Sunday, November 09, 2014

Menukar Alat Kawalan Jauh Astro Secara Percuma


Sebelum nie, serius aku tak tahu pun bila alat kawalan jauh astro ni rosak (tidak berfungsi) ianya boleh di tukar ganti secara percuma. Pernah la beli ganti (yang tak original kut) kat atas Jusco dengan harga RM20 tapi tak sampai sebulan pun guna dah tak berfungsi. 

Ada call ke customer service tempohari untuk bertanyakan lokasi jika nak membeli alat kawalan jauh nie, dan aku di maklumkan ada beberapa tempat iaitu di Cheras dan Mid Valley Megamall. 



Haaa...ini lah lokasi kedai astro Mid Valley Megamall yang aku pergi. Lokasi di bahagian Centre Court, Tingkat 2 bernombor S-050. Kali pertama pergi, di sapa oleh staff perempuan yang berbaris di depan pintu tu untuk bertanyakan perkhidmatan yang aku perlukan. Yezzaaaa.... aku di maklumkan, jika aku membawa alat kawalan jauh yang lama, aku boleh dapat tukar alat baru secara percuma. Jika nak membeli, harga RM30 akan di caj ke dalam bil yang berikutnya.

Haaaa.....nampaknya customer service itu ari tak bagi tau pun boleh di tukar secara percuma dengan syarat membawa alat kawalan yang lama. Mentang-mentanglah aku tanya kat mana lokasi nak membeli kan? Memang dia betul dan aku tak boleh salahkan dia. Hihihihi..... terpaksalah pergi kali kedua. Nak menjimatkan kos.... merempit jer ngan motor.




Pergi seawal pagi untuk berurusan sememangnya menyenangkan. Maklumlah orang belum ramai lagi, urusan dapat diselesaikan dalam lingkungan masa tak sampai 5 minit pun. Siap...

5 comments:

Sharinginfoz said...

Bagus juga info ni bro. Pernah gak rosak b4 this

Abang Bear said...

oh yer ker?? batu tahu mende ni... remote astro pun kerap benor lah rosaknya... boleh tukar free rupanya

thanks

Fazleyatul Aini said...

selama ni saya beli je kat pasa malam, 10 hengget hihi

*∽ IZAN ∽* said...

saya dah terminat Astro... ambik Unifi and HyppTV

baru2 ni derang call upgrade to VIP10 and free astro channel... so dah start tgk Astro balik.. tapi...guna remote HyppyTV.. terkial2 heheheh

mama maman aka yana said...

jauh nak tukar remote.. hehehe.. blh gak cuci2 mata.. hehe