Thursday, June 11, 2015

Kekayaan Bocor Kerana Kereta?

 kereta impian yang berharga "mampu tengok" sahaja bagi aku

Biasa dengar orang gaji 5k, tapi pandu kereta yang installment 1.3k-1.5k ?? Biasa dengar kan....? Gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. Pun biasa dengar kan?? Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yang downpayment paling rendah, loan yang paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. 

Dalam fikiran graduan yang baru dapat kerja ni cepat jer ternampak kereta-kereta seperti honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yang nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata orang sekeliling. Tapi apa yang ramai tak nampak bahawa 1.5k installment tu tak abis di situ saja. Angka yang sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan untuk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

Installment memang la 1.3k. tapi petrol? Katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time kereta tersadai kat parking kereta, jarang-jarang drive tak cukup duit untuk petrol.. he he he). Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai fully synthetic, brand elok ...takkan nak pakai minyak enjin hak murah ye tak? Sayang la enjin keta tu. 

Ada yang beli kereta cuma tekan calculator untuk kira installment. Terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. Lupa nak kira kos insurans untuk kereta berharga 90k-150k? Tak tau menahu kos roadtax untuk kereta 2.0 liter? Ada yang lupa nak masukkan semua tu dlm kira-kira. Kesudahannya tertunggu-tunggu bonus untuk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. Jatuh la stendet, or takkan drive Camry tapi pakai tayar second hand? Malu la kat budak-budak kedai tayar. Hehehe.... kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So banyaklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yang datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. Kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dalam sampul ye tak. Malu la kaum. Malu la kat kawan-kawan yang pakai kereta perodua bagi duit raya sama macam yang memandu Civic/Accord. So bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yang meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. Kereta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service keta mesti kat designated service centre kereta tu, mana boleh service kedai sebarangan. So caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. Bila keluar degan kawan-kawan or ipar duai takkan yang pakai proton nak kena belanja makan ye tak. Malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

Ramai org suka kereta. Sebab utamanya ialah keperluan utk bawa dari point A ke point B. Sebab-sebab yang lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. Namun untuk keadaan hari ini, jenis kereta boleh mengelakkan dari dipandang rendah oleh orangg sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn-kawan sekolah & kwn-kawan uni. Walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi orang tengok kita sampai naik apa. Bila attend reunion sekolah contohnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dengan brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. Cash banyak, saham banyak, emas banyak, rumah banyak, properties banyak orang tak nampak. Cerita pun orang tak caya. Dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn orang-orang berkereta besar berbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

Normally kalau dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very costly. hehe.

Cuba tanya mana-mana orang muda, majoritinya target nak pakai kereta hebat bila grad, bila dapat kerja kerajaan or swasta. buat hutang 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke installment kereta & 'pakejnya'. Byanklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lagi. Sebab kereta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. Kalau dulu mula-mula beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lagi nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup untuk sustain life style yang ada. Orang lain dah boleh pikir untuk relax di umur 50-an, kita masih pikir tepaksa kerja untuk tanggung hutang.

Dan yg paling malang..................................... banyak kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kawan-kawan opis. Yang tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona sekenhen malu, pinjam duit merata tak malu. Sanggup skip duit yang sepatutnya bagi orang tua tiap-tiap bulan. Malah pinjam pulak duit org tua. Pinjaman yagn liat bayar balik. Selalunya buat lupa nak bayar balik. 

Ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yang lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.

**Perkongsian yang dijumpai di laman facebook, sengaja di kongsi di sini agar senang untuk aku mencari balik suatu hari nanti untuk dibaca.


4 comments:

Lea Ismail said...

kenyataan dalam kehidupan. biar papa asal bergaye...

Chenta said...

kans,, kebocoran dimana2...
tq berkongsi ,, bagus juga untuk bacaan anak2 muda sekarang.

hainom OKje said...

Ee...anak sedara okje baru grad, cikgu. dan baru beli kereta baru, yg pasti bukan kereta Malaysia. Apa yg awak cakap tu sama mcm apa yg cik abg okje cakap. Tp cakap dengan okjelah....bukan ckp dengan budak tu hihi...
Setuju sangat ....bg mereka yg penting mereka dipandang hebat....

Sharinginfoz said...

apa yang penting kita beli ikut kemampuan dan kalau boleh di bawah kemampuan pun boleh