Wednesday, June 10, 2015

Proses Tawar Menawar Harga Belian


Wah.... rindu la pulak bila tengok gambar Pasar Besar Siti Khadijah. Teringat kerja rutin semasa kecil. Setiap bulan akan ikut mama ke pasar ini untuk membeli barangan keperluan untuk sebulan kerana mama ketika itu membuat kuih untuk jualan.  Bila melangkah kaki masuk ke sini, walaupun agak berbau sedikit, tapi bauan itulah yang membuatkan hati ini terus merindui tempat kelahiran.

Berbalik kepada tajuk asal, sesungguhnya mereka itu menjual bukanlah untuk membina empayar. Malah ada antara makcik-makcik tersebut untungnya hanya beberapa sen sahaja. Mereka bukannya membina empayar atau gedung-gedung besar. Apatah lagi tidak mampu menggaji pekerja. Ada antara mereka yang kais pagi makan pagi. kais petang makan petang.


Betul....kuasa membeli di tanggan pengguna. Tetapi proses tawar menawar biarlah berpada-pada. Apatah lagi bila sudah di buat penawaran harga, kita tak jadi nak beli pula. Berlainan pula bilamana kita ke pasaraya. Kita akan membayar harga yang tertera pada tag price tanpa banyak soal. Tak pernah la pulak aku dengar masa beratur di kaunter pembayaran, ada mereka yang mintak diskaun. Kalau kita boleh tanpa banyak soal membayar kepada tokey-tokey besar, kenapa kita perlu merungut kepada makcik-makcik yang untungnya tak seberapa?


2 comments:

Fazleyatul Aini said...

nak menawar pon agak2 la kan

Chenta said...

Rindu juga suasana di Pasar Khadijah ini..:)
Pernah tinggal di Pulai Chondong selama 3 tahun mencari rezeki dibumi ini.
so di pasar ini macam2 ada,, :)

yg paling saya ingat pintu masuk ada jual Buah Delima ,, time tu mengandungkan anak pertama,, So setiap minggu Jumaat, mesti beli.