Sunday, April 26, 2015

Warung Kita Di Kampung Melayu Sungai Buluh


Lokasi Warung Kita terletak di Kampung Melayu Sungai Buluh dan boleh menggunakan aplikasi waze jika ingin mengetahui lokasi dengan tepat (3.224826, 101.569062). Berhadapan dengan warung ini adalah De Chiangmai Thai Seafood. 



Nampaknya suasana beratur (beberapa barisan) untuk mengambil pesanan (layan diri) adalah normal jika anda membaca beberapa blog-blog lain pengunjung yang pernah mencuba makan di warung ini. Nasib baik orang tak berapa ramai sangat dan agak cepat juga akak-akak yang membungkus nasi manggey & abang-abang yang membuat air.



Suasana semakin ramai bila masuk waktu tengahari. Yang gigih beratur semakin panjang ke belakang. Yang sudah makan silih berganti bertukar meja pengunjung yang baru tiba. Tempat makan agak selesa dengan ruangan yang disediakan (agak luas & tempat yang besar). Tempat meletak kenderaan juga disediakan walaupun agak terhad bilangan kenderaan dalam suatu tempoh masa.

ABC Oreo (RM4) & Coconut Shake (RM3)


Air Nyior Baldi (RM3.50)


Nasi Manggey (RM4.50-Biasa)

Harga makanan juga agak murah dan berbaloi. Nasi Manggey 3 bungkus + ABC Oreo + Air Nyior Baldi & Coconut Shake cuma berharga RM24 sahaja. Bagi aku Air Nyior Baldi & Coconut Shake memang sedap yang amat. Manakala Nasi Manggey tuh agak biasa-biasa jer. Yang mana nak mencuba sendiri boleh lah berkunjung ke Warung Kita.

Saturday, April 25, 2015

Restoran Sup & Popia - Zaiton Hussin


Lebih dikenali dikalangan pengunjung dengan nama Restoran Hussin Sup & Popia di Jalan Pahang terletak di lokasi No.9 Jalan Puah Jaya 1, Taman Setapak Indah Jaya, Kuala Lumpur. Untuk memudahkan pencarian, ianya di belakang masjid Setapak (bawah flyover DUKE Highway).



Pertama kali baru berkesempatan ke sini, popia antara menu yang agak sedap untuk di rasa. Lupa pula nak tanya harga bagi 1 set popiah seperti gambar di atas. Yang pastinya aku tengok di setaip meja, ramai yang memesan menu popia nie.



Ini adalah Sup Kambing yang menjadi alasan utama untuk aku berkunjung ke sini. Nak tau sejauh mana sedap, boleh datang dan mencuba sendiri bagi peminat setia masakan kambing. Bagi aku peminat tegar masakan kambing baik dari segi sup, bakar, panggang, goreng, kuzi, gulai, kari dan apa jua jenis masakan melibatkan kambing memang susah nak tolak kalau di pelawa.


Hidangan ringkas, nasi putih + sup kambing + telur dadar (tiada dalam gambar) pun sudah cukup menyelerakan untuk merasai kenikmatan sup kambing di sini. Manakala gambar di bawah adalah set roti putih + sup kambing. Haaa...rugi habaq hang kalo tak datang rasa sendiri.


Harga juga agak murah, tak sampai RM16 termasuk Air Sirap Bandung (air wajib Muaz), Teh O Limau Ais & Teh O Panas. Sekian dahulu iklan tidak berbayar ini, kerana restoran ini sudah sedia terkenal dan tidak perlu kepada pengiklanan berbayar.  

Restoran Satay Sedap Taman Ukay Perdana



Restoran Satay Sedap terletak di Taman Ukay Perdana 1. Tertarik dengan papan tanda nama kedai setelah beberapa kali melewati hadapan kedai tersebut, petang semalam terjebak untuk merasai sejauh mana kesedapan satay ini sepertimana nama yang di beri.

Cukup sekadar untuk makan kami anak beranak, pesanan sekadar untuk menggalas perut. Harga bagi secucuk satay adalah sepertimana gambar di atas. Agak boleh tahan juga harganya. Harap berbaloi dengan nama jolokan iaitu sepertimana nama kedai.

 Satay Ayam

Satay Ayam tak sempat nak rasa sebab di makan oleh anak lelaki. Mungkin sedap walaupun dia hanya makan 3 cucuk sahaja tapi disebabkan saiz yang besar mungkin itu sudah memadai baginya. Manakala Satay Daging pula kami suami-isteri berkongsi rasa yang sama. Memang sedap dan tiada kompromi.

 Satay Kambing & Daging


Manakala bagi Satay Perut & Satay Kambing, rasanya tidak begitu teruja sangat untuk aku coret di sini. Itulah pandangan kami berdua. Kurang sedap di mulut kami, mungkin berbeza di lidah orang lain. Allah swt Maha Adil dalam mengagihkan rezeki kepada hamba Nya. 

Satay Perut

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah berkunjung ke Restoran Satay Sedap. Bagi aku kali ini mungkin hanya untuk sekadar mencuba sahaja. Mungkin tempat lain lebih kena dengan selera aku.

Sunday, April 19, 2015

Menebus Mata Ganjaran Telekom Malaysia - TM Rewards


Mendapat sms dari TM bahawa mata ganjaran akan luput pada 30 April 2015. Mata ganjaran nie adalah point hasil bayaran bil-bil langganan unifi & streamyx yang di daftarkan atas nama aku.  Sebelum ni memang dah perasaan mata ganjaran yang dah semakin meningkat beribu-ribu lemon, tapi bila nak di tebus dengan barang nak kena tambah duit tunai la pulak.
 

Membuar pertanyaan TMConnects (twitter) dan mendapat respon yang agak pantas juga. Pihak admin yang mneguruskan TMConnects ni agak bagus juga sebab setiap kali pertanyaan aku, selalunya dia akan reply dalam tempoh yang singkat. Kecuali beberapa pertanyaan yang agak mencabar soalan tuh, maka pertanyaan itu akan di diamkan ibarat sepi dilautan karam.



Tadaaa..... tebusan mata ganjaran berjaya. Aku tebus dengan bil bulanan. Daripada membazir mata ganjaran yang bakal luput tarikh, ada baiknya aku tebus dengan bil bulanan. Apapun, 898 mata ganjaran telah luput tarikh. Untuk makluman 500 mata bersamaan dengan RM5.



Setelah itu anda akan mendapat sms mengatakan langkah bijak anda dengan tidak menyedekahkan bulat-bulat mata ganjaran yang bakal tamat tempoh tersebut telah berjaya di tebus. Untuk pengetahuan bersama (out of records), langganan internet di bolehland dikatakan antara yang tertinggi (baca: mahal) dengan kadar kelajuan (speed) yang rendah berbanding kadar internet di planet marikh, pluto & zuhal.  Sekian....

Friday, April 17, 2015

Find My Phone - Locate Your Missing Android

gambar ciluk dari blog amanz


Abaikan tajuk dalam english sebab tak tahu nak terjemah macam mana dalam bahasa melayu yang tepat. Dalam bahasa kampungnya, jika anda terlupa di mana letaknya telefon anda (faktor usia mungkin?) atau anak anda yang berusia 2-3 tahun bermain sorok-sorok dan di letaknya dalam peti ais atau bekas simpan beras, tutorial ini mungkin amat berguna untuk santapan anda.

Terlalu mudah iaitu menggunakan khidmat pakcik google, hanya taip keyword "find my phone".Tunggu sehingga keluar seperti gambar di atas (pencarian mungkin mengambil masa beberapa saat).

Dengan menekan "Ring" dengan pantasnya telefon anda akan berbunyi dan akan memudahkan pencarian telefon kesayangan anda dengan rasa riang dan gembira tanpa tekanan akibat gst.  Jika tak jumpa juga maka bolehlah berkunjung ke kedai telefon yang berhampiran seberapa segera bagi mengelakkan kemurungan yang berpanjangan.

Oh yer....pastikan sign in terlebih dahulu dengan menggunakan akaun yang sama pada peranti android anda.


Thursday, April 09, 2015

Jala Emas Di Che Mat Delights

Sebelum ini pernah buat entri berkenaan kedai Che Mat Delights (CMD). Semalam lagi sekali singgah ke CMD untuk makan nasi kerabu + ayam percik. Gambar tak sempat nak ambik, lapar punya pasal. (tapi gambar boleh tengok kat sini).




Tapi tujuan asal selain makan malam adalah kerana dah lama mengidam nak makan jala emas & akok. Kat KL nie agak sukar juga untuk mencari jala emas nie. Jala Emas di kedai CMD ni boleh di katakan antara yang sedap aku makan. Begitu juga nasi kerabu ayam percik.

Yer lah....makanan nie subjektif macam cantik kan? Sedap kat tekak aku belum tentu boleh masuk kat tekak korang. Cantik kat mata aku belum tentu menarik perhatian mata orang lain. Rezeki masing-masing yang telah di tetapkan. Tapi sekiranya sesiapa nak mencuba selera ala kelantan, boleh la ke kedai Che Mat Delights.