Thursday, October 30, 2014

Pusat Pelacuran Di Kuala Lumpur



Salah satu page yang wujud di mukabuka (facebook) iaitu pages Kami Mahu Pusat Pelacuran Di Brickfields Ditutup Selama-lamanya. Kalau baca di akhbar, pusat pelacuran di KL bukan hanya di Brickfields sahaja malah banyak tempat-tempat lain lagi. Nama "Brickfields" hanyalah simbolik sahaja.

Jika mengikuti posting di page tersebut, admin sudah banyak kali di ugut oleh "seseorang". Bagus lah admin. Teruskan usaha dakwah. Mungkin usaha admin boleh menyelamatkan beribu-ribu yang lain di masa akan datang. Semoga ganjaran yang baik untuk admin yang tak penat untuk terus berusaha.

Tuesday, October 21, 2014

Bercakap Benar Tak Ramai Kawan?




Yang tak ramai kawan tu cakap jenis lepas, tak pandang kiri-kanan, mulut tak ambik insurans aka mulut longkang macam aku kut. Ada yang sudi bagi tips.... dah jumpa kaunselor pun tetap tak jalan jugak nih....

Monday, October 20, 2014

Antara Gunting Dan Jarum


Quote of the day:

"Jangan Bergerak seperti gunting, melangkah namun memutuskan. Bergeraklah seperti jarum, walaupun menusuk tapi menyatukan"

Alangkah indahnya dunia ini seandainya sesuatu perkara itu semudah apa yang dilafazkan.

Saturday, October 18, 2014

Berhati-hati Dengan Panggilan Mana-mana Ejen

Sudah banyak kali mendapat panggilan yang mana mungkin dari ejen untuk menwarkan pakej langganan internet.

"Err...hello encik. Saya buat panggilan dari TM. Sekarang encik ada melanggan pakej unifi 5mbps yang berharga RM149 kan?. Saya ingin membuat tawaran kepada encik dengan hanya tambahan RM20 sahaja dan menjadikan RM169 encik berpeluang untuk menaiktaraf kelajuan internet kepada 10mbps"

"Ohh...terima kasih yer. Saya dah pernah pakai yang pakej 10mbps sebelum nie yang berharga RM199 sebulan selama 2 tahun. (boleh rujuk entri Panduan Downgrade / Upgrade Unifi). Terima kasih yer, saya dah tak berminat sekarang. Cukup la saya pakai pakej 5mbps jer buat masa sekarang."

"Oh....kalau encik tak berminat apa kata saya tawarkan pakej lain iaitu kelajuan 5mbps tetapi dengan harga cuma RM139"

"Wah....baik hatinya awak. (nak kencing aku lagi la nih) Kenapa nak diturunkan harga yang saya bayarkan sekarang dari RM149 kepada RM139 sahaja sebulan? Ker ada apa-apa maksud tersirat lain? Adakah saya terikat dengan kontrak baru selama 2 tahun lagi?"

"A'ahh....encik, kontrak encik akan diperbaharui selama 2 tahun lagi"

"Oooo....tak mengapalah yer. Saya tak berminat. Terima kasih yer (dengan nada sopan santun gitew)".

Aku pernah terkena dengan soal kontrak 2 tahun nie sebelum ini. Boleh baca kat Tempoh Jaminan (warranty) Setup Box Unifi.

Cukuplah hanya aku yang terkena. Korang kena hati-hati sebelum terkena sama macam aku.

Thursday, October 16, 2014

Kesalahan Dalam Solat



Bulan lepas ada beli buku bertajuk 400 Kesalahan Dalam Solat karangan asal Mahmud Al-Misri. Tak tebal sangat pun, cuma 376 muka surat bercetak kesemuanya. Tapi disebabkan aku ni jenis yang tahan baca 3-4 muka surat jer setiap kali baca, maka bercinta juga lah nak dihabiskan.

Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Setelah dah melebihi separuh buku yang dibaca, rupanya terlampau banyaknya kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika solat selama ini. Nak dihabiskan separuh lagi, mungkin banyak lagi kesalahan-kesalahan lain akan dijumpai.

Rasanya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan untuk sama-sama kita memperbaiki mutu solat kita. Tak dapat gred A+ pun takpe, sekurangnya kita dah ada usaha untuk ke arah itu. 

Insya Allah....

Wednesday, October 08, 2014

Berhati-hati Makan Ikan Celup Tepung Di Pantai Cahaya Bulan (PCB)


"Saya nak sarankan kepada mereka yang nak pergi makan ikan celup tepung (dengan pencicah) di Pantai Cahaya Bulan (PCB), seeloknya tanya terlebih dahulu harga bagi setiap cucuk fishball, hotdog, ikan dan lain-lain lagi sebelum makan. Ini kerana keluarga saya dikenakan caj sehingga RM400. Sangat terkejut. Bagaimanalah mereka sanggup mengambil untung sehingga 3x ganda.Ia betul di musim perayaan, tapi takkanlah keuntungan sehingga boleh jadi haram" - penduduk tempatan

Eh....betul tak apa yang saya terjemahkan ke bahasa surat nie? Maklumlah.... bila tak balik beraya haji ke kampung itu hari terus dah lupa loghat daerah ambo. Hihihihi....

Apapun, sukanya saya mengingati kepada rakan taulan dan sahabat handai agar berhati-hati yer. Kawan sepejabat selalu bertanya "apa yang best kat kelate, awe?" Aku dengan bangganya ingin mempromosikan negeri tercinta dengan memberitahu lokasi tempat-tempat menarik, tempat membeli-belah dan juga kedai-kedai makan yang top.

Tak salah jika kita bertanya terlebih dahulu harga bagi setiap apa yang ingin kita beli atau makan. Jika rasa berbaloi, teruskan. Kuasa membeli di tangan pengguna. 

ambo pom pernah terkena dah jugok weiiiii