Saturday, October 18, 2014

Berhati-hati Dengan Panggilan Mana-mana Ejen

Sudah banyak kali mendapat panggilan yang mana mungkin dari ejen untuk menwarkan pakej langganan internet.

"Err...hello encik. Saya buat panggilan dari TM. Sekarang encik ada melanggan pakej unifi 5mbps yang berharga RM149 kan?. Saya ingin membuat tawaran kepada encik dengan hanya tambahan RM20 sahaja dan menjadikan RM169 encik berpeluang untuk menaiktaraf kelajuan internet kepada 10mbps"

"Ohh...terima kasih yer. Saya dah pernah pakai yang pakej 10mbps sebelum nie yang berharga RM199 sebulan selama 2 tahun. (boleh rujuk entri Panduan Downgrade / Upgrade Unifi). Terima kasih yer, saya dah tak berminat sekarang. Cukup la saya pakai pakej 5mbps jer buat masa sekarang."

"Oh....kalau encik tak berminat apa kata saya tawarkan pakej lain iaitu kelajuan 5mbps tetapi dengan harga cuma RM139"

"Wah....baik hatinya awak. (nak kencing aku lagi la nih) Kenapa nak diturunkan harga yang saya bayarkan sekarang dari RM149 kepada RM139 sahaja sebulan? Ker ada apa-apa maksud tersirat lain? Adakah saya terikat dengan kontrak baru selama 2 tahun lagi?"

"A'ahh....encik, kontrak encik akan diperbaharui selama 2 tahun lagi"

"Oooo....tak mengapalah yer. Saya tak berminat. Terima kasih yer (dengan nada sopan santun gitew)".

Aku pernah terkena dengan soal kontrak 2 tahun nie sebelum ini. Boleh baca kat Tempoh Jaminan (warranty) Setup Box Unifi.

Cukuplah hanya aku yang terkena. Korang kena hati-hati sebelum terkena sama macam aku.

1 comment:

mama maman aka yana said...

selalu dpt call memujuk suruh ambik insuran.. kunun hadiah sebab pengguna talian tipon yg setia.. kalu nak kasi sbb menghargai pelanggan baik kasi free jew kan.. br la betul.. huhu