Sunday, June 14, 2015

24 Tips Asas Servis Kereta Supaya Anda Tidak Ditipu


Jangan mudah tertipu dengan mana-mana bengkel.

1. Minyak hitam.
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - setiap 5,000km atau 3 bulan whichever is earlier.
Kalu yg sintetik - mungkin 7,500km atau 10,000km.

2. Filter - sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthetic - 7500km hingga 10000 km
Dalam ertikata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark plug - 20,000 km ikut schedule maintenance book!
Tapi kau boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dia nya electrode pun dah nipis, elok tukar aje...Harga sekitar Rm20-25 untuk 4 biji...

4. Bateri kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan...kalau kita selalu topup airsuling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun...kalau selalu lupa topup dan selalu kering...6 bulan pun bateri boleh kong! Free maintenance battery lain pulak ceritanya...tak payah top up air , harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli bateri, jangan main hentam aje, ini kerana di Malaysia banyak barang tipu...so , beli bateri dari jenama yg boleh dipercayai... BOSCH, CENTURY... tapi ada juga jenama yang tak terkenal tapi elok! Bateri yang baik biasanya lebih berat dari bateri yang kurang baik. bandingkan bateri tersebut dalam kategori yang sama..kalau NS50 tu anda kena compare dengan NS50 dari jenama yg lagi satu! Kalau kancil tak silap aku pakai NS40 atau NS40L..begitu la citernya!

5. Timing belt - 60,000km untuk kereta proton Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan sampai 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu, depa sampai aje 60,000km terus tukar tak kira la dia pakai apa kereta pun! Mekanik cina sengeh aje la, buat apa tolak rezeki dari duit orang Melayu!

6. Clutch plat - Clutch plate ni ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yang susah nak terangkan,sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7. Fuel Filter - tukar aje la sekitar 40,000km sekali. Benda ni pun murah RM15-20je.

8. Air Filter atau Filter Udara - yang ni di tukar setiap 20,000km. Tapi pada mereka yang tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9. ATF - Automatic Transmission Fluid. Minyak ni memang penting bagi yang pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh la extend hingga 30,000km kepada mereka yang nak jimat. Minyak ni memang penting ditukar...jangan abaikan (contohnya tak tukar lebih dari 30,000km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlu perbelanjaan yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir untuk kita, tapi bukan pada pihak cina yang bikin servis. Caj hanya sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yang budget kurang dari RM100...ikut saiz kereta anda!

10. Gear Oil - untuk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah Gear Oil. Benda ni boleh la tukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid dan Power Steering Fluid - Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.

12. Radiator Coolant -sebotol RM8-RM15... selalunya warna hijau! 60,000km boleh la tukar sekali!!! Kalau air radiator korang warna clear aje. Maknanya air paip biasa aje tu! Pakai coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!

13. Air-Cond Belt/ Alternator Belt - Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Kalau kita terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian "ribs"nya dah ada"crack-crack" yang halus...maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini. Akhir sekali, ingin admin ingatkan maintenance schedule yang ikut "km" atau masa"3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau dalam bahasa enggeris lebih dikenali sebagai "preventive maintenance"

15.Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang! Tapi dalam dunia ni, mana ada yang perfect! Preventive Maintenance Schedule ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi atau sebab mengapa setiap alatganti tu perlu ditukar. Ianya boleh juga menjadi suatu pembaziran bagi orang Melayu dan keuntungan bagi orang cina.

16.Contohnya- kalau kita buta-buta ikut apa yg di syorkan oleh pembuat alat ganti. Contohnya "shock absorber" perlu diganti setiap 20,000km, tentu kita tidak mampu mengikutnya! Jadi anda perlu ada asas ilmu seperti yang diterang kan di atas.

17. Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi-sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/ 1 tahun. Kalau boleh elakkan beli minyak hitam di kedai spare part cina tersebut sebab banyak minyak cap ayam yang cina telah sediakan khas untuk tipu orang Melayu. Botol mungkin ada cap Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah made in china. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel cina. Bos cina ini sentiasa mengarahkan pekerja cinanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refil serta bubuh seal baru supaya dapat mengaut keuntungan dari duit orang Melayu. Elok beli minyak di stesen minyak - confirmed genuine. Unless kalau betul2 yakin dgn kedai spare part yg kita beli tu. Tapi apa admin boleh katakan 90% sparepart serta bengkel cina semuanya menggunakan kaedah ini.

18. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus utk kereta lama - bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF - ditukar setiap 20,000km. Sama mcm di atas.

19. Flush? kalau dlm buku takde kata - maka tidak perlu. Air filter pun sama - 20,000km. Coolant - tukar tiap-tiap 20,000km. Nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO water. Timing belt - ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Merekah takda, gigi still elok - tak perlu tukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt - tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack.

20. Water pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke-2. Let's say kita tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali, tiada extra labor charge. Spark plug - every 20,000km. Atau selagi plastik kat tgh tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena check spark plug. Kalau spark plug berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sebab piston ring dah haus. Asap biru kat ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e. minyak hitam terbakar. BTW, ini bukan service biasa. Dah kira major work jugak. Head gasket - tukar apabila minyak leaking kat area tu. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil nie top-overhaul.

21. Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tp ada gak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sebab suka lenjan engine. Dok main red line manjang. Ini pun major work la jugak skit. Brake pad - tukar bila haus atau bila rasa brake kurang mengigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali. Minyak brake - pun sama. Anyway brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double. Bercakap tentang timing belt (juga dipanggil cam belt kerana ia memacu camshaft), ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

22. Pada asalnya, enjin pembakaran dalam menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar jepun. tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yg dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kita perlu menukar lebih awal, maybe 60,000km. Admin tak begitu pasti tentang ini.

23. Sesetengah pengeluar seperti Alfa Romeo mencadangkan pertukaran timing belt pada jarak hanya 30,000km bagi semua enjin straight 4 twin spark dan juga enjin V6 bagi model sebelum tahun 1999. Pada tahun 1996 dahulu, ada juga pemilik cina yang kerek dan cakap timing belt boleh tahan sampai 100,000km. Tak perlu tukar pada 30,000km. Then, keta dia kena tarik masuk sebab timing belt putus dan enjin kena overhaul. Bacaan odometer ketika itu = 35,000km. Maka moralnya adalah kita perlu patuhi spesifikasi service dan penyelenggaraan pengeluar. Banyak kenderaan zaman sekarang telah menggunakan timing chain sbg ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda dan Toyota. Toyota misalannya menggunakan timing chain bagi semua kenderaan penumpangnya iaitu :-

Camry ACV30 - enjin 2AZ-FE 2000cc
Corolla Altis ZZE121 - enjin 1ZZ-FE 1600cc
Vios NZE10 - enjin 1NZ-FE 1500cc

24. Model seperti CRV pada mulanya menggunakan timing belt, tetapi untuk CRV baru generasi kedua, Honda juga kembali memperkenalkan timing chain melalui enjin i-VTEC. ianya tidak memerlukan pertukaran biarpun sudah mencecah 500,00km lantas menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing dan segalanya pulih spt sedia kala.

** Tips asas di jumpai hasil perkongsian di laman facebook. Berguna sebagai panduan asas bagi mereka yang tiada pengetahuan asas berkenaan dengan penjagaan kenderaan. Walaubagaimanapun, apa yang disyorkan oleh pihak pengeluar kenderaan berkenaan dengan servis serta penukaran alat ganti adalah yang paling tepat untuk menjaga kenderaan anda. Tips yang di kongsi tersebut hanyalah pandangan peribadi penulis berkenaan. Tepuk dada & tanya selera. 

Thursday, June 11, 2015

Kekayaan Bocor Kerana Kereta?

 kereta impian yang berharga "mampu tengok" sahaja bagi aku

Biasa dengar orang gaji 5k, tapi pandu kereta yang installment 1.3k-1.5k ?? Biasa dengar kan....? Gaji baru 4k dah berani beli kereta 1k per month. Pun biasa dengar kan?? Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yang downpayment paling rendah, loan yang paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama. 

Dalam fikiran graduan yang baru dapat kerja ni cepat jer ternampak kereta-kereta seperti honda civic, elantra, forte, cerato, golf, accord, sonata, jetta dll kereta yang nampak ada 'standard' supaya imej bertambah di mata orang sekeliling. Tapi apa yang ramai tak nampak bahawa 1.5k installment tu tak abis di situ saja. Angka yang sebenar dia akan spent tiap bulan ialah 2k ++ per month. iaitu separuh dari gaji dia jadi habuan untuk kereta, eksesori keta & pakej2 lain yg dtg dgn kereta tu.

Installment memang la 1.3k. tapi petrol? Katalah petrol 400 sebulan (melainkan dia pakai keta hebat tapi most of the time kereta tersadai kat parking kereta, jarang-jarang drive tak cukup duit untuk petrol.. he he he). Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai fully synthetic, brand elok ...takkan nak pakai minyak enjin hak murah ye tak? Sayang la enjin keta tu. 

Ada yang beli kereta cuma tekan calculator untuk kira installment. Terlupa nak masukkan spending on insurance & road tax. Lupa nak kira kos insurans untuk kereta berharga 90k-150k? Tak tau menahu kos roadtax untuk kereta 2.0 liter? Ada yang lupa nak masukkan semua tu dlm kira-kira. Kesudahannya tertunggu-tunggu bonus untuk setel semua. Kad kredit swipe dulu. Bila takda bonus dia paling kuat mengata majikan & gomen. Payment kad kredit postpone lagi. hehe ..

Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah right? Kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah. Gamak ke nak pakai brand tayar yg teksi pakai. Jatuh la stendet, or takkan drive Camry tapi pakai tayar second hand? Malu la kat budak-budak kedai tayar. Hehehe.... kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar jer dah rm350-400 ikut brand. So banyaklah 'kebocoran' sana sini angkara kereta nak hebat & nak maintain pakej yang datang bersamanya.

Kebocoran tanpa sedar. Kerana bila motokar hebat, takkan gamak bagi duit raya 3 ringgit letak dalam sampul ye tak. Malu la kaum. Malu la kat kawan-kawan yang pakai kereta perodua bagi duit raya sama macam yang memandu Civic/Accord. So bila dah berkereta 'hebat' ni, secara otomatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yang meminta supaya keluar duit lebih utk sustain gaya mutu keunggulan. Kereta mahal kena hantar car wash selalu, keta dah ler mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service keta mesti kat designated service centre kereta tu, mana boleh service kedai sebarangan. So caj pun mesti la mahal sikit dari kedai biasa. Bila keluar degan kawan-kawan or ipar duai takkan yang pakai proton nak kena belanja makan ye tak. Malu la sikit. hehe... maka byk la benda yg menyebabkan kekayaan 'bocor' angkara kereta... sbb nak jaga gaya mutu & keunggulan.

Ramai org suka kereta. Sebab utamanya ialah keperluan utk bawa dari point A ke point B. Sebab-sebab yang lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorg, imej, hobi. Namun untuk keadaan hari ini, jenis kereta boleh mengelakkan dari dipandang rendah oleh orangg sekeliling, terutama masa balik raya & masa nak attend reunion dgn kwn-kawan sekolah & kwn-kawan uni. Walau mcmn sekali pun kita nafi, kereta tetap 1st impression nak bagi orang tengok kita sampai naik apa. Bila attend reunion sekolah contohnya, amatlah berbeza penampilan bila seseorg tu sampai dengan brand new Accord berbanding sampai dgn Pesona. Cash banyak, saham banyak, emas banyak, rumah banyak, properties banyak orang tak nampak. Cerita pun orang tak caya. Dan sikap segelintir masyarakat... ada rasa hormat bila sembang dgn orang-orang berkereta besar berbanding dgn mamat berkereta saga BLM.

Normally kalau dah pakai kereta D segment tu tpaksa la jaga penampilan yg lain tu... which is very costly. hehe.

Cuba tanya mana-mana orang muda, majoritinya target nak pakai kereta hebat bila grad, bila dapat kerja kerajaan or swasta. buat hutang 9 tahun sudah pasti, so terperangkaplah for the next 9 yrs. kereta tu selepas 9 thn akan jd besi buruk, susut nilai 90%. hilanglah potensi investment sepanjang 9 tahun tu krn cashflow habis ke installment kereta & 'pakejnya'. Byanklah investment opportunity lost for the nx 9 yrs. lepas 7/9thn mesti nak tukar kereta lagi. Sebab kereta lama dah hilang gempaknya. berhutang lagi 9 tahun. Kalau dulu mula-mula beli kereta umur 28, lepas dah pakai dua buah kereta umur pun dah cecah 46 tahun. masa tu baru terpikir berapa lama lagi nak kena kerja, umur patut pencen tapi saving ciput, simpanan tak cukup utk tanggung family, tak cukup untuk sustain life style yang ada. Orang lain dah boleh pikir untuk relax di umur 50-an, kita masih pikir tepaksa kerja untuk tanggung hutang.

Dan yg paling malang..................................... banyak kes berkereta hebat tapi hujung bulan pinjam kawan-kawan opis. Yang tu tak pulak rasa malu. pakai Pesona sekenhen malu, pinjam duit merata tak malu. Sanggup skip duit yang sepatutnya bagi orang tua tiap-tiap bulan. Malah pinjam pulak duit org tua. Pinjaman yagn liat bayar balik. Selalunya buat lupa nak bayar balik. 

Ramai sanggup spend beribu sebulan utk kereta, tapi tak sanggup bagi org tua hatta rm500 sebulan. rupanya kereta hebat lagi penting.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia, 25% orang yang bankrap adalah disebabkan hutang kereta iaitu tertinggi dari semua jenis hutang yang lain. Manakala yang masih belum bankrap pula sebahagiannya terpaksa catu makan pakai & keperluan anak isteri serta mak ayah demi kereta.

**Perkongsian yang dijumpai di laman facebook, sengaja di kongsi di sini agar senang untuk aku mencari balik suatu hari nanti untuk dibaca.


Wednesday, June 10, 2015

Proses Tawar Menawar Harga Belian


Wah.... rindu la pulak bila tengok gambar Pasar Besar Siti Khadijah. Teringat kerja rutin semasa kecil. Setiap bulan akan ikut mama ke pasar ini untuk membeli barangan keperluan untuk sebulan kerana mama ketika itu membuat kuih untuk jualan.  Bila melangkah kaki masuk ke sini, walaupun agak berbau sedikit, tapi bauan itulah yang membuatkan hati ini terus merindui tempat kelahiran.

Berbalik kepada tajuk asal, sesungguhnya mereka itu menjual bukanlah untuk membina empayar. Malah ada antara makcik-makcik tersebut untungnya hanya beberapa sen sahaja. Mereka bukannya membina empayar atau gedung-gedung besar. Apatah lagi tidak mampu menggaji pekerja. Ada antara mereka yang kais pagi makan pagi. kais petang makan petang.


Betul....kuasa membeli di tanggan pengguna. Tetapi proses tawar menawar biarlah berpada-pada. Apatah lagi bila sudah di buat penawaran harga, kita tak jadi nak beli pula. Berlainan pula bilamana kita ke pasaraya. Kita akan membayar harga yang tertera pada tag price tanpa banyak soal. Tak pernah la pulak aku dengar masa beratur di kaunter pembayaran, ada mereka yang mintak diskaun. Kalau kita boleh tanpa banyak soal membayar kepada tokey-tokey besar, kenapa kita perlu merungut kepada makcik-makcik yang untungnya tak seberapa?


Tatacara Berpakaian Bagi Pelawat - Kesopanan & Kesusilaan

Apabila kita kemana-mana pejabat kerajaan atau apa jua pejabat mahupun swasta, elok lah kita tahu membezakan antara pakaian untuk ke pasar, pakaian untuk bersenam, pakaian tidur malam ataupun untuk berurusan secara rasmi. Hormati orang sekeliling kita. Hak individu dan hak privasi sekalipun biarlah kena pada tempatnya. 




Tuesday, June 02, 2015

Nak Up Gambar Badan Sado Jugak Lah - Panas Baran?

sado yang panas baran

Huhuhu.... rupanya dah banyak kali aku dengar sok-seh depa duk cakap aku nie jenis panas baran. Betul ker aku nie seorang yang panas baran? Rasanya macam ok jer, macam cool jer, macam rilek jer. Hahahaha, mana la kita nampak dalam diri kita sendiri yer tak? Malah kekadang bila pandang cermin pun tak nampak gak badan sado cam gambar kat atas. Yang nampak sado tang perut jer. Hahahaha.... 

Tapi aku suka dengan ulasan seorang kaunselor praktikal semasa dia menjalani latihan praktikal kat pejabat aku. Sessi kaunseling tu di buat secara rambang dan aku menawarkan diri untuk memnuhi tuntutan latihan praktikal tersebut. Katanya...

"Awak nie seorang yang panas baran juga yer"

"Eh....ye ker Puan? Rasanya macam ok jer"

"Ujian nie bukanlah 100% tepat. Tapi punca awak panas baran adalah kerana MEMPERTAHANKAN HAK AWAK"

Rasanya itu memang 100% tepat. Kalaulah hak kita di cabuli, semua orang akan cuba mempertahankan hak mereka. Cuma mungkin cara mereka mempertahankan hak berbeza pada setiap orang. 

Nasib baik.... panas baran aku adalah bertempat walaupun kekadang ianya tersangat menimbulkan masalah.