Tuesday, November 17, 2015

Ikan Patin Che Ta


Restoran Ikan Patin Che Ta terletak di Prima Sri Gombak. Budak-budak opis tengah kemaruk makan ikan patin masak tempoyak yang mabeles di AR Ikan Patin Masak Tempoyak di Danau Kota setelah di racun oleh aku. Hehehe... di sebabkan masak tempoyak yang "menjadi", kawan sepejabat ajak untuk sessi ulangan. Tapi hampa, ketika kami tiba untuk makan tengahari gerai tersebut belum lagi di buka. Orang kita berniaga agak kurang displin. Maka pilihan kedua adalah Restoran Ikan Patin Che Ta menjadi pilihan untuk di cuba.



Aku punya set memang tak pernah ambik sayur. Cukup sekadar nasi putih + ikan patin tempoyak. Kang nanti ambik banyak-banyak tak abis lak. Teknik nak berjimat-cermat sebenarnya sebab bila di kira harga termasuk teh o ais berjumlah RM18. Hokeh....untuk makan tengahari dah RM18. Nak merasa punya pasal tutup mata jer lah.


Ikan patin nie ada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor. Aku ambil bahagian badan. Harga adalah mengikut saiz, bermula dari RM8 sehingga RM15 untuk satu bahagian. Harga aku punya seperti gambar di atas adalah RM14 + nasi putih (RM2) + Teh O Ais (RM2).

Maklumlah citarasa setiap orang adalah berbeza. Jika ditanya pilihan selera tekak aku, AR Patin Masak Tempoyak tetap menjadi pilihan utama setakat ini.

10 comments:

anyss said...

assalamualaikum,
ambo ni kalau makan, sayur kena banyak dari nasi huhuhuhuhu
tadak sayur sama macam tak makan nasi pulak

Diana Rashid said...

orang kita berniaga ikut suka dia ja nak tutup ka nak buka..hahhaha...sabar je la...

Bunda_nora said...

Assalam... sedapnyer ikan patin tempoyak..... tapi bunda kurang makan pedas...

Kakzakie said...

Besar ikannya sebab itu bhgn badan macam itu pun dah berbelas ringgit.
Boleh tahan juga:)

Chenta said...

masyallah,, tgk gamba je dah terliur,,,
bab kos makan tengahari 18hengget mahal,, saya setuju ! hahaha
apapun,, yg penting rasa dan citrasanya mestilah marbeless ,, kan

hainom OKje said...

Mak aiiii maheinya weyh.....
Baik masak sendiri hihi...Nampak, mcm tak delah besar sangat ikannya tu EE....
Takut maknak try kalau cenggitu punya harga

Anonymous said...

Salam saya nak bagi komen sikit memang patin harga mahal sebab ikan patin ni ikan patin sangkar temerloh sekilo dah berapa harga. Klau ikan patin kolam yg orng selalu bli kat nsk atau pasar borong memang murah tetapi bila makan rasa lumut atau tanah. Bagi pelanggan yg pernah makaj ikan patin temerloh diorang akan tau harga ikan patin sungai temerloh berapa sekilo.

Anonymous said...

Ikan patin ade banyak jenis klau ikan patin sangkar sungai temerloh memang harga boleh tahan sekilo dah berapa. Klau sesiapa peminat tegar ikan patin diorang akan tahu harga pasaran.

Kesuma Angsana said...

Salam nampak mcm best jer.. Tapi kalau KA suka masak sendiri sebab anak2 dan satu family mmg hantu patin tempoyak ni, seperiuk besar boleh habis sekali hadap he3

mama tisya said...

bole tahan mahal ek..ada tgk restoran ni ms lalu kt kedai gadget aritu...

tk pernah lg mkn ikan patin...dgr yg femes and sedap kt shah alam..tokey yg shah alam tu jiran kt umh adik kt shah alam sana....