Wednesday, April 30, 2014

Kenapa Komputer Anda Menjadi Perlahan

Adakah anda sering kali di tanya (di rujuk oleh pihak lain) kenapa komputer / laptop / pc menjadi perlahan atau sangat perlahan berbanding ketika mula-mula beli dulu. Atau adakah anda dalam kategori kedua iaitu mereka yang sering bertanya? Aku sering di aju persoalan sedemikian walaupun aku tak pernah ada kepakaran pun termasuk tak pernah memiliki apa-apa sijil pun dalam bidang IT nih. 



Aku suka membuat perbandingan antara komputer dengan kereta. Maksudnya dari segi penjagaan. Bagi mereka yang memiliki kereta sendiri atau yang memandu kereta sendiri ke pejabat atau yang pernah masuk bengkel kereta mungkin akan faham dengan jelas maksud aku. 

Setiap beberapa bulan, kereta perlu di servis sama ada tukar minyak hitam, tukar plug, tukar timing belt, check engine, tukar minyak gear, tukar lining brake bla...bla....bla... mengikut buku panduan penggunaan seperti yang dibekalkan ketika anda membeli kereta tersebut. 



Jika hanya tahu start enjin, masuk gear dan isi minyak jer bila habis tanpa di buat penyelenggaraan, maka tak mustahil kereta tersebut akan cepat rosak.

Begitu lah hal nya dengan komputer atau laptop. Secanggih mana spesifikasi komputer tersebut dengan kapasiti RAM yang besar, motherboard yang canggih tahap alien workshop, grafik kad yang hebat sembang tak jatuh, hard disk jenis SSD bagai, processor canggih bak teropong ajaib tok moh sekalipun, tanpa penyelengaraan yang berkala tak mustahil komputer tersebut akan menjadi perlahan sama ada ketika nak boot ataupun semasa nak buka sesuatu application.

Sebagai nasihat, belajar lah penyelengaraan komputer asas agar boleh di buat sendiri bukannya di hantar ke mana-mana kedai servis. Melainkan komputer itu memang dah rosak tahap teruk sememangnya kepakaran juruteknik bertauliah di perlukan.

ini bukan entri tutorial bagaimana nak melajukan komputer sebab aku takde kepakaran dalam bidang IT.... nanti tersalah bagi fatwa kang susah pulak. Apapun cikgu Google kan ada.... belajarlah memancing ikan bukan tunggu orang datang bagi ikan kat depan tangga rumah untuk buat makan malam

8 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
sebab komputer saya slowww tahap gaban;
1. dah tua...4-5 tahun lepas beli. nasib baik masih gerak je hu huhuhu
2. kepala otaknya kecik je, programpun ntah apa2, motherboad dan segalanya tu memang teknologi kurun lepas, RAM seciput je, memori lagi lah kecik, sebesar pendrive je pun hu huhuhu
3. banyak ebook, fail2, video, gambar, lagu2 dan fail2 yang kalau scan, 3-4 jam baru siap hu hu huhu adakala sampai malam kena tunggu scan
4. folder dan fail saya tak tersusun, malas nak letak. kat daskstop tu penuh dengan fail hingga tak nampak lagi wall hu huhu
5. saya malas nak defrag bagai sebab kapasiti C, D dan E memang dah penuh terlampau. Malas jugak nak simpan dalam external huh uhuhu segalanya malas nak buat.

Okeh...dah lebih panjang dari entri la la la

eelobor said...

okeh kak anyss.... tiada ubat mujarab bagi mengatasi masalah malas. hahahahaha

Kakzakie said...

Kakak nak memancing tu yg malas dik oooiii. Kalau dah ada ikan depan mata senang tinggal ngap aje:)

Komputer kakak kalau slow memang kakak panggil org IT. Tahu guna aje lain tak pandai (imam syafie tak suka org macam ini kan tak mahu menimba ilmu baru - so jgn ikut).

Kereta kakak pun betul-betul macam N3 ini terkena batang hidung (sakit ni macam kena ketuk batu hihi...). Pandai driving dan isi minyak aje.

Nantilah kakak pergi memancing kat pakcik google...

*∽ IZAN ∽* said...

lebih kurang je masalah ngn K.Anyss hehe. tu la mentang2 HDD kapasiti sekarang besar selagi tak terdesak nak mengemass buat dekkk je hihii

eelobor said...

kak zakie: hihihi.... apa gunanya ada unit IT kan? manfaatkan nanti depa makan gaji buta lak. tak pasal2 kita tersubahat sama.... huhuhu

izan: huhuhu.... sekali sekala kena kemaskan jugak. nanti bersepah fail2 kat dalam tu tak teratur di buatnya

anyss said...

pejam mata je fail sepah2 tu...tapi, masalah utamanya adalah ----> tak jumpa cari fail hu huhuhuhu

Mimi Azirah said...

Bru jd bru bru nih...mtk tlg kwn buatkan...die teror bab bab nij

Suri Repair Laptop said...

Laptop lama pun bole jadi macam baru jika anda tahu nak tweak dia.

Usia bukan faktor penentu tau.

Kita guna laptop sampai lebam tapi kita lupa nak service dan maintain dia. Cara dia mudah jr..

Applikasi semua ada dlm laptop tu cuma kita tak tahud dimana letaknya..

Nak tahu klik pada nama saya.