Thursday, August 13, 2015

Restoran RSMY Best Cheese Naan


Restoran RSMY Best Cheese Naan terletak di alamat Jalan Danau Niaga 1, Crystal Ville, KL iaitu di Danau Kota. Nak cari kedai nie sangat senang iaitu di belakang Coloumbia Hospital dan bersebelahan dengan NZ Curry House. Membaca daripada perkongsian di laman facebook, membuatkan kami menerjah ke sini. Nak bercerita panjang tak reti.... jom layan gambar apa yang kami pesan.

 Mutton Kerayi (Local) - RM12

Mutton Kerayi yang berharga RM12 untuk sepinggan ini adalah cadangan daripada pelayan apabila kami bertanyakan menu apa yang sedap dan menarik. Katanya ramai yang datang sini akan pesan menu di atas. Tapi aku toleh kiri-kanan takde sape pun yang pesan. Hahahaha....walaubagaimanapun berbaloi untuk mencuba dan pastinya anda tidak akan menyesal bagi penggemar daging kambing.


 Garlic Cheese Naan - RM7

Garlic Cheese Naan yang berharga RM7 sekeping. Roti yang gebu dan mewah dengan cheese semestinya teringin nak tambah lagi sekeping.

 Yummy Cheese Naan - RM8

Yummy Cheese Naan yang berharga RM8 sekeping pun boleh tahan juga rasanya. Di dalamnya juga mewah & bersepah dengan cheese. Manakala rasanya cheese nya juga amat sedap. Tak tahu nak gambarkan macam mana, senang cerita tak rugi kalau korang pegi merasa sendiri.


 Tadaaaa...... dah licin dah kambing daku kerja kan.


Dari segi bab harga seperti tertera resit di atas. Tak salah nak mencuba sesekali. Lagi pun ini  bukannya makanan ruji kami yang tak boleh berenggang dengan nasi. Hahahaha.... bagi aku dengan rasanya yang sedap harga pun agak berbaloi dah pun. Tambahan pula servis juga amat baik & cepat. Tak sampai 5 minit pun waktu menunggu untuk kesemua menu yang kami yang pesan. Persekitaran restoran juga agak bersih (melalui pemerhatian mata kasar kami). Yang mana nak merasa roti naan cheese meleleh.... aku cadangkan restoran ini antara yang boleh di masukkan dalam senarai korang. Memang terbaik.

5 comments:

mama tisya said...

outlet danau kota tk pernah pegi lg sbb slalu pegi outlet medan tuanku...dh naik rege cheese naan tu rm 8...aritu pegi sebelum puasa rm 6..tp cheese mmg byk

Fazleyatul Aini said...

dah selalu tengok org post makan kat rsmy ni
aaaa jauh bila nak dapat pergi -_-

Bunda_nora said...

Biasa jugak makan, tapi cheese naan biasa tu..

Muhd Zumairi said...

gebu nan dia

eMMe said...

Assalam... saya suke cheese nan RMSY ni... adoi terliur dah... ni sume yop punye pasei, huhuhu...