Wednesday, October 08, 2014

Berhati-hati Makan Ikan Celup Tepung Di Pantai Cahaya Bulan (PCB)


"Saya nak sarankan kepada mereka yang nak pergi makan ikan celup tepung (dengan pencicah) di Pantai Cahaya Bulan (PCB), seeloknya tanya terlebih dahulu harga bagi setiap cucuk fishball, hotdog, ikan dan lain-lain lagi sebelum makan. Ini kerana keluarga saya dikenakan caj sehingga RM400. Sangat terkejut. Bagaimanalah mereka sanggup mengambil untung sehingga 3x ganda.Ia betul di musim perayaan, tapi takkanlah keuntungan sehingga boleh jadi haram" - penduduk tempatan

Eh....betul tak apa yang saya terjemahkan ke bahasa surat nie? Maklumlah.... bila tak balik beraya haji ke kampung itu hari terus dah lupa loghat daerah ambo. Hihihihi....

Apapun, sukanya saya mengingati kepada rakan taulan dan sahabat handai agar berhati-hati yer. Kawan sepejabat selalu bertanya "apa yang best kat kelate, awe?" Aku dengan bangganya ingin mempromosikan negeri tercinta dengan memberitahu lokasi tempat-tempat menarik, tempat membeli-belah dan juga kedai-kedai makan yang top.

Tak salah jika kita bertanya terlebih dahulu harga bagi setiap apa yang ingin kita beli atau makan. Jika rasa berbaloi, teruskan. Kuasa membeli di tangan pengguna. 

ambo pom pernah terkena dah jugok weiiiii
 

9 comments:

Kakzakie said...

Kalau anak tempatan boleh terkatok apa lagi kalau org luar. Jadi betullah tak salah bertanya sebelum dimakan.. kalau boleh bayar guna credit card tak apa juga kalau cash payah juga kan..

Fazleyatul Aini said...

400? phewww
boleh makan kan hotel dengan rege gitew

anyss said...

Assalamualaikum,
ambo beso kena jugak...dak sedak hepeh, rega mcm makan di mont kiara huhuhuhuhuhu

make megi je ponggg sib baik x amik megi ketam hu huhuhuhu

HeNRieTTa JoSe said...

biar btul smpai rm400? penduduk tempatan plak tu...lain larr klu pelancong luar...

Sharulnizam Mohamed Yusof said...

Melampau lah sampai RM400. Memang cekik darah. Ambil kesempatan betul.

Kakzakie said...

Lepas budget day hari ini hati-hati kot celup-celup ni semua tambah mahal lagi harganya.

Tak ada yg boleh challenge ke? Kalau lebih murah dan rasa sama alangkah baiknya..

Sharinginfoz said...

mahal tahap gaban ni, makan ketam sampai 15 ekor dan udang kot

eMMe said...

Salam eelobor, terima kasih sudi komen n singgah blog ambo... kite singgah n komen balas... ikan celop tepung mmg feveret ambo... tak penah kene ketok harga beratus2 tu... tapi kalo celop emas lain la kan, hehehe.. penah dgr cite kawe2..kene ketuk harga supo gitu...

mama maman aka yana said...

hhhmmm.. berdooh benar wei.. cepat naik aji la dia.. kiki

xrajin kena psl xgi mana alek tuh.. haha