Tuesday, December 15, 2015

Mee Bandung Central di Tg.Agas, Muar


Berhujung minggu di Muar, maka berkesempatan untuk mencuba mee bandung muar. Ini kali ke-2 makan mee bandung kat muar selepas pertama kali pada beberapa tahun dulu. Mungkin sudah 5-6 tahun lepas. Selepas itu cuma makan mee bandung muar yang di jual di KL. Setiap kedai semua berbeza rasanya.

Kesempatan ke Muar kali ini tidak akan di lepaskan untuk mencuba sekali lagi. Dengan bertanya kepada beberapa orang, mereka mencadangkan Mee Bandung Central yang terletak di Tg.Agas ini. Berbekalkan aplikasi JomMakan (app boleh di dapati di google playstore bagi androids dan app store untuk pengguna iphone), kami di tunjukkan arah ke kedai tersebut.



Ketika kami tiba di kedai ini, tiada meja kosong. Ini memang betul-betul sedap kut. Hampir mahu batalkan niat kerana kami tidak selesa untuk menunggu di tepi meja mereka yang tengah makan dan hampir habis dengan harapan mereka cepat bayar & blah. Ketika nak menuju ke kereta, ada sekumpulan yang telah selesai makan dan baru nak beredar. Memang rezeki kami rupanya.

Setelah mencuba mee bandung ini, rasanya tak perlu nak di ulas panjang lebar lagi. Cuma boleh di tulis sangat berbaloi dan sangat sedap. Baru rasanya lengkap datang ke Muar kali ini.

Monday, November 30, 2015

Terkenang Semasa Dulu - 80an




Sesekali bila mengelamun, Terkenang Semasa Dulu. Seronok sungguh di zaman kanak-kanak ketika itu (80an). Bila diimbas kembali terasa sangat meriah bila tak perlu nak fikirkan apa-apa melainkan hanya bermain sepanjang hari. Tiada tekanan.... Seronok!!!

 suatu ketika dahulu

Kini, anak-anak sekarang di tangan mereka dengan gajet masing-masing. Yang bajet lebih sudah semestinya iPad untuk si anak. Paling tidak pun mungkin tablet atau smartphone mak-ayah masing-masing. Kita mungkin terpikir alangkah ruginya zaman kanak-kanak sekarang tak meriah seperti kita dulu yang beraneka jenis permainan kampung. Walhal ini ada realiti zaman di ketika ini. Teknologi hari ini.

Mungkin apabila zaman anak kita mempunyai zuriat sendiri nanti, mereka juga akan mengeluh. Zaman abah dulu cuma main iPad retina jer. Budak-budak sekarang perghhhh..... dah maju betul. Nak pergi ke sekolah pun cuma naik skateboard terbang jer. Hahahaha..... tetiba teringat masa kecik dulu inilah yang bakal terjadi bila Tun M melancarkan wawasan 2020. Tambahan pula di sogok dengan cerita Back To The Future. Kereta terbang sana-sini.



Di awal pertengahan 70an dan awal 80an juga sudah ada gajet-gajet seperti hari ini. Sesuai dengan teknologi ketika itu. Bagi mereka yang berkemampuan, di rumah mereka ada permainan yang dimainkan di televisyen rumah. Ada jenis Atari Games, Nintendo atau Sega. Nak lebih mendalam boleh rujuk kat sini. Mungkin sudah kedengaran ayat dari ibu-bapa ketika itu, zaman abah & mak dulu-dulu (merujuk tahun 40an hingga 60an) kami cuma main bla...bla...bla....



Skrip sama ini akan terus turun dari satu generasi ke generasi lain......

Friday, November 27, 2015

Air Digenggam Tiada Tiris



"Aku nak yang biasa-biasa jer.... janji boleh main facebook, boleh whatsapp pun cukup lah"

"Macam mana dia punya gambar, cantik tak?, berapa megapiksel yer?"

"Gambar pecah-pecah tak?"

"Boleh ambik video?"

"Selalu hang tak?"

"Boleh install games untuk anak aku main tak?"

"Em....berapa bajet ko ada?"

"Dalam RM300 ke bawah, cukup tak?"

"Oooooo....okeh"

Tuesday, November 24, 2015

Muslimah Fashion Boutique - Hijabers



Semalam merupakan minggu pertama budak-budak sekolah mula bercuti. Boleh rehat hampir sebulan 10 hari daripada terkejar-kejar di waktu tengahari untuk mengambil si Muaz dari sekolah kebangsaan dan menghantar ke sekolah agama pula di waktu petang. 

Maka dengan ini, berpeluang la pula abah & umi dia nak "berdating" waktu lunch. Muaz di tumpangkan bersama dengan adiknya Muizz di rumah pengasuh. Bayaran berganda la jawabnya..... hihihi

Waktu rehat sejam sempat pergi makan tengahari di Nasi Kak Wook Selera Wangsa Maju dengan tempoh tak sampai setengah jam dan kemudian terus ke kedai Muslimah Muslim Boutique (Hijabers) untuk menemani si aweq chenta hati. Kalau sape-sape nak cuci-cuci mata boleh tengok kat facebook Hijabers Inc Couture. Nampak kat kedai tadi pun cantik-cantik jugak baju kat situ.

Thursday, November 19, 2015

Sikap Pemandu Kereta Di Malaysia


Sebenarnya aku sendiri agak konpius berkenaan dengan lampu kenderaan terutama musim hujan. Kebanyakkan pemandu jarang membuka lampu kenderaan masing-masing terutama sekiranya hujan yang tidak begitu lebat. Selagi mana pandangan mereka nampak kereta hadapan, dia tidak pikir berkenaan pemandu kenderaan belakang yang mungkin mempunyai tahap penglihatan yang tidak sama dengan mereka.

Keadaan sama juga berlaku di awal waktu pagi atau menjelang senja. Ada ketika waktu subuh & maghrib lebih awal (seperti sekarang) dan adakalanya waktu subuh dan maghrib lewat bergantung kepada peredaran bulan mengelilingi matahari. Sekiranya waktu maghrib 7.00pm, sudah tentu 15 minit sebelum menghampiri waktu maghrib keadaan cuaca sudah berubah menjadi semakin gelap. Berbeza ketika waktu maghrib pada jam 7.30pm, maka pada 6.50pm keadaan masih lagi terang. Jangan set kat kepala jam 8.00pm baru malam gelap-gelita dan lampu kenderaan baru boleh di buka!

Lain halnya apabila pulang ke kampung halaman. Antara situasi yang akan di jumpai adalah;
  • pemandu kereta membawa agak perlahan yang mana menyebabkan kenderaan di belakang bersusun. apabila kita mahu potong kenderaan tersebut secara tiba-tiba had kelajuan terpaksa di tambah dengan kadar yang luar biasa  eh orang luar ni tak reti hormat orang tempatan ker
  • apabila mahu masuk simpang, tang-tang tu jugak dia belok tanpa memberi signal mentang-mentang la kampung depa
Apapun sebagai pengguna jalanraya, sama-sama lah kita menghormati pengguna jalanraya yang lain. Jangan pula jadi seperti sikap Pemandu Kereta Tidak Bertimbangrasa Pada Penunggang Motorsikal?

Wednesday, November 18, 2015

Tuesday, November 17, 2015

Ikan Patin Che Ta


Restoran Ikan Patin Che Ta terletak di Prima Sri Gombak. Budak-budak opis tengah kemaruk makan ikan patin masak tempoyak yang mabeles di AR Ikan Patin Masak Tempoyak di Danau Kota setelah di racun oleh aku. Hehehe... di sebabkan masak tempoyak yang "menjadi", kawan sepejabat ajak untuk sessi ulangan. Tapi hampa, ketika kami tiba untuk makan tengahari gerai tersebut belum lagi di buka. Orang kita berniaga agak kurang displin. Maka pilihan kedua adalah Restoran Ikan Patin Che Ta menjadi pilihan untuk di cuba.



Aku punya set memang tak pernah ambik sayur. Cukup sekadar nasi putih + ikan patin tempoyak. Kang nanti ambik banyak-banyak tak abis lak. Teknik nak berjimat-cermat sebenarnya sebab bila di kira harga termasuk teh o ais berjumlah RM18. Hokeh....untuk makan tengahari dah RM18. Nak merasa punya pasal tutup mata jer lah.


Ikan patin nie ada 3 bahagian iaitu kepala, badan & ekor. Aku ambil bahagian badan. Harga adalah mengikut saiz, bermula dari RM8 sehingga RM15 untuk satu bahagian. Harga aku punya seperti gambar di atas adalah RM14 + nasi putih (RM2) + Teh O Ais (RM2).

Maklumlah citarasa setiap orang adalah berbeza. Jika ditanya pilihan selera tekak aku, AR Patin Masak Tempoyak tetap menjadi pilihan utama setakat ini.

Monday, November 16, 2015

Pirate Coffee - Rasa Seperti Yang Original



Pirate Coffee nie dah banyak tempat ada jual. Sebelum nie ada tengok di update kawan di facebook berkenaan coffee nie yang di jual di area Wangsa Maju. Kebetulan area rumah aku pun ada jual coffee mata satu nih. Hah...apa lagi. Rugi la kalau tak mencuba rasanya.

Perghhh.....dia punya rasa sebiji macam yang ori. Memang kopi-peh (copy paste) betul lah. Hehehe.. yang ori tu yang mana yer? Ntah la...tengok gambar rasanya macam dah boleh agak kan? Cuma bezanya yang nie dia tak tulis pun nama korang di bekas minuman tersebut sepertimana gimik teknik perniagaan & pasaran nama yang di eja salah dengan sengaja. Harga pun boleh dikatakan separuh. Jimat, murah & sedap. Apa lagi mahu fikir panjang?


 

Friday, November 13, 2015

Kempen Unlike Page Alvin Tan / Boikot FB Page Alvin Tan

Sebenarnya isu sebegini telah lama tersebar dalam media sosial. Berbagai cara dan pendekatan yang mereka gunakan. Aku pernah membuat entri pada tahun 2011 iaitu Maaf Jika Teguran Ini Mengguris Hati yang mempunyai tujuan dan maksud yang sama seperti kempen ini. Apapun semoga kempen kecil ini menjadi suatu yang bermanfaat kepada anda
 


update: katanya page si Alvin Tan sekarang telah dipadamkan oleh pihak facebook. tapi aku yakin dan pasti patah tumbuh hilang berganti. apa yang perlu adalah, jangan pula pegi gatal-gatal tangan nak klik like atau follow page baru dia jika diwujudkan nanti.

A.R Ikan Patin Masak Tempoyak


Minggu lepas viral di facebook tentang tempat makan ikan patin masak tempoyak yang di katakan mabeles. Baca di bahagian komen oleh netizen, kebanyakkan yang telah pergi merasai sendiri semuanya memberi tindakbalas yang positif. Ahad lepas ingin merasai sendiri keenakkan gulai tempoyak untuk kali kedua dalam hidup selepas percubaan pertama kali di Che Mat Delight selera kelate kito. Tiba terlalu awal sekitar jam 11.30am namun kelihatan gerai belum di buka. Balik dengan hampa.



Kebetulan cuti Deepavali  pada hari selasa lepas, gerai ikan patin nie di buka seperti biasa. Percubaan kali kedua untuk merasai kenikmati patin masak tempoyak terlaksana. Untuk memudahkan bolehlah melawat laman facebook AR Patin Masak Tempoyak terlebih dahulu untuk mendapatkan maklumat mengenai jadual hari mereka berniaga. 



Menu dijual adalah mengikut set iaitu RM12 untuk Ikan Patin, Nasi Putih, Sambal Hitam & Ulam. Namun set ini tidak termasuk air yang berharga RM1. Aku punya cadangan, untuk minuman sepatutnya telah termasuk dalam harga set tersebut dan boleh di tambah tanpa sebarang bayaran tambahan. Lagipun air yang disediakan cuma oren & ribena. Fisabilillah sket....mana tahu lebih berkat kan? Hihihihi....


Terdapat dua jenis set yang disediakan iaitu RM12 untuk set gulai tempoyak seperti gambar di atas manakala harga RM15 seperti gambar di bawah. Keduanya mempunyai kenikmatan yang tersendiri. Jika ditanya mana lebih sedap jawapan aku adalah kedua-duanya sedap.


Sepertimana cakap-cakap netizen di facebook mengenai patin masak tempoyak ini adalah tepat dan kena dengan selera aku. Jika anda penggemar ikan patin masak tempoyak dan terasa ingin mencuba sendiri, rasanya tempat ini boleh dicadangkan untuk pertimbangan anda. Kalau sedap bagitahu kawan-kawan lain tapi kalau kurang sedap bagitahu tokey dia sendiri atau apa cadangan untuk penambahbaikkan. 

Thursday, November 12, 2015

Cara Block WhatsApp Group

Sesiapa yang tahu cara untuk menghalang nama (nombor fon) kita daripada di masukkan ke dalam sesuatu kumpulan (group) dalam aplikasi WhatsApp? Kekadang bila terlalu banyak sangat group WhatsApp ni agak merimaskan juga. Siang malam hampir 24jam seolah-olah tak pernah tidur terutama WhatsApp group geng-geng sekolah dulu.

Semalam terjadi lagi sekali untuk kali kedua bila mana anak kecil aku bermain telefon aku. Sekali di bukanya satu video  yang memaparkan suara pasangan tengah melakukan sex. Nasib baik kejadian berlaku di rumah dan bukannya di kedai makan. Macam nak keluar biji mata wife pandang semacam kat aku. Agaknya group WhatsApp orang lelaki memang normal kut pada pandangan mereka. Kalau setakat gambar-gambar wanita seksi (sehingga kekadang menampakkan aurat), dah jenuh nak memadam. 

Yer lah....bila balik ke rumah telefon kita tentunya di ambil alih oleh anak pula maklumlah disebabkan kita nie bukanlah jenis ada rahsia yang perlu di rahsiakan. Sesiapa ada cara boleh tolong berkongsi. Setakat ini WhatsApp menjadi satu keperluan bagi menggantikan sms namun biarlah penggunaan pada tahap yang sebetulnya. 



Monday, November 09, 2015

Iklan Di Facebook Penuh Dengan Scammer



Jika melayari facebook aku suka menjengah ke laman Shamsuddin Kadir, Suzardi Maulan, Azizi Ali dan Afyan Mat Rawi kerana mereka banyak berkongsi input-input yang berguna.

Begitu mudahnya cara mereka nak mengaut keuntungan kan.....

Wednesday, November 04, 2015

Hatimu Sekeras Batu?


Sekeras-keras batu, bisa di ukir menjadi batu bersurat. 

Apakah... sekeras-keras hatimu, tak mampu terima satu nasihat?



"We can't control the wind but we can adjust the sail"


Keringat Yang Ditagih?




Kita ni lahir, membesar, belajar kemudian bekerja hanya untuk depa perah hasil keringat sahaja. Ulang kata keramat ini ramai - ramai, "Bangun tido, pergi kerja, bayar cukai, balik kerja, tido". Ulang sampai mati. - KHK

Monday, November 02, 2015

Hujung Minggu Di Kalumpang Resort & Training Centre

Menghabiskan hujung minggu di Kalumpang Resort & Training Centre, Hulu Selangor dalam Kursus Pemantapan Kerja Berpasukan. Bergerak ke Kalumpang selepas solat Jumaat dengan menaiki kenderaan sendiri iaitu motosikal pada jarak perjalanan hampir 70km dari Batu Caves. Nasib kami staff lelaki jarang dapat perkhidmatan menggunakan kenderaan jabatan. Kerana pemandu biasanya hanya berkhidmat untuk staff perempuan sahaja. Sanggup menjemput di rumah dan menghantar kembali ke rumah masing-masing walaupun se awal jam 6.00am. Eh...eh.... termengata la pulak.

Haaa....ini lah tempat penginapan kami. Berkonsepkan kontena, berkatil double-decker, muat untuk 8 orang peserta dalam setiap kontena. Berjalan berselisih bahu mengajar kami erti perkongsian dan tahap kesabaran serta bersyukur dengan apa yang ada. Hehehehe....walaupun tanpa selimut yang di bekalkan tetap tidak menjadi masalah kerana kita dapat belajar untuk menggunakan serta memanfaatkan barangan apa yang ada di sekeliling kita iaitu berselimut menggunakan kain pelikat.


Wah....ada flying fox gitewww. Sempat jugak la nak merasa menghilangkan perasaan gayat. Alang-alang dah datang jauh-jauh rugilah kalau tak mencuba. Sebab bila nak datang sendiri dah tentu kena keluarkan duit belanja sendiri kan???. Hah...memang takde lah nak membazir.

Jadual aktiviti 3 hari 2 malam agak padat terutama pada hari ke-2 iaitu permainan Explore Race serta Jungle Tracking. Pada usia aku yang dah hampir nak masuk 40an pun tetap masih boleh beraktiviti lasak macam staff baru yang masuk kerja. Haaa...walaupun rambut dah beruban sana-sini bukan bermaksud boleh nak "makan" suka-suka tau. Ini uban bukan sebarang uban. Hehehe... 

             


Secara keselurahan aktiviti sebegini sememangnya menyeronokkan memandangkan banyak aktiviti luar berbanding kursus di hotel yang hanya menadah telinga mendengar. Andai dapat di beri cadangan kepada pihak urusetia untuk penambahbaikkan, suka untuk di utarakan, ketika waktu pendaftaran peserta eloklah sekiranya setiap peserta daripada pejabat yang berbeza agar dapat di tempatkan di bilik penginapan yang sama agar kita semua dapat mengenali staff dari pejabat yang berlainan walaupun kita di bawah satu jabatan yang sama. Ini akan mengelakkan daripada berpuak dan di kelilingi kumpulan yang sama baik ketika di pejabat atau ketika menyertai kursus.

Aktiviti sebegini juga mungkin ada baiknya jika di campur dari pelbagai gred dan kumpulan perkhidmatan. Gred perjawatan boleh di tinggalkan di pejabat masing-masing & bila kursus sebegini kita dapat bersama bekerja secara berkumpulan serta dapat menurunkan ego terutama apabila ketua kumpulan yang di lantik terdiri daripada staff baru atau gred rendah yang mengetuai kumpulan. 

Thursday, October 29, 2015

Pemandu Kereta Tolonglah Bertimbang rasa Kepada Penunggang Motosikal

Dah tiga hari berturut-turut ambil anak balik sekolah dalam keadaan basah kuyup. Harap-harap tengahari nie, hari khamis dah tak hujan. Kesian kat kami yang hanya mampu naik motosikal nie. Kami bukan mat rempit yang membuat masalah di atas jalanraya. Kami hanya penunggang dan pengguna jalanraya. Kami terpaksa menaiki motor adalah kerana kami tak mampu nak pakai kereta lebih daripada satu. Kami berjimat cermat duit minyak. Kami nak elak dari kos tambahan bayaran tol yang semakin tinggi. Kerana hanya itu pilihan yang kami ada. Hanya itu!!!

Kepada pemandu kereta di luar sana, tolong la cuba untuk bertimbang rasa sedikit kepada kami penunggang motor terutama ketika hari hujan dan ada sesetengah kawasan air yang berlopak. Semenjak hari isnin hingga rabu sudah tiga hari berturut-turut mengalami nasib yang sama. Walhal sebelum ni dah lama terkena pun.

Setakat aku sorang yang terkena, mungkin boleh bersangka baik lagi. Ah....ini kafarah atas dosa-dosa aku yang lain. Mungkin Allah nak tambahkan sifat kesabaran dalam diri aku. Tapi bilamana anak kecil yang membonceng dalam keadaan pakaian sekolah yang lengkap juga turut menjadi mangsa, itu dah melampau.

Bagi pemandu kereta yang pernah membawa motosikal sebelum ini, mungkin akan ada sifat bertimbang rasa kepada pengguna jalanraya lain. Cuma yang tak pernah membawa motor, dapat jer lesen kereta terus bawa kereta mungkin agak kurang sedikit sikap memahami masalah-masalah penunggang motor di jalanraya. Ibu-bapa yang tak bagi anak-anak naik motor kerana faktor keselamatan dan menggalakkan anak-anak mengambil lesen kereta di harap dapat menerapkan juga nilai-nilai kemanusia iaitu menghormati pengguna jalanraya yang lain.

Monday, October 19, 2015

Hubungan Sedarah Sedaging


Mungkin ada perangai abang yang kita benci..
Mungkin ada cara kakak yang kita meluat..
Mungkin ada sikap adik yang kita tak suka..
Tapi mereka darah daging kita..
Kita bersatu dalam darah, daging dan urat..
Mak dan ayah tak pernah didik,
 agar kita bergaduh adik-beradik..
Mak dan ayah tak pernah suruh
 kita adik-beradik sampai bermusuh..
Sampai kiamat ikatan itu tak boleh ditebus..
Air dicincang takkan putus..
Nanti Allah SWT akan tanya kita..
Apakah tanggungjawab kita
 dengan kerabat saudara..
Busuk dan buruk sekalipun dia, 
tetap dia adik-beradik kita..
Do'akan mereka berubah laku..
Jangan dibenci jangan dibuang
 hanya kerana hati dah tak sayang...

Jangan disebabkan tak suka
 kat kakak/abang/adik ipar..
Maka adik beradik kita pun kita tak suka..
Dia dah ada keluarga..
Itu tanggungjawab dia..
Tanggungjawab kita pun ada..
Tak rugi kalau mengalah..
Tak rugi kalau merendah..
Perangai ipar duai
biarlah suami/isteri dia yang handle..
Kita tak tahu apa yang adik-beradik kita rasa..
Masalah dia mungkin tak cerita..
Banyak kali Nabi SAW pesan..
"Jaga silaturrahim dengan saudara"
Kalau sunnah pun tak nak ikut,
Jangan marah kalau hidup kita kelaut..

Biras tu macam beras..
Penting dalam keluarga..
Tapi yang jadi masalah bila,
 biras bermusuh sesama dia..
Ipar-duai pun makan hati..
Mula membanding diri..
Siapa lebih baik..
Siapa yang mertua lebih tertarik..
Anak siapa yang kurang mula diejek..
Allahu..mana pergi agama kita?
Suami/isteri kita tu adik-beradik..
Jangan kita jadi batu api
 sampai mereka langsung tak berbaik..
Tak takut ke dengan Allah SWT?
Kita jadi keluarga berpecah belah..
Kita ada anak-anak sendiri..
Tak takut ke nanti menantu kita
 berbalah di kemudian hari?
Waktu tu menyesal dah tak berguna..
Bila Allah SWT bayar cash kat dunia..

Friday, October 16, 2015

Peniaga Yang Tidak Jujur


Sebulan lepas beli motorsikal kat sebuah kedai di  Taman Sri Selayang, Batu Caves. Urusan untuk pembelian dan pertukaran nama mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari. Niat di hati ingin tambah box berjenama Givi kat belakang motor seperti dalam gambar kat atas. Dan siap bagi tahu awal-awal kat pomen jangan pasang apa-apa lagi. Tunggu aku datang bayar penuh baru pasang.

Bila nak pegi ambik motor, tengok box tersebut telah siap di pasang terlebih dahulu. Apa yang menjadi masalah adalah berkenaan besi penyokong box tersebut yang di pasang tidak seperti apa yang dikehendaki. Bila di bagi tahu, boleh pulak dia cakap, 

"Ala...sama jer. Ini dia punya adik maaa"

Nampak tak sedikit kelakaran kat situ. Bila kau dah pegi merisik si kakak, dah bercintan-cintun dan jatuh hati pada si kakak yang spec body nya solid molid bergetah, tetiba si bakal mertua nak bagi si adik yang spec nya yang agak sedikit kurang berbanding si akak. Tak nak bising punya pasal walaupun aku ada HAK untuk suruh dia bukak balik. Habis part 1.



Bersambung ke Part 2. Bila dah cukup tempoh 1000km pertama, gigih la aku ke kedai tersebut untuk servis yang kali pertama. Kebiasaannya 1st service kita akan buat di kedai yang kita beli sebab dapat kos penyelenggaraan percuma namun harga barang yang di tukar tetap akan dikenakan caj.

Bila di ambik botol minyak hitam di rak aku ternampak ada keluar minyak yang meleleh kat botol tersebut. Bila di bukak tudung penutup ternyata seal tersebut telah di buka. Ambil botol kedua dan buka pun juga berkeadaan yang sama. 

"Kenapa seal ni sudah buka?"
"Oh....memang macam tu sebab kita nak check minyak maaaa"

Hahahaha.... kau ingat aku datang dari planet mana agaknya? Nak kencing aku pun agak-agak la. Jangan la sampai meleleh kat paha apek. Minyak tersebut mungkin campuran daripada lebihan pengguna lain kerana setiap botol mengandungi 1 liter minyak dan kebanyakkan motor hanya menggunakan hanya 800ml. Lebihan 200ml (milik pengguna lain yang telah membayar harga minyak tersebut yang tidak di pulangkan) mungkin telah di campur-campur. Campuran ini mungkin juga melibatkan dari pelbagai jenis minyak seperti Fully Synthetic, Semi Synthetic atau juga dari minyak jenis biasa yang di jual dengan harga Fully Synthetic. 

Start motor pegi cari bengkel lain....abis citer!!!

Wednesday, October 07, 2015

Kedai Kopi Pokloh Milo Tunggeng


Kedai Pokloh Milo Tunggeng terletak di belakang Hospital Pakar Perdana (KPJ Health Care Berhad). Menjadi tarikan serta pilihan terutama pekerja untuk menikmati sarapan pagi, tambahan pula berhampiran dengan Wisma Persekutuan Kota Bharu dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan (IPK). Terkenal dengan nama milo tunggeng adalah kerana di sini cara penyediaan air milonya yang agak berbeza dan unik berbanding tempat lain.


Dua orang budak kecik sedang menikmati minuman kegemaran iaitu milo ais


 Cara penyediaan Milo Tunggeng @ Milo Tabur @ Milo Dino (Dinosour)


Antara kelebihan di kedai kopi Pok Loh kerana di sini terdapat hampir pelbagai nasi berlauk (dalam bungkusan) yang popular di Kelantan. Kiranya tak perlu nak menyusahkan diri mencari kerana di sini semuanya akan tersedia. Cuma pilih, makan & nikmati serta jangan lupa bayar. Hehehehe.....

Tuesday, October 06, 2015

Pelbagai Juadah Di Restoran Syakila

eh....ada lak budak kecik tu jadi model kat depan kedai

Restoran Syakila yang terletak berhampiran lampu isyarat pintu masuk ke Balai Islam Lundang, Kota Bharu mungkin boleh menjadi pilihan bagi mereka yang ingin merasa pelbagai aneka juadah hidangan masakan yang agak mabeles bagi aku. Harga juga tersangat berpatutan mungkin anda akan sedikit terkejut selepas membayar di kaunter. "eh...dia orang nie salah kira ker?"

tuh dia.....pening nak pilih


 konpem akan gelap mata....terasa semua nak di ambil




 pemanis mulut
 
 


Nak tulis panjang-panjang pun dah takde guna rasanya. Cukuplah gambar tersebut dah boleh menceritakan kesemuanya. Soal sedap & harga kena cuba dulu. Apa yang boleh di katakan, anda mungkin tak akan menyesal sekiranya anda mempunyai minat terhadap masakan ala kelantan.