Wednesday, October 07, 2015

Kedai Kopi Pokloh Milo Tunggeng


Kedai Pokloh Milo Tunggeng terletak di belakang Hospital Pakar Perdana (KPJ Health Care Berhad). Menjadi tarikan serta pilihan terutama pekerja untuk menikmati sarapan pagi, tambahan pula berhampiran dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK). Terkenal dengan nama milo tunggeng adalah kerana di sini cara penyediaan air milonya yang agak berbeza dan unik berbanding tempat lain.


Dua orang budak kecik sedang menikmati minuman kegemaran iaitu milo ais


 Cara penyediaan Milo Tunggeng @ Milo Tabur @ Milo Dino (Dinosour)


Antara kelebihan di kedai kopi Pok Loh kerana di sini terdapat hampir pelbagai nasi berlauk (dalam bungkusan) yang popular di Kelantan. Kiranya tak perlu nak menyusahkan diri mencari kerana di sini semuanya akan tersedia. Cuma pilih, makan & nikmati serta jangan lupa bayar. Hehehehe.....

5 comments:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Ooohhh ditungging tin milo untuk mengisi didala cawan tu..
Akak ingat apa lah milo tungging tu tadi Eelobor..
Anak2 memang suka milo.. tak kira lah milo apa kan..

Fazleyatul Aini said...

oo kita panggil milo tabur la kan hihi

*∽ IZAN ∽* said...

macam2 idea nak tarik pelanggan. yg penting keunikan tu pentinggggg. nice!!

Kakzakie said...

Itulah sebabnya keluarga kakak memang suka ke pantai timur Ee.
Makanan di sana menepati selera keluarga kami
Apa lagi rata-rata yg menjual org kita. Suka kan:)

hainom OKje said...

Wow....seksi pulak nama milo tonggeng hihi....
Tp bagus idea dia, bagi nama yg senang di ingat oleh pelanggan.
Kat Kelantan femes ye nasi berlauk. Mak is jemu hokey, makan nasi pagi petang huhu