Tuesday, November 24, 2015

Muslimah Fashion Boutique - Hijabers



Semalam merupakan minggu pertama budak-budak sekolah mula bercuti. Boleh rehat hampir sebulan 10 hari daripada terkejar-kejar di waktu tengahari untuk mengambil si Muaz dari sekolah kebangsaan dan menghantar ke sekolah agama pula di waktu petang. 

Maka dengan ini, berpeluang la pula abah & umi dia nak "berdating" waktu lunch. Muaz di tumpangkan bersama dengan adiknya Muizz di rumah pengasuh. Bayaran berganda la jawabnya..... hihihi

Waktu rehat sejam sempat pergi makan tengahari di Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju dengan tempoh tak sampai setengah jam dan kemudian terus ke kedai Muslimah Muslim Boutique (Hijabers) untuk menemani si aweq chenta hati. Kalau sape-sape nak cuci-cuci mata boleh tengok kat facebook Hijabers Inc Couture. Nampak kat kedai tadi pun cantik-cantik jugak baju kat situ.

9 comments:

Kakzakie said...

Kakak belum klik pautan itu.
Nanti lapang-lapang kakak nak juga menjenguk kot ada yg berkenan
Biasalah org perempuan dan anak-anak pulak semua perempuan:)

Anonymous said...

seronok shopping2 ni, tambah2 kalau ada anak perempuan

Raihanah Ahmad said...

saya pun suka shopping2 barang muslimah camni

Kesuma Angsana said...

Salam... TQ share, boleh lah nnti terjah ke sini juga !

hainom OKje said...

Macam seram jer Ee nak masuk.....
Berapa rate baju kat situ Ee?

mama maman aka yana said...

Lama xmasuk butik gini.. hahaha.. online jew skrg... hehe

hainom OKje said...

Anak terdelete.....sedih mak tau!

mama tisya said...

mn gmbr hasil shopping utk chenta hati?

Diana Rashid said...

dia jual online jugak ke??kena pi tengok la..saya suka baju muslimah yang simple2 je.tak mau yang sarat berbunga2 siap kain berlapis bertingkat tu..nak cari memang susah sebab biasanya kalau jual online memang fesyen gitu je yang ada...