Saturday, April 25, 2015

Restoran Sup & Popia - Zaiton Hussin


Lebih dikenali dikalangan pengunjung dengan nama Restoran Hussin Sup & Popia di Jalan Pahang terletak di lokasi No.9 Jalan Puah Jaya 1, Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pencarian, ianya di belakang masjid Setapak (bawah flyover DUKE Highway).



Pertama kali baru berkesempatan ke sini, popia antara menu yang agak sedap untuk di rasa. Lupa pula nak tanya harga bagi 1 set popiah seperti gambar di atas. Yang pastinya aku tengok di setaip meja, ramai yang memesan menu popia nie.



Ini adalah Sup Kambing yang menjadi alasan utama untuk aku berkunjung ke sini. Nak tau sejauh mana sedap, boleh datang dan mencuba sendiri bagi peminat setia masakan kambing. Bagi aku peminat tegar masakan kambing baik dari segi sup, bakar, panggang, goreng, kuzi, gulai, kari dan apa jua jenis masakan melibatkan kambing memang susah nak tolak kalau di pelawa.


Hidangan ringkas, nasi putih + sup kambing + telur dadar (tiada dalam gambar) pun sudah cukup menyelerakan untuk merasai kenikmatan sup kambing di sini. Manakala gambar di bawah adalah set roti putih + sup kambing. Haaa...rugi habaq hang kalo tak datang rasa sendiri.


Harga juga agak murah, tak sampai RM16 termasuk Air Sirap Bandung (air wajib Muaz), Teh O Limau Ais & Teh O Panas. Sekian dahulu iklan tidak berbayar ini, kerana restoran ini sudah sedia terkenal dan tidak perlu kepada pengiklanan berbayar.  

No comments: