Sunday, April 26, 2015

Warung Kita Di Kampung Melayu Sungai Buluh


Lokasi Warung Kita terletak di Kampung Melayu Sungai Buluh dan boleh menggunakan aplikasi waze jika ingin mengetahui lokasi dengan tepat (3.224826, 101.569062). Berhadapan dengan warung ini adalah De Chiangmai Thai Seafood. 



Nampaknya suasana beratur (beberapa barisan) untuk mengambil pesanan (layan diri) adalah normal jika anda membaca beberapa blog-blog lain pengunjung yang pernah mencuba makan di warung ini. Nasib baik orang tak berapa ramai sangat dan agak cepat juga akak-akak yang membungkus nasi manggey & abang-abang yang membuat air.



Suasana semakin ramai bila masuk waktu tengahari. Yang gigih beratur semakin panjang ke belakang. Yang sudah makan silih berganti bertukar meja pengunjung yang baru tiba. Tempat makan agak selesa dengan ruangan yang disediakan (agak luas & tempat yang besar). Tempat meletak kenderaan juga disediakan walaupun agak terhad bilangan kenderaan dalam suatu tempoh masa.

ABC Oreo (RM4) & Coconut Shake (RM3)


Air Nyior Baldi (RM3.50)


Nasi Manggey (RM4.50-Biasa)

Harga makanan juga agak murah dan berbaloi. Nasi Manggey 3 bungkus + ABC Oreo + Air Nyior Baldi & Coconut Shake cuma berharga RM24 sahaja. Bagi aku Air Nyior Baldi & Coconut Shake memang sedap yang amat. Manakala Nasi Manggey tuh agak biasa-biasa jer. Yang mana nak mencuba sendiri boleh lah berkunjung ke Warung Kita.

4 comments:

Sharinginfoz said...

boleh cuba ni suatu hr nanti

Mimi Azirah said...

abc tuh melting jer tgk..thanks share psl warung nih..leh terjah nti

Fazleyatul Aini said...

air nyior baldi tu memang rare bila serve dalam benda yang macam timba perigi tu hihi

Kakzakie said...

Sibuk aiskrim pasu dia bOrg sibuk dgn icecream pasu dia buat air kelapa dlm baldi. Heba tak hebat !

Kelakar tapi ada kelainan. Rmai pun ramai kkkakak tengok..