Thursday, April 09, 2015

Jala Emas Di Che Mat Delights

Sebelum ini pernah buat entri berkenaan kedai Che Mat Delights (CMD). Semalam lagi sekali singgah ke CMD untuk makan nasi kerabu + ayam percik. Gambar tak sempat nak ambik, lapar punya pasal. (tapi gambar boleh tengok kat sini).




Tapi tujuan asal selain makan malam adalah kerana dah lama mengidam nak makan jala emas & akok. Kat KL nie agak sukar juga untuk mencari jala emas nie. Jala Emas di kedai CMD ni boleh di katakan antara yang sedap aku makan. Begitu juga nasi kerabu ayam percik.

Yer lah....makanan nie subjektif macam cantik kan? Sedap kat tekak aku belum tentu boleh masuk kat tekak korang. Cantik kat mata aku belum tentu menarik perhatian mata orang lain. Rezeki masing-masing yang telah di tetapkan. Tapi sekiranya sesiapa nak mencuba selera ala kelantan, boleh la ke kedai Che Mat Delights.

8 comments:

mama maman aka yana said...

KL..?? jauh arrr.. huhuhu

makcikkantin said...

serius makcik tak pernah makan jala mas ni......teringin pulak nak cuba,

Kakzakie said...

Kakak tak pernah lagi merasa jala emas tu tau. Teringin juga. Org kata kalau nak yg original sedap di Pahang tapi kakak tak pernah jumpa lagi..

Kalau akok tu kakak percaya akok di pantai timur memang tak boleh tanding:)

Sharinginfoz said...

jala emas mmg sedap dan sukar nak cari kat kl ni

Yaya Azura said...

warna kuning menyilau tu memang menawan kalbu..harga sebekas kecik pun kt sini dah rM5

Fazleyatul Aini said...

walaupun sy org pantai timur tapi tetap tak leh masuk dengan kuih akok huhu

Zaitun said...

Kak zai dah beberapa kali masuk Kelantan Delight tapi nak cuba CMD pulak. Tengok gambar teringin pulak nak makan.

Ct Noraishah said...

Kl Kat mane tu..can best je