Tuesday, September 01, 2015

Proton Persona Major Service 80,000km


Cuti Hari Kemerdekaan yang kebetulan jatuh pada hari isnin semalam dapat di manfaatkan peluang untuk balik servis kereta di kampung (Kota Bharu). Aku dah biasa servis di kedai pomen yang terletak di Bunut Payung nie semenjak 7 tahun lepas kerana walaupun dia Chinese tapi sikapnya lebih jujur dari bangsa aku sendiri yang dah banyak kali aku terkena semata-mata niat nak tolong bangsa sendiri walaupun harga yang di kenakan lebih mahal.


Pada awalnya tengok pada jumlah harga yang dikenakan, agak terduduk la jugak kerana bajet asal cuma sekitar RM500-600 jer duit kat dalam poket. Tambahan pula gaji nie terpaksa berjimat cermat memandangkan lagi 2 minggu akan pulang ke kampung lagi sekali. Tapi bila di bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah tahun dan bulan yang aku dah guna pakai, kos penjagaan cuma RM14.20 sahaja untuk sebulan. Selain kejujuran yang aku nampak ada pada pomen nie, cara pekerjaan juga adalah cermat dan berhati-hati serta tersangat memuaskan hati. Sungguh berbeza pomen orang lama (kerana usianya dah melebihi 50 tahun) dengan pomen muda sekarang cara kerjanya.


Dengan kekerapan menggunakan masa seawal pagi (sekitar jam 2.00am-3.00am) setiap kali pulang ke kampung halaman yang jaraknya hampir 500km, membuatkan aku amat menitikberatkan penjagaan enjin, brek & tayar sebagai langkah keselamatan yang perlu di ambil kira berbanding dengan mekap kereta bagi cantik-cantik. Tak cantik di mata pun tak apa pandangan orang lain, yang penting perjalanan kami sekeluarga selamat. Insya Allah.