Wednesday, April 30, 2014

Kenapa Komputer Anda Menjadi Perlahan

Adakah anda sering kali di tanya (di rujuk oleh pihak lain) kenapa komputer / laptop / pc menjadi perlahan atau sangat perlahan berbanding ketika mula-mula beli dulu. Atau adakah anda dalam kategori kedua iaitu mereka yang sering bertanya? Aku sering di aju persoalan sedemikian walaupun aku tak pernah ada kepakaran pun termasuk tak pernah memiliki apa-apa sijil pun dalam bidang IT nih. 



Aku suka membuat perbandingan antara komputer dengan kereta. Maksudnya dari segi penjagaan. Bagi mereka yang memiliki kereta sendiri atau yang memandu kereta sendiri ke pejabat atau yang pernah masuk bengkel kereta mungkin akan faham dengan jelas maksud aku. 

Setiap beberapa bulan, kereta perlu di servis sama ada tukar minyak hitam, tukar plug, tukar timing belt, check engine, tukar minyak gear, tukar lining brake bla...bla....bla... mengikut buku panduan penggunaan seperti yang dibekalkan ketika anda membeli kereta tersebut. 



Jika hanya tahu start enjin, masuk gear dan isi minyak jer bila habis tanpa di buat penyelenggaraan, maka tak mustahil kereta tersebut akan cepat rosak.

Begitu lah hal nya dengan komputer atau laptop. Secanggih mana spesifikasi komputer tersebut dengan kapasiti RAM yang besar, motherboard yang canggih tahap alien workshop, grafik kad yang hebat sembang tak jatuh, hard disk jenis SSD bagai, processor canggih bak teropong ajaib tok moh sekalipun, tanpa penyelengaraan yang berkala tak mustahil komputer tersebut akan menjadi perlahan sama ada ketika nak boot ataupun semasa nak buka sesuatu application.

Sebagai nasihat, belajar lah penyelengaraan komputer asas agar boleh di buat sendiri bukannya di hantar ke mana-mana kedai servis. Melainkan komputer itu memang dah rosak tahap teruk sememangnya kepakaran juruteknik bertauliah di perlukan.

ini bukan entri tutorial bagaimana nak melajukan komputer sebab aku takde kepakaran dalam bidang IT.... nanti tersalah bagi fatwa kang susah pulak. Apapun cikgu Google kan ada.... belajarlah memancing ikan bukan tunggu orang datang bagi ikan kat depan tangga rumah untuk buat makan malam