Monday, November 02, 2015

Hujung Minggu Di Kalumpang Resort & Training Centre

Menghabiskan hujung minggu di Kalumpang Resort & Training Centre, Hulu Selangor dalam Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan. Bergerak ke Kalumpang selepas solat Jumaat dengan menaiki kenderaan sendiri iaitu motosikal pada jarak perjalanan hampir 70km dari Batu Caves. Nasib kami staff lelaki jarang dapat perkhidmatan menggunakan kenderaan jabatan. Kerana pemandu biasanya hanya berkhidmat untuk staff perempuan sahaja. Sanggup menjemput di rumah dan menghantar kembali ke rumah masing-masing walaupun se awal jam 6.00am. Eh...eh.... termengata la pulak.

Haaa....ini lah tempat penginapan kami. Berkonsepkan kontena, berkatil double-decker, muat untuk 8 orang peserta dalam setiap kontena. Berjalan berselisih bahu mengajar kami erti perkongsian dan tahap kesabaran serta bersyukur dengan apa yang ada. Hehehehe....walaupun tanpa selimut yang di bekalkan tetap tidak menjadi masalah kerana kita dapat belajar untuk menggunakan serta memanfaatkan barangan apa yang ada di sekeliling kita iaitu berselimut menggunakan kain pelikat.


Wah....ada flying fox gitewww. Sempat jugak la nak merasa menghilangkan perasaan gayat. Alang-alang dah datang jauh-jauh rugilah kalau tak mencuba. Sebab bila nak datang sendiri dah tentu kena keluarkan duit belanja sendiri kan???. Hah...memang takde lah nak membazir.

Jadual aktiviti 3 hari 2 malam agak padat terutama pada hari ke-2 iaitu permainan Explore Race serta Jungle Tracking. Pada usia aku yang dah hampir nak masuk 40an pun tetap masih boleh beraktiviti lasak macam staff baru yang masuk kerja. Haaa...walaupun rambut dah beruban sana-sini bukan bermaksud boleh nak "makan" suka-suka tau. Ini uban bukan sebarang uban. Hehehe... 

             


Secara keselurahan aktiviti sebegini sememangnya menyeronokkan memandangkan banyak aktiviti luar berbanding kursus di hotel yang hanya menadah telinga mendengar. Andai dapat di beri cadangan kepada pihak urusetia untuk penambahbaikkan, suka untuk di utarakan, ketika waktu pendaftaran peserta eloklah sekiranya setiap peserta daripada pejabat yang berbeza agar dapat di tempatkan di bilik penginapan yang sama agar kita semua dapat mengenali staff dari pejabat yang berlainan walaupun kita di bawah satu jabatan yang sama. Ini akan mengelakkan daripada berpuak dan di kelilingi kumpulan yang sama baik ketika di pejabat atau ketika menyertai kursus.

Aktiviti sebegini juga mungkin ada baiknya jika di campur dari pelbagai gred dan kumpulan perkhidmatan. Gred perjawatan boleh di tinggalkan di pejabat masing-masing & bila kursus sebegini kita dapat bersama bekerja secara berkumpulan serta dapat menurunkan ego terutama apabila ketua kumpulan yang di lantik terdiri daripada staff baru atau gred rendah yang mengetuai kumpulan. 

6 comments:

Diana Rashid said...

nampak kecil tapi boleh muat 8 orang..
panas ke kat dalam tu..?

eelobor said...

Diana Rashid: hehehe....memang benar apa yang di nampak. memang kecil pun sebab kalau berjalan boleh berselisih bahu. almari baju hanya ada satu, itu pun kecil. baju2 kami cuma di letakkan atas tilam jer.... walaupun sadis tetap ada kebaikannya yang kami belajar.

Zie Azi said...

best tmpt ni,prnah survey Kelumpang nak bt aktiviti office,sekali rmai yg makcik2 trus cancel. hahaha

Kakzakie said...

Dah tahu nak bermalam tempat macam ini kenapalah tak bawa selimut adik oooi!
Kan dah kena pakai selimut kain pelikat:)

Tak apa banyak ilmu dpt ditimba selepas balik. Itu kakak pasti punya.

eelobor said...

Zie Azi: hahaha.... tapi best gak kat situ kalau bawa anak-anak mandi manda

Kak Zakie: hahaha...mana la saya tau akak. kebiasaanya bila pergi kursus (biasanya hotel/resort), penginapan dah termasuk sekali la katil, tilam, selimut, bantal & tuala. dah sampai situ baru tahu kena add on.... nak selimut kena bayar sendiri lain harga, nak sewa kasut pun lain harga. semua lain harga. kalaulah di beritahu awal2 oleh pihak urusetia kan senang.... huhuhu

hainom OKje said...

Alah sajalah tu.....padahal adanya kereta kasi selimut dlm porch bagi bini pakai hihi.....

Best apa kursus gini sebab tak payah kerja....makan pun ikut time siap ada tea time dengan supper lagi....