Monday, October 19, 2015

Hubungan Sedarah Sedaging


Mungkin ada perangai abang yang kita benci..
Mungkin ada cara kakak yang kita meluat..
Mungkin ada sikap adik yang kita tak suka..
Tapi mereka darah daging kita..
Kita bersatu dalam darah, daging dan urat..
Mak dan ayah tak pernah didik,
 agar kita bergaduh adik-beradik..
Mak dan ayah tak pernah suruh
 kita adik-beradik sampai bermusuh..
Sampai kiamat ikatan itu tak boleh ditebus..
Air dicincang takkan putus..
Nanti Allah SWT akan tanya kita..
Apakah tanggungjawab kita
 dengan kerabat saudara..
Busuk dan buruk sekalipun dia, 
tetap dia adik-beradik kita..
Do'akan mereka berubah laku..
Jangan dibenci jangan dibuang
 hanya kerana hati dah tak sayang...

Jangan disebabkan tak suka
 kat kakak/abang/adik ipar..
Maka adik beradik kita pun kita tak suka..
Dia dah ada keluarga..
Itu tanggungjawab dia..
Tanggungjawab kita pun ada..
Tak rugi kalau mengalah..
Tak rugi kalau merendah..
Perangai ipar duai
biarlah suami/isteri dia yang handle..
Kita tak tahu apa yang adik-beradik kita rasa..
Masalah dia mungkin tak cerita..
Banyak kali Nabi SAW pesan..
"Jaga silaturrahim dengan saudara"
Kalau sunnah pun tak nak ikut,
Jangan marah kalau hidup kita kelaut..

Biras tu macam beras..
Penting dalam keluarga..
Tapi yang jadi masalah bila,
 biras bermusuh sesama dia..
Ipar-duai pun makan hati..
Mula membanding diri..
Siapa lebih baik..
Siapa yang mertua lebih tertarik..
Anak siapa yang kurang mula diejek..
Allahu..mana pergi agama kita?
Suami/isteri kita tu adik-beradik..
Jangan kita jadi batu api
 sampai mereka langsung tak berbaik..
Tak takut ke dengan Allah SWT?
Kita jadi keluarga berpecah belah..
Kita ada anak-anak sendiri..
Tak takut ke nanti menantu kita
 berbalah di kemudian hari?
Waktu tu menyesal dah tak berguna..
Bila Allah SWT bayar cash kat dunia..

7 comments:

Norma NML said...

Nauzubillah..semoga dijauhi dari sifat benci membenci dan dengki sesama kita...

Kakzakie said...

Blood is thicker than water
Air dicincang tak akan putus
Semua bangsa ada perumpamaannya
Hal ini tak boleh dipertikaikan lagi
Islam juga kata sanggupkah kita makan daging saudara sendiri
Betapa ukhuwah sesama umat sangat diambil berat apa lagi kalau dah saudara terdekat dengan keluarga sendiri.. kita renungkan bersama.

hainom OKje said...

Ohhh setuju sangat Ee.... benda benda gini mmg biasa berlaku. Namanya pun manusia. Banyak khilafnya.

Yang penting kita sentiasa berbuat baik dan berbaik sangka, selebihnya terpulanglah pada depa. Nak mengubah manusia bukannya senang, baiklah kita didik diri sendiri. Yakinlah..... buat baik, Allah akan membalas dengan kebaikan jugak

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Jadikan Al Quran sbgi panduan hidup.. maka berkatlah kehidupan itu dalam redha Ilahi..

Bunda_nora said...

Itulah senario nyer kehidupan berkeluarga dan adek beradek...tak banyak sikit mesti ada yg terguris...bermasam muka..cemburu...iri hati....lumrah...

Sebab tu kita digalakkan untuk mengampun kan mereka2 yang telah menyakiti kita dalam tiap solat dan sebelum kita tidur...

Sharinginfoz said...

hubungan kekeluargaan sangat penting bagi menjamin persefahaman dan juga ikatan yang kuat

*∽ IZAN ∽* said...

self reminder jugakkk