Thursday, October 29, 2015

Pemandu Kereta Tolonglah Bertimbang rasa Kepada Penunggang Motosikal

Dah tiga hari berturut-turut ambil anak balik sekolah dalam keadaan basah kuyup. Harap-harap tengahari nie, hari khamis dah tak hujan. Kesian kat kami yang hanya mampu naik motosikal nie. Kami bukan mat rempit yang membuat masalah di atas jalanraya. Kami hanya penunggang dan pengguna jalanraya. Kami terpaksa menaiki motor adalah kerana kami tak mampu nak pakai kereta lebih daripada satu. Kami berjimat cermat duit minyak. Kami nak elak dari kos tambahan bayaran tol yang semakin tinggi. Kerana hanya itu pilihan yang kami ada. Hanya itu!!!

Kepada pemandu kereta di luar sana, tolong la cuba untuk bertimbang rasa sedikit kepada kami penunggang motor terutama ketika hari hujan dan ada sesetengah kawasan air yang berlopak. Semenjak hari isnin hingga rabu sudah tiga hari berturut-turut mengalami nasib yang sama. Walhal sebelum ni dah lama terkena pun.

Setakat aku sorang yang terkena, mungkin boleh bersangka baik lagi. Ah....ini kafarah atas dosa-dosa aku yang lain. Mungkin Allah nak tambahkan sifat kesabaran dalam diri aku. Tapi bilamana anak kecil yang membonceng dalam keadaan pakaian sekolah yang lengkap juga turut menjadi mangsa, itu dah melampau.

Bagi pemandu kereta yang pernah membawa motosikal sebelum ini, mungkin akan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna jalanraya lain. Cuma yang tak pernah membawa motor, dapat jer lesen kereta terus bawa kereta mungkin agak kurang sedikit sikap memahami masalah-masalah penunggang motor di jalanraya. Ibu-bapa yang tak bagi anak-anak naik motor kerana faktor keselamatan dan menggalakkan anak-anak mengambil lesen kereta di harap dapat menerapkan juga nilai-nilai kemanusia iaitu menghormati pengguna jalanraya yang lain.

4 comments:

hainom OKje said...

Maafkan saya EE kalau ada terlepas terlanggar lopak dan terpercik kpd penunggang motor...Percayalah mak tak sengaja huhu...

Kalau test ambik lesen dapat markah tu kalau bagi laluan pada pengguna lain
Apa pun hati hati ye bawak motor tu...

Kakzakie said...

Walaupun kakak tak pandai menunggang motor dan dapat lesen terus pandu kereta tapi kakak ada anak-anak buah (sebelum ada anak). Jadi ada hati & perasaan jugalah Ee. Bahkan bila melihat splash org kena pada budak hati kakak turut marah walau bukan anak sendiri...

Muaz akan jadi lebih alert kelak... sabar ajelah.

Diana Rashid said...

ye..bila dah duduk dalam kereta tu tak peduli dah kat pemandu luar ni..asal dia cepat sampai dah...tu yang orang lain jadi mangsa..

Fazleyatul Aini said...

sekarang musim hujan dah. sama2 kene bertimbang rasa lah kan