Thursday, October 29, 2015

Pemandu Kereta Tolonglah Bertimbang rasa Kepada Penunggang Motosikal

Dah tiga hari berturut-turut ambil anak balik sekolah dalam keadaan basah kuyup. Harap-harap tengahari nie, hari khamis dah tak hujan. Kesian kat kami yang hanya mampu naik motosikal nie. Kami bukan mat rempit yang membuat masalah di atas jalanraya. Kami hanya penunggang dan pengguna jalanraya. Kami terpaksa menaiki motor adalah kerana kami tak mampu nak pakai kereta lebih daripada satu. Kami berjimat cermat duit minyak. Kami nak elak dari kos tambahan bayaran tol yang semakin tinggi. Kerana hanya itu pilihan yang kami ada. Hanya itu!!!

Kepada pemandu kereta di luar sana, tolong la cuba untuk bertimbang rasa sedikit kepada kami penunggang motor terutama ketika hari hujan dan ada sesetengah kawasan air yang berlopak. Semenjak hari isnin hingga rabu sudah tiga hari berturut-turut mengalami nasib yang sama. Walhal sebelum ni dah lama terkena pun.

Setakat aku sorang yang terkena, mungkin boleh bersangka baik lagi. Ah....ini kafarah atas dosa-dosa aku yang lain. Mungkin Allah nak tambahkan sifat kesabaran dalam diri aku. Tapi bilamana anak kecil yang membonceng dalam keadaan pakaian sekolah yang lengkap juga turut menjadi mangsa, itu dah melampau.

Bagi pemandu kereta yang pernah membawa motosikal sebelum ini, mungkin akan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna jalanraya lain. Cuma yang tak pernah membawa motor, dapat jer lesen kereta terus bawa kereta mungkin agak kurang sedikit sikap memahami masalah-masalah penunggang motor di jalanraya. Ibu-bapa yang tak bagi anak-anak naik motor kerana faktor keselamatan dan menggalakkan anak-anak mengambil lesen kereta di harap dapat menerapkan juga nilai-nilai kemanusia iaitu menghormati pengguna jalanraya yang lain.

Monday, October 19, 2015

Hubungan Sedarah Sedaging


Mungkin ada perangai abang yang kita benci..
Mungkin ada cara kakak yang kita meluat..
Mungkin ada sikap adik yang kita tak suka..
Tapi mereka darah daging kita..
Kita bersatu dalam darah, daging dan urat..
Mak dan ayah tak pernah didik,
 agar kita bergaduh adik-beradik..
Mak dan ayah tak pernah suruh
 kita adik-beradik sampai bermusuh..
Sampai kiamat ikatan itu tak boleh ditebus..
Air dicincang takkan putus..
Nanti Allah SWT akan tanya kita..
Apakah tanggungjawab kita
 dengan kerabat saudara..
Busuk dan buruk sekalipun dia, 
tetap dia adik-beradik kita..
Do'akan mereka berubah laku..
Jangan dibenci jangan dibuang
 hanya kerana hati dah tak sayang...

Jangan disebabkan tak suka
 kat kakak/abang/adik ipar..
Maka adik beradik kita pun kita tak suka..
Dia dah ada keluarga..
Itu tanggungjawab dia..
Tanggungjawab kita pun ada..
Tak rugi kalau mengalah..
Tak rugi kalau merendah..
Perangai ipar duai
biarlah suami/isteri dia yang handle..
Kita tak tahu apa yang adik-beradik kita rasa..
Masalah dia mungkin tak cerita..
Banyak kali Nabi SAW pesan..
"Jaga silaturrahim dengan saudara"
Kalau sunnah pun tak nak ikut,
Jangan marah kalau hidup kita kelaut..

Biras tu macam beras..
Penting dalam keluarga..
Tapi yang jadi masalah bila,
 biras bermusuh sesama dia..
Ipar-duai pun makan hati..
Mula membanding diri..
Siapa lebih baik..
Siapa yang mertua lebih tertarik..
Anak siapa yang kurang mula diejek..
Allahu..mana pergi agama kita?
Suami/isteri kita tu adik-beradik..
Jangan kita jadi batu api
 sampai mereka langsung tak berbaik..
Tak takut ke dengan Allah SWT?
Kita jadi keluarga berpecah belah..
Kita ada anak-anak sendiri..
Tak takut ke nanti menantu kita
 berbalah di kemudian hari?
Waktu tu menyesal dah tak berguna..
Bila Allah SWT bayar cash kat dunia..

Friday, October 16, 2015

Peniaga Yang Tidak Jujur


Sebulan lepas beli motorsikal kat sebuah kedai di  Taman Sri Selayang, Batu Caves. Urusan untuk pembelian dan pertukaran nama mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari. Niat di hati ingin tambah box berjenama Givi kat belakang motor seperti dalam gambar kat atas. Dan siap bagi tahu awal-awal kat pomen jangan pasang apa-apa lagi. Tunggu aku datang bayar penuh baru pasang.

Bila nak pegi ambik motor, tengok box tersebut telah siap di pasang terlebih dahulu. Apa yang menjadi masalah adalah berkenaan besi penyokong box tersebut yang di pasang tidak seperti apa yang dikehendaki. Bila di bagi tahu, boleh pulak dia cakap, 

"Ala...sama jer. Ini dia punya adik maaa"

Nampak tak sedikit kelakaran kat situ. Bila kau dah pegi merisik si kakak, dah bercintan-cintun dan jatuh hati pada si kakak yang spec body nya solid molid bergetah, tetiba si bakal mertua nak bagi si adik yang spec nya yang agak sedikit kurang berbanding si akak. Tak nak bising punya pasal walaupun aku ada HAK untuk suruh dia bukak balik. Habis part 1.



Bersambung ke Part 2. Bila dah cukup tempoh 1000km pertama, gigih la aku ke kedai tersebut untuk servis yang kali pertama. Kebiasaannya 1st service kita akan buat di kedai yang kita beli sebab dapat kos penyelenggaraan percuma namun harga barang yang di tukar tetap akan dikenakan caj.

Bila di ambik botol minyak hitam di rak aku ternampak ada keluar minyak yang meleleh kat botol tersebut. Bila di bukak tudung penutup ternyata seal tersebut telah di buka. Ambil botol kedua dan buka pun juga berkeadaan yang sama. 

"Kenapa seal ni sudah buka?"
"Oh....memang macam tu sebab kita nak check minyak maaaa"

Hahahaha.... kau ingat aku datang dari planet mana agaknya? Nak kencing aku pun agak-agak la. Jangan la sampai meleleh kat paha apek. Minyak tersebut mungkin campuran daripada lebihan pengguna lain kerana setiap botol mengandungi 1 liter minyak dan kebanyakkan motor hanya menggunakan hanya 800ml. Lebihan 200ml (milik pengguna lain yang telah membayar harga minyak tersebut yang tidak di pulangkan) mungkin telah di campur-campur. Campuran ini mungkin juga melibatkan dari pelbagai jenis minyak seperti Fully Synthetic, Semi Synthetic atau juga dari minyak jenis biasa yang di jual dengan harga Fully Synthetic. 

Start motor pegi cari bengkel lain....abis citer!!!

Wednesday, October 07, 2015

Kedai Kopi Pokloh Milo Tunggeng


Kedai Pokloh Milo Tunggeng terletak di belakang Hospital Pakar Perdana (KPJ Health Care Berhad). Menjadi tarikan serta pilihan terutama pekerja untuk menikmati sarapan pagi, tambahan pula berhampiran dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK). Terkenal dengan nama milo tunggeng adalah kerana di sini cara penyediaan air milonya yang agak berbeza dan unik berbanding tempat lain.


Dua orang budak kecik sedang menikmati minuman kegemaran iaitu milo ais


 Cara penyediaan Milo Tunggeng @ Milo Tabur @ Milo Dino (Dinosour)


Antara kelebihan di kedai kopi Pok Loh kerana di sini terdapat hampir pelbagai nasi berlauk (dalam bungkusan) yang popular di Kelantan. Kiranya tak perlu nak menyusahkan diri mencari kerana di sini semuanya akan tersedia. Cuma pilih, makan & nikmati serta jangan lupa bayar. Hehehehe.....

Tuesday, October 06, 2015

Pelbagai Juadah Di Restoran Syakila

eh....ada lak budak kecik tu jadi model kat depan kedai

Restoran Syakila yang terletak berhampiran lampu isyarat pintu masuk ke Balai Islam Lundang, Kota Bharu mungkin boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasa pelbagai aneka juadah hidangan masakan yang agak mabeles bagi aku. Harga juga tersangat berpatutan mungkin anda akan sedikit terkejut selepas membayar di kaunter. "eh...dia orang nie salah kira ker?"

tuh dia.....pening nak pilih


 konpem akan gelap mata....terasa semua nak di ambil




 pemanis mulut
 
 


Nak tulis panjang-panjang pun dah takde guna rasanya. Cukuplah gambar tersebut dah boleh menceritakan kesemuanya. Soal sedap & harga kena cuba dulu. Apa yang boleh di katakan, anda mungkin tak akan menyesal sekiranya anda mempunyai minat terhadap masakan ala kelantan.

Monday, October 05, 2015

Kedai Kopi Din Tokyo Di Kota Bharu


Kedai kopi Din Tokyo terletak di Jalan Tok Hakim bersebelahan dengan Hotel Temenggong merupakan salah satu kedai kopi yang agak popular di bandar Kota Bharu. Pemilik kedai yang bernama Rudin Sulaiman mengambil nama sempena sebuah Hotel Tokyo yang pernah wujud di situ sekitar 70an.
 
 Suasana dalaman yang masih mengekalkan konsep kedai kopi  


 agak klasik juga cawan yang di sediakan

 menu telur separuh masak

Nasi Tumpang

Sebenarnya ada bermacam-macam lagi menu makanan pagi ala selera Kelantan seperti Nasi Air Dingin, Nasi Dagang, Nasi Berlauk Ikan Tongkol juga termasuk kuih-muih yang pelbagai. Sekiranya anda ke Kota Bharu, Kedai Kopi Din Tokyo mungkin antara salah satu kedai yang boleh di masukkan ke dalam senarai kedai sarapan pagi yang tak rugi untuk dikunjungi selain Kopitiam Kita yang terkenal dengan roti titab.