agak perlahan yang mana menyebabkan kenderaan di belakang bersusun. apabila kita mahu potong kenderaan tersebut secara tiba-tiba had kelajuan terpaksa di tambah dengan kadar yang luar biasa  eh orang luar ni tak reti hormat orang tempatan ker
  • apabila mahu masuk simpang, tang-tang tu jugak dia belok tanpa memberi signal mentang-mentang la kampung depa
Apapun sebagai pengguna jalanraya, sama-sama lah kita menghormati pengguna jalanraya yang lain. Jangan pula jadi seperti sikap Pemandu Kereta Tidak Bertimbangrasa Pada Penunggang Motorsikal?

7 comments:

Chenta said...

Betul,, kita tgk situasi / agak2 dah menghampiri gelap,, bukak jek lampu,, untuk keselamatan kita dan kenderaan dibelakang kita,, kan

Kakzakie said...

Ada yg lagi brutal hujan lebat dgn tidak buka lampu memandu laju macam nak racing. Ini lagilah kakak ngeri. Sekarang ni musim hujan pada kakak sebaiknya buka ajela lampu bukan susah mana pun..

hainom OKje said...

Baik Tuan, saya akan patuh arahan tuan hihi....
Betul jugak cakap awak tu EE kekadang saya mmg tak bukak lampu keta pun sebab hujan tak lebat katanya hihi....

Lea Ismail said...

tang masuk simpang tak bagi signal mana-mana jumpa.sakitnya hati kita. sabar-sabar.nasib baik bukan jenis mencarut.. yang paling tak boleh tahan masuk simpang orang potong belah kiri. lagi haru...

Nooriah Abdullah said...

mcm2 kerenah pemandu ni EE ada yg terlampau sivik sngt sampai 101% tpi ramai yg kurang sivik bawah 50% bila dijalanraya masing2 nak tunjuk hero je kan

Kesuma Angsana said...

X tahu nak kata apelah kalau di jalan raya ni.. semua dan msg2 nak jadi raja !

Diana Rashid said...

kena prihatin la benda ni...bukan kita seorang kat atas jalan..kan?/ada kenderaan lain juga yang membawa nyawa..