Wednesday, May 27, 2015

Merokok Di Tempat Awam



Gambar di atas adalah bukan sekadar gambar hiasan. Dan ianya memang berlaku depan mata aku bilamana ada segelintir manusia yang kurang sensitiviti apabila berada di tempat awam. Aku kurang pasti adakah tempat ini termasuk dalam kategori kawasan larangan merokok kerana tiada papan larangan merokok tertera. Mungkin atas faktor tersebut, segelintir yang kurang sensitiviti tersebut tanpa rasa bersalah merokok di kawasan awam.

Walaupun kawasan tersebut tak termasuk dalam larangan merokok, rasanya adalah lebih sesuai sekiranya dapat mengasingkan diri dari kelompok ramai ketika mana terasa nak merokok. Mungkin dia ada hujah kuat mengatakan rokok tidak salah. Bukan nak berdebat dari segi hukum-hakam. Cuma tolong hormati mereka yang tidak merokok. Senang jer kan?

5 comments:

Kakzakie said...

Tak tahulah ramai lagi yg tak sentitif kan.
Kalau Ee ke terminal bas di Larkin JB aduhai udara pun kelabu dek asap rokok. Memang lemas.

Bukan tak tahu tapi buat-buat tak tahu.

hainom OKje said...

Mcm tempat tertutup jer tu kan Ee....mmg tak patut pun mereka kalau buat selamba jer merokok kat situ. Elok tampar jer sedas dua hihi

Fazleyatul Aini said...

btol tu hormatilah org yg x merokok ni
naik sesakkk dada weyh bau asap

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Payah nak kata eelobor.. tak sensitif pada keadaan org sekeliling kan ..

Amy Syaquena said...

Naik juling biji mata mencari orang yang merokok, lastnya jumpa jugak! bagus kaw mata.. baru berhajat nak tambah mata cepat2 kaw nampak kan...