Thursday, October 16, 2014

Kesalahan Dalam Solat



Bulan lepas ada beli buku bertajuk 400 Kesalahan Dalam Solat karangan asal Mahmud Al-Misri. Tak tebal sangat pun, cuma 376 muka surat bercetak kesemuanya. Tapi disebabkan aku ni jenis yang tahan baca 3-4 muka surat jer setiap kali baca, maka bercinta juga lah nak dihabiskan.

Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Setelah dah melebihi separuh buku yang dibaca, rupanya terlampau banyaknya kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika solat selama ini. Nak dihabiskan separuh lagi, mungkin banyak lagi kesalahan-kesalahan lain akan dijumpai.

Rasanya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan untuk sama-sama kita memperbaiki mutu solat kita. Tak dapat gred A+ pun takpe, sekurangnya kita dah ada usaha untuk ke arah itu. 

Insya Allah....

1 comment:

Kakzakie said...

Betul tu Ee. Jangan pandang remeh. Kadang nak tegur pun takut. Contohnya bila bersolat sekadar baca dlm hati. Tak keluar langsung bunyi (tak sah tu). Bab tomakninah pun sama contohnya sebaik rukok tak berdiri betul tegak terus sujud. Tomakninah langsung tak ada. Ini pun tak sah.

Buku yg baik ni. Kakak nak cari utk rujukan keluarga.