Thursday, November 12, 2015

Cara Block WhatsApp Group

Sesiapa yang tahu cara untuk menghalang nama (nombor fon) kita daripada di masukkan ke dalam sesuatu kumpulan (group) dalam aplikasi WhatsApp? Kekadang bila terlalu banyak sangat group WhatsApp ni agak merimaskan juga. Siang malam hampir 24jam seolah-olah tak pernah tidur terutama WhatsApp group geng-geng sekolah dulu.

Semalam terjadi lagi sekali untuk kali kedua bila mana anak kecil aku bermain telefon aku. Sekali di bukanya satu video  yang memaparkan suara pasangan tengah melakukan sex. Nasib baik kejadian berlaku di rumah dan bukannya di kedai makan. Macam nak keluar biji mata wife pandang semacam kat aku. Agaknya group WhatsApp orang lelaki memang normal kut pada pandangan mereka. Kalau setakat gambar-gambar wanita seksi (sehingga kekadang menampakkan aurat), dah jenuh nak memadam. 

Yer lah....bila balik ke rumah telefon kita tentunya di ambil alih oleh anak pula maklumlah disebabkan kita nie bukanlah jenis ada rahsia yang perlu di rahsiakan. Sesiapa ada cara boleh tolong berkongsi. Setakat ini WhatsApp menjadi satu keperluan bagi menggantikan sms namun biarlah penggunaan pada tahap yang sebetulnya. 



5 comments:

Kakzakie said...

Kakak rasa kalau nak block tak bolehlah dik.
Cuma itulah kalau ada yg masukkan no. tel kita dlm group yg kita tak mahu kita boleh buat - setting kat group list dah tu kita exit group utk left the group. tapi lepas tu kita tak ada dlm group itu lagilah..

Kena berhati-hati selagi kita ada anak-anak yg belum matang.
Sengaja tak sengaja tetap kita tempias 'sahamnya'.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Tu lah masalah Group kan Eelobor..
Nak left group karang .. kata sombong..
Tapi tak tahan yg masuk cerita dan gambar bukan2..
Nak block tak boleh Eelobor..
Cuma left jer lah macam kakzakie katakan tu..

Diana Rashid said...

saya tak pasti pulak sebab tak pernah ada sesiapa masuk kan saya dalam group whatsapp tanpa keizinan saya.

Memang group2 whatsapp lelaki macam tu la kot.suami saya memang dia pesan kat saya jangan bagi anak2 tengok enpon dia.saya tak pe..sebab saya bila nampak yang pelik2 terus padam..hahahh..

raihanah said...

susah jugakan, nak blok atau left nanti diorg kata apa pulak

hainom OKje said...

Sama kes dgn hp husband jugak. Bila dah kat rumah si kecik tu mmg suka main hp ayah dia. Caranya senang jer EE....keluar group haha....