Sunday, February 15, 2015

Cara Menamatkan Perkhidmatan Astro


"Astro is a Malaysian Direct Broadcast Satellite Pay TV service provider offering packages & services featuring breaking news, entertainment programmes....blaa...blaaa...blaaa....."

Setelah melanggan siaran tv berbayar astro semenjak 2008, kini perkhidmatan tersebut telah di tamatkan secara rasmi bermula 9/02/2015 tempohari. Untuk peringatan, alatan seperti gambar di atas hendaklah di pulangkan kembali dalam tempoh 30 hari jika tidak mahu dikenakan caj bayaran (penalti?). Boleh dikatakan beratus la jugak caj tersebut.

Sebelum ini pernah juga menamatkan langganan selama 2 bulan. Proses sebelum ini cukup mudah hanya melalui panggilan telefon sahaja tanpa perlu menghantar kembali barangan seperti Dekoder, Kad Pintar & Alat Kawalan Jauh. Malah, hanya perlu telefon kembali sekiranya berhajat ingin menyambung kembali langganan menggunakan akaun asal. Itu cerita lama ketika langganan astro di tamatkan 2 tahun lepas selama 2-3 bulan.


Sila simpan borang di atas sebagai bukti penyerahan barangan tersebut telah di buat. Setelah selesai... siap lah semuanya. Anda boleh berjalan kaki dengan senang hati mencari kedai ais krim Magnum untuk menikmati menu petang sebagai pembasah tekak.