Monday, December 08, 2014

Nasi Kak Wok Ampang - One Kitchen


Nasi Kak Wok Ampang (One Kitchen) terletak di Medan Selera Bunga Tanjung Ampang. Lokasinya di belakang Hospital  Ampang Puteri (KPJ).


Nasi Kak Wok yang asal adalah di belakang Kota Bharu Medial Centre (KBMC). Sentiasa menjadi pilihan penggemar nasi belauk pagi ore kelate. Jika di sana, boleh di katakan mereka yang ingin membeli terpaksa beratur terlebih dahulu walaupun 3-4 lane yang telah disediakan.


Mungkin tokey kedai ini salah seorang anak murid tuan punya asal. Takde la pula pegi tanya dia sama ada abang nie saudara-mara dengan Kak Wok ataupun pernah bekerja di kedai Kak Wok.


Pandangan hadapan kedai untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencari lokasi dan mencuba sendiri. Sehingga akhir Disember promosi harga RM4.00 untuk harga nasi sebungkus + Teh O sekiranya makan di situ.

update 24 April 2016:

Antara menu-menu lain yang diterbangkan khas dari Kelantan. Dan antara kegemaran aku adalah perut ayam percik. Perghhh....memang rugi peminat perut ayam percik nie tak cuba kat sini. Hehehe tolong jadi duta tak berbayar lantikan diri sendiri.


Harga Perut Ayam Percik RM3.50 sebungkus yang mengandungi 5 cucuk


Nasi Himpit Sambal Kelapa

Sebenarnya ada menu lain lagi yang di terbangkan khas bersama seperti pulut pagi kacang merah. Tapi ingat ini hanya untuk hari sabtu sahaja. Kebiasaan menu ini akan tiba di kedai antara jam 9.00am hingga 10.00am. Nasib la kalau pergi lewat nanti kemungkinan besar tak sempat nak merasa. Layannnn.....



8 comments:

Norma NML said...

sedapnya..biasa beli kat Choleq Jalan Reko jer..suka gulai + terung NKW ..

Kakzakie said...

Mestilah penangan rasa airtangan Kak Wok ini bukan calang-calang. Kalau tak mana mungkin ada yg nak ambil nama beliau juga utk businessnya..

Najib Ariyan said...

kalau lah gitu popular... mesti lah sedap yer tak? nanti kalau singgah sini insyallah akan makan di sini

eelobor said...

Norma NML: dah lama saya dengar area situ....tapi tak pernah sampai lagi. Insya Allah, nanti nak kena pegi jugak nih
kakzakie: hehehe...semestinya akak
Najib: kalau di tanya pendapat peribadi.... saya lebih gemar yang di KB. Rasanya lebih "pure"... kat sini pun ok jugak kalau nak rasa

mama maman aka yana said...

jauh nak gi tera.. huhu.. aroh area puchong xdo ko..??

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Fazleyatul Aini said...

bukak kat melaka pulak kak wok

HeNRieTTa JoSe said...

yummy...