Tuesday, June 02, 2015

Nak Up Gambar Badan Sado Jugak Lah - Panas Baran?

sado yang panas baran

Huhuhu.... rupanya dah banyak kali aku dengar sok-seh depa duk cakap aku nie jenis panas baran. Betul ker aku nie seorang yang panas baran? Rasanya macam ok jer, macam cool jer, macam rilek jer. Hahahaha, mana la kita nampak dalam diri kita sendiri yer tak? Malah kekadang bila pandang cermin pun tak nampak gak badan sado cam gambar kat atas. Yang nampak sado tang perut jer. Hahahaha.... 

Tapi aku suka dengan ulasan seorang kaunselor praktikal semasa dia menjalani latihan praktikal kat pejabat aku. Sessi kaunseling tu di buat secara rambang dan aku menawarkan diri untuk memnuhi tuntutan latihan praktikal tersebut. Katanya...

"Awak nie seorang yang panas baran juga yer"

"Eh....ye ker Puan? Rasanya macam ok jer"

"Ujian nie bukanlah 100% tepat. Tapi punca awak panas baran adalah kerana MEMPERTAHANKAN HAK AWAK"

Rasanya itu memang 100% tepat. Kalaulah hak kita di cabuli, semua orang akan cuba mempertahankan hak mereka. Cuma mungkin cara mereka mempertahankan hak berbeza pada setiap orang. 

Nasib baik.... panas baran aku adalah bertempat walaupun kekadang ianya tersangat menimbulkan masalah.

13 comments:

sue sue said...

Hurm...panas baran ni..ade baik ada buruknya...cubalah kawal diri ya...supaya tak ada yg terluka atau menjauh nnt...hihi....




Singgah blogwalking...:)
Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Abang sado yg panas baran bertempat..
Kira ok lah tu Eelobor..
Kalau panas baran sebarangan tu.. yg rasa nak lempang balik jer hahahha :)

Kakzakie said...

Kita ni manusia biasa. Ada kalanya kita tak bolen nak control jika ianya melanggar territory kita. Betul tak?

Chenta said...

meh sini jentik sikit ! ,,
hahaha... lariii

Nurulhuda Abdul Latip said...

Kalau boleh control its better, tapi untuk mempertahankan hak memang tak salah kan?

anyss said...

assalamualaikum,
ambo panas kalo hari panas huhuhuhu

Fazleyatul Aini said...

saya pon baran gak tapi cepat sejuk la hehehe
mungkin tak berapa baran lalalala

Sanisah eeiyss said...

wah takuitnya... hoho

moga yang panas-panas akan sejukkk sentiasa... amin (^___^)

Lea Ismail said...

saya pun kadang2 naik gak baran ni kalau asyik kita je salah padahal org lain yang buat

aizamia3 said...

Saya cepat panas tapi cepat sejuk.. cuma kalau sesiapa yang kali pertama terkena tu mesti sentap habislah..

Sharinginfoz said...

bertempat memang digalakkan. anyway mcm general aja komen daripada kaunselor tu sebab ianya kena pd kebanyakan org

Bunda a.k.a KN said...

Cepat gak hangat hati, tapi tengok pada tempat dan situasi..

hainom OKje said...

Camne panas baran awak agaknya yer Ee...
Semua org pun ada perasaan marah kan....cuma caranya berbeza.