Tuesday, July 01, 2014

Berhati-hati Apabila Menerima Panggilan 03-21673000

Sekitar jam 12.42pm tadi menerima panggilan dari nombor 03-2167 3000. Talian di jawab dan hanya mesin yang bercakap mengatakan dari pihak Ambank dan memaklumkan aku ada hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM3000 lebih.

Tanpa membuang masa, talian tersebut telah aku matikan (end call) dan terus membuat carian melalui khidmat pakcik google berkenaan talian nombor 03-21673000 tersebut dan ternyata banyak blog, perkongsian melalui facebook dan bermacam lagi mengenai nombor ini. Nak tau... cer google jer...

Untuk makluman, gaji hamba yang kecik ini tidak melayakkan untuk hamba mengisi borang & membuat permohonan kad kredit. Risau juga pada mulanya sekiranya nama & salinan kad pengenalan telah disalahgunakan pihak tak bertanggungjawab. Bermacam cara untuk membuat penipuan.

Untuk nasihat, sekiranya mendapat panggilan dari nombor tersebut, maka abaikanlah dan lebih baik terus tidak di jawab panggilan tersebut. Sekian untuk perkongsian kawan-kawan.

di angkat manalah tau, kut-kut ada kengkawan yang perlukan pertolongan kecemasan....

10 comments:

Cik Asma BLuppy said...

ramai dah yg kena pangilan ni. hati2 ye.

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Macam cara orang nak menipukan.. memang kena hati-hati kan :)

*∽ IZAN ∽* said...

cekapp!! memang patut letak terus phone kalau dapat panggilan yg mencurigakannnn.
ada je cara derang ni nak menipudayaaa. cari duit bukannya senannggg haishh!

azieazah said...

Macam tak da kerja lain la pulak.

Kakzakie said...

Jenayah di talian ni dia namanya. Memang banyak kes dah terjadi mana yg kurang alert. Sejak makin ramai lambakan warga luar duduk di negara kita ni jenayah macam ini macam dah lali. Sampai org bijak-pandai pun ada yg terkena dik... Kakak memang takut.

Kakzakie said...

eh... lupa pulak.

Selamat berpuasa dari kakak. Anakanda Muaz dah belajar puasa ke?

pena rozie said...

Memang rozie pun pernah dpt panggilan lbh kurang mcm ni. Tp siap tanyer tarikh mati kad lg. Terus letak. buat abis bateri tepon jer melayan die...

Mimi Azirah said...

sy kalo de pgilan dr no 03 yg pelik pelik memg xjawab la

Sharinginfoz said...

risau jika org gunakan identiti kita untuk buat benda yang mengarut

HeNRieTTa JoSe said...

rietta pown pernah kena dgn panggilan yang sama...cuma rietta dah xigt nombornya...