Friday, May 29, 2015

Kepelbagaian Untuk Bersedekah

"Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya  (sedikitpun)". (Al-An'aam 6:160)



 Kreatif dalam bersedekah: - (terjumpa yang orang sharing kat fb)
  1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air di luar rumah untuk kucing-kucing yang datang.
  2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim & orang miskin.
  3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet untuk diberikan kepada yang memerlukan.
  4. Letakkanlah di kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
  5. Jika engkau hadir dalam acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan untuk sedekah kepada orang-orang yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
  6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil,kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
  7. Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka-mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
  9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk, & bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  10. Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yang telah berbuat jelek kepadamu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
  11. Sedekahkan Al-fathihah serta doa kepada kedua ibubapa kita, sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan kita yang telah meninggal.

5 comments:

Chenta said...

Alhamdullilah,,, sekecil2 apapun rezeki moga bermanfaat kepada mereka yang berada disekeliling kita,, kan,,

smile

sue sue said...

Setuju....tak perlu tunggu kaya baru nak bersedekah...Bersedekah tak mengurangkan duit..sebaliknya menggandakan duit



Singgah blogwalking...:)
Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

sue sue said...

Singgah blogwalking...:)




Nak tingkatkan metabolisme badan tak?jemput baca artikel ni:
http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/cinch-tea-bantu-anda-kurus.html

anyss said...

Assalamualaikum,
kayuh basikal pun sedekah juga ;)

Jom kita sokong kayuhan sejuta kasih :D

Bunda a.k.a KN said...

Setakat ini hanya beberapa perkara di atas pernah bunda lakukan....Insya Allah akan menambah lagi sebaik mungkin....