Friday, November 13, 2015

A.R Ikan Patin Masak Tempoyak


Minggu lepas viral di facebook tentang tempat makan ikan patin masak tempoyak yang di katakan mabeles. Baca di bahagian komen oleh netizen, kebanyakkan yang telah pergi merasai sendiri semuanya memberi tindakbalas yang positif. Ahad lepas ingin merasai sendiri keenakkan gulai tempoyak untuk kali kedua dalam hidup selepas percubaan pertama kali di Che Mat Delight selera kelate kito. Tiba terlalu awal sekitar jam 11.30am namun kelihatan gerai belum di buka. Balik dengan hampa.



Kebetulan cuti Deepavali  pada hari selasa lepas, gerai ikan patin nie di buka seperti biasa. Percubaan kali kedua untuk merasai kenikmati patin masak tempoyak terlaksana. Untuk memudahkan bolehlah melawat laman facebook AR Patin Masak Tempoyak terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual hari mereka berniaga. 



Menu dijual adalah mengikut set iaitu RM12 untuk Ikan Patin, Nasi Putih, Sambal Hitam & Ulam. Namun set ini tidak termasuk air yang berharga RM1. Aku punya cadangan, untuk minuman sepatutnya telah termasuk dalam harga set tersebut dan boleh di tambah tanpa sebarang bayaran tambahan. Lagipun air yang disediakan cuma oren & ribena. Fisabilillah sket....mana tahu lebih berkat kan? Hihihihi....


Terdapat dua jenis set yang disediakan iaitu RM12 untuk set gulai tempoyak seperti gambar di atas manakala harga RM15 seperti gambar di bawah. Keduanya mempunyai kenikmatan yang tersendiri. Jika ditanya mana lebih sedap jawapan aku adalah kedua-duanya sedap.


Sepertimana cakap-cakap netizen di facebook mengenai patin masak tempoyak ini adalah tepat dan kena dengan selera aku. Jika anda penggemar ikan patin masak tempoyak dan terasa ingin mencuba sendiri, rasanya tempat ini boleh dicadangkan untuk pertimbangan anda. Kalau sedap bagitahu kawan-kawan lain tapi kalau kurang sedap bagitahu tokey dia sendiri atau apa cadangan untuk penambahbaikkan. 

4 comments:

Lea Ismail said...

sedapnya tempoyak patin.

Diana Rashid said...

bila dah namanya masak tempoyak,masak cemana pun memang sedap.tak boleh nak tolak.Tapi memang ada macam2 jenis masakan tempyak ni..saya semua saya suka..heheh

Lemang Perlis said...

sedap no tengok... ;)

hainom OKje said...

Ayo maaaa mak sudah terliur weyh...
Yg ni mmg nampak pekat kuahnya EE....