Wednesday, February 05, 2014

Tempoh Jaminan (Warranty) Set Top Box Unifi

Baru-baru ini aku ada ke TM Setapak yang berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa untuk bertanyakan mengenai Set Top Box (STB) aku yang sudah tidak berfungsi (kemungkinan rosak). Untuk pengetahuan, STB adalah seperti gambar di bawah yang mana berfungsi untuk tengok siaran (langganan unifi) kat TV.



Untuk makluman juga, tempoh jaminan (warranty) bagi STB adalah setahun dari tarikh pemasangan. Sebelum ini aku pernah bertanyakan mengenai tempoh jaminan baru setelah kontrak 2 tahun aku tamat pada bulan September 2013. Boleh rujuk pada entri lepas Panduan Downgrade / Upgrade Pakej Unifi. Pada hakikatnya STB aku dah lama rosak iaitu pada tahun 2012 iaitu selepas setahun aku mula melanggan unifi. 

Tapi aku tak ambil pot sangat sebab tak tengok sangat pun channel kat HyppTV yang banyak merapu dan aku juga pelanggan pakej astro. Malah aku juga pernah di nasihatkan oleh seseorang, iaitu apabila tamat tempoh jaminan dan tamat kontrak, TAMAT jer akaun lama & buat pendaftaran pada akaun baru maka kita akan mendapat segala peralatan baru serta tempoh jaminan yang baru. SATU PENGAJARAN yang telah aku abaikan!!!!!

Pada bulan september lepas (2013) aku juga ke TM Setapak untuk proses downgrade pakej dan aku sempat bertanya kepada staff di kaunter, adakah aku akan mendapat tempoh JAMINAN yang baru kerana setiap downgrade pakej aku akan terikat dengan tempoh KONTRAK baru selama 2 tahun lagi dengan peralatan LAMA SEDIA ADA sebelum ini seperti STB(tak berfungsi), Residential Gateway (router kut?), Telefon Tanpa Wayar yang kesemuanya hanya tempoh jaminan hanya setahun sahaja kecuali Broadband Termination Unit (BTU) yang mana tempoh jaminan adalah sepanjang hayat. Jawapan tersebut adalah YA, aku berhak untuk mendapat tempoh JAMINAN baru dengan KONTRAK BARU. 

Sehinggalah pada beberapa minggu lepas, bila mana aku ke sana untuk buat aduan mengenai STB aku yang telah rosak maka aku telah mendapat jawapan yang sebaliknya iaitu tempoh jaminan aku telah tamat dan ianya dikira setahun dari tempoh pemasangan akaun aku pada tahun 2011. Ya... aku telah terkena dan aku tiada bukti percakapan yang di rekod atau video yang yang dirakam bilamana pernah diberitahu sebelum ini mengenai tempoh jaminan yang baru apabila kontrak baru di sambung.

Sekadar untuk berkongsi.... biarlah hanya aku yang terkena dan tidak kepada anda-anda yang lain di luar sana.


4 comments:

mama maman aka yana said...

bertabah dan bersabar la... ada yg lebih baik menunggu giliran buat anda.. :-)

Fazleyatul Aini said...

biasa lah tu bang. macam2 dorang cakap. last2, takde apa pon. saya tak pakai unifi pon. masih setia dengan streamyx. alhamdulillah setakat dah bertahun2 pakai ni, takde la masalah. melainkan modem rosak sebab masa petir, tak cabut plug. tu memang salah sendiri la hahaha

makcikkantin said...

Rata2 keliling area makcik esp high rise (flat pun kira high rise juga) dapat unify....kami ni tak ada....dah bertahun tanya...."not yet"...hmmm ...saja laaaaa sekadar berkongsi..:))

*∽ IZAN ∽* said...

Aduh duh duh.... baru verangan nak upgrade streamyx ke unifi vs maxis home fiber. Tengah fenin feninnnn....aiyarghhh camno ni