Monday, December 08, 2014

Nasi Kak Wok Ampang - One Kitchen


Nasi Kak Wok Ampang (One Kitchen) terletak di Medan Selera Bunga Tanjung Ampang. Lokasinya di belakang Hospital  Ampang Puteri (KPJ).


Nasi Kak Wok yang asal adalah di belakang Kota Bharu Medial Centre (KBMC). Sentiasa menjadi pilihan penggemar nasi belauk pagi ore kelate. Jika di sana, boleh di katakan mereka yang ingin membeli terpaksa beratur terlebih dahulu walaupun 3-4 lane yang telah disediakan.


Mungkin tokey kedai ini salah seorang anak murid tuan punya asal. Takde la pula pegi tanya dia sama ada abang nie saudara-mara dengan Kak Wok ataupun pernah bekerja di kedai Kak Wok.


Pandangan hadapan kedai untuk memudahkan sesiapa yang ingin mencari lokasi dan mencuba sendiri. Sehingga akhir Disember promosi harga RM4.00 untuk harga nasi sebungkus + Teh O sekiranya makan di situ.

update 24 April 2016:

Antara menu-menu lain yang diterbangkan khas dari Kelantan. Dan antara kegemaran aku adalah perut ayam percik. Perghhh....memang rugi peminat perut ayam percik nie tak cuba kat sini. Hehehe tolong jadi duta tak berbayar lantikan diri sendiri.


Harga Perut Ayam Percik RM3.50 sebungkus yang mengandungi 5 cucuk


Nasi Himpit Sambal Kelapa

Sebenarnya ada menu lain lagi yang di terbangkan khas bersama seperti pulut pagi kacang merah. Tapi ingat ini hanya untuk hari sabtu sahaja. Kebiasaan menu ini akan tiba di kedai antara jam 9.00am hingga 10.00am. Nasib la kalau pergi lewat nanti kemungkinan besar tak sempat nak merasa. Layannnn.....



Sunday, December 07, 2014

Planetarium Negara - Mengisi Waktu Musim Cuti Sekolah

Sepanjang duduk KL nie, tak pernah lagi bawa anak-anak ke Planetarium Negara. Lokasi terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Senang cerita, belakang Masjid Negara jer. Tiada bayaran tiket dikenakan kecuali jika mahu menonton Teater Angkasa. 


 harus mendaki beberapa anak tangga - boleh mengempiskan perut jika anda naik turun sebanyak 100x sehari selama sebulan


masuk adalah percuma- satu tempat pengisian masa yang bermanfaat bersama anak-anak 


Jam Matahari


Teater Angkasa - Tiket bagi dewasa RM6 manakala bagi kanak-kanak pula RM4

Skrin berbentuk kubah - boleh menyebabkan pening kepala. Nasib baik tayangan cuma sekitar setengah jam sahaja. Muaz pun dah asyik tanya, bila nak habis nie abah?

Haaaa....nie dia bakal angkasawan akan datang. Insya Allah....

Enjin roket viking

menikmati pemandangan sekitar ibu kota di balai cerap





Wednesday, November 19, 2014

Mohon Cuti Melalui App Android MyHRMIS

Hujung-hujung tahun ni dah menjadi kebiasaan untuk mengisi SKT di HRMIS. Maka terpampanglah di bahagian bawah hujung sebelah kanan pelusuk dunia tertera mengenai satu aplikasi atas talian MyHRMIS Cuti. Buat masa ini, aplikasi ini di sediakan untuk smartphone yang menggunakan sistem android sahaja. 



Mungkin selepas ini dah semakin senang untuk untuk membuat semakan baki cuti, status cuti dan juga permohonan cuti atas talian bagi kakitangan kerajaan.


Sunday, November 09, 2014

Menukar Alat Kawalan Jauh Astro Secara Percuma


Sebelum nie, serius aku tak tahu pun bila alat kawalan jauh astro ni rosak (tidak berfungsi) ianya boleh di tukar ganti secara percuma. Pernah la beli ganti (yang tak original kut) kat atas Jusco dengan harga RM20 tapi tak sampai sebulan pun guna dah tak berfungsi. 

Ada call ke customer service tempohari untuk bertanyakan lokasi jika nak membeli alat kawalan jauh nie, dan aku di maklumkan ada beberapa tempat iaitu di Cheras dan Mid Valley Megamall. 



Haaa...ini lah lokasi kedai astro Mid Valley Megamall yang aku pergi. Lokasi di bahagian Centre Court, Tingkat 2 bernombor S-050. Kali pertama pergi, di sapa oleh staff perempuan yang berbaris di depan pintu tu untuk bertanyakan perkhidmatan yang aku perlukan. Yezzaaaa.... aku di maklumkan, jika aku membawa alat kawalan jauh yang lama, aku boleh dapat tukar alat baru secara percuma. Jika nak membeli, harga RM30 akan di caj ke dalam bil yang berikutnya.

Haaaa.....nampaknya customer service itu ari tak bagi tau pun boleh di tukar secara percuma dengan syarat membawa alat kawalan yang lama. Mentang-mentanglah aku tanya kat mana lokasi nak membeli kan? Memang dia betul dan aku tak boleh salahkan dia. Hihihihi..... terpaksalah pergi kali kedua. Nak menjimatkan kos.... merempit jer ngan motor.




Pergi seawal pagi untuk berurusan sememangnya menyenangkan. Maklumlah orang belum ramai lagi, urusan dapat diselesaikan dalam lingkungan masa tak sampai 5 minit pun. Siap...

Thursday, October 30, 2014

Pusat Pelacuran Di Kuala Lumpur



Salah satu page yang wujud di mukabuka (facebook) iaitu pages Kami Mahu Pusat Pelacuran Di Brickfields Ditutup Selama-lamanya. Kalau baca di akhbar, pusat pelacuran di KL bukan hanya di Brickfields sahaja malah banyak tempat-tempat lain lagi. Nama "Brickfields" hanyalah simbolik sahaja.

Jika mengikuti posting di page tersebut, admin sudah banyak kali di ugut oleh "seseorang". Bagus lah admin. Teruskan usaha dakwah. Mungkin usaha admin boleh menyelamatkan beribu-ribu yang lain di masa akan datang. Semoga ganjaran yang baik untuk admin yang tak penat untuk terus berusaha.

Tuesday, October 21, 2014

Bercakap Benar Tak Ramai Kawan?




Yang tak ramai kawan tu cakap jenis lepas, tak pandang kiri-kanan, mulut tak ambik insurans aka mulut longkang macam aku kut. Ada yang sudi bagi tips.... dah jumpa kaunselor pun tetap tak jalan jugak nih....

Monday, October 20, 2014

Antara Gunting Dan Jarum


Quote of the day:

"Jangan Bergerak seperti gunting, melangkah namun memutuskan. Bergeraklah seperti jarum, walaupun menusuk tapi menyatukan"

Alangkah indahnya dunia ini seandainya sesuatu perkara itu semudah apa yang dilafazkan.

Saturday, October 18, 2014

Berhati-hati Dengan Panggilan Mana-mana Ejen

Sudah banyak kali mendapat panggilan yang mana mungkin dari ejen untuk menwarkan pakej langganan internet.

"Err...hello encik. Saya buat panggilan dari TM. Sekarang encik ada melanggan pakej unifi 5mbps yang berharga RM149 kan?. Saya ingin membuat tawaran kepada encik dengan hanya tambahan RM20 sahaja dan menjadikan RM169 encik berpeluang untuk menaiktaraf kelajuan internet kepada 10mbps"

"Ohh...terima kasih yer. Saya dah pernah pakai yang pakej 10mbps sebelum nie yang berharga RM199 sebulan selama 2 tahun. (boleh rujuk entri Panduan Downgrade / Upgrade Unifi). Terima kasih yer, saya dah tak berminat sekarang. Cukup la saya pakai pakej 5mbps jer buat masa sekarang."

"Oh....kalau encik tak berminat apa kata saya tawarkan pakej lain iaitu kelajuan 5mbps tetapi dengan harga cuma RM139"

"Wah....baik hatinya awak. (nak kencing aku lagi la nih) Kenapa nak diturunkan harga yang saya bayarkan sekarang dari RM149 kepada RM139 sahaja sebulan? Ker ada apa-apa maksud tersirat lain? Adakah saya terikat dengan kontrak baru selama 2 tahun lagi?"

"A'ahh....encik, kontrak encik akan diperbaharui selama 2 tahun lagi"

"Oooo....tak mengapalah yer. Saya tak berminat. Terima kasih yer (dengan nada sopan santun gitew)".

Aku pernah terkena dengan soal kontrak 2 tahun nie sebelum ini. Boleh baca kat Tempoh Jaminan (warranty) Setup Box Unifi.

Cukuplah hanya aku yang terkena. Korang kena hati-hati sebelum terkena sama macam aku.

Thursday, October 16, 2014

Kesalahan Dalam Solat



Bulan lepas ada beli buku bertajuk 400 Kesalahan Dalam Solat karangan asal Mahmud Al-Misri. Tak tebal sangat pun, cuma 376 muka surat bercetak kesemuanya. Tapi disebabkan aku ni jenis yang tahan baca 3-4 muka surat jer setiap kali baca, maka bercinta juga lah nak dihabiskan.

Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Setelah dah melebihi separuh buku yang dibaca, rupanya terlampau banyaknya kesalahan-kesalahan yang dilakukan ketika solat selama ini. Nak dihabiskan separuh lagi, mungkin banyak lagi kesalahan-kesalahan lain akan dijumpai.

Rasanya, buku ini sesuai dibaca oleh semua golongan dan lapisan untuk sama-sama kita memperbaiki mutu solat kita. Tak dapat gred A+ pun takpe, sekurangnya kita dah ada usaha untuk ke arah itu. 

Insya Allah....

Wednesday, October 08, 2014

Berhati-hati Makan Ikan Celup Tepung Di Pantai Cahaya Bulan (PCB)


"Saya nak sarankan kepada mereka yang nak pergi makan ikan celup tepung (dengan pencicah) di Pantai Cahaya Bulan (PCB), seeloknya tanya terlebih dahulu harga bagi setiap cucuk fishball, hotdog, ikan dan lain-lain lagi sebelum makan. Ini kerana keluarga saya dikenakan caj sehingga RM400. Sangat terkejut. Bagaimanalah mereka sanggup mengambil untung sehingga 3x ganda.Ia betul di musim perayaan, tapi takkanlah keuntungan sehingga boleh jadi haram" - penduduk tempatan

Eh....betul tak apa yang saya terjemahkan ke bahasa surat nie? Maklumlah.... bila tak balik beraya haji ke kampung itu hari terus dah lupa loghat daerah ambo. Hihihihi....

Apapun, sukanya saya mengingati kepada rakan taulan dan sahabat handai agar berhati-hati yer. Kawan sepejabat selalu bertanya "apa yang best kat kelate, awe?" Aku dengan bangganya ingin mempromosikan negeri tercinta dengan memberitahu lokasi tempat-tempat menarik, tempat membeli-belah dan juga kedai-kedai makan yang top.

Tak salah jika kita bertanya terlebih dahulu harga bagi setiap apa yang ingin kita beli atau makan. Jika rasa berbaloi, teruskan. Kuasa membeli di tangan pengguna. 

ambo pom pernah terkena dah jugok weiiiii
 

Tuesday, July 22, 2014

Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Di Musim Perayaan

http://eelobor.blogspot.com/2012/08/panduan-dan-jalan-alternatif-menuju-ke.html
gambar dari google images

Minggu terakhir bagi mereka yang bekerja / menetap di perantauan akan pulang beraya ke kampung halaman masing-masing pada hujung minggu ini. Untuk laluan ke Pantai Timur, kesesakan kemungkinan bermula hari Jumaat selepas waktu tengahari. Walaubagaimanapun, rasanya hari Khamis malam sudah ada yang mula bergerak menuju ke destinasi bagi mengurangkan kesesakan pada hari jumaat & sabtu.

Untuk kesekian kalinya, ingin berkongsi sekali lagi artikel lama, sila klik pada Panduan & Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalulintas.  Namun kini untuk laluan melalui Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT),  khabarnya telah di buka untuk laluan ramai iaitu dari Jabor ke Cheneh. 




***sila klik link bawah

Panduan & Jalan Alternatif Menuju Ke Kelantan Bagi Mengelakkan Kesesakan Lalulintas.

Tuesday, July 01, 2014

Berhati-hati Apabila Menerima Panggilan 03-21673000

Sekitar jam 12.42pm tadi menerima panggilan dari nombor 03-2167 3000. Talian di jawab dan hanya mesin yang bercakap mengatakan dari pihak Ambank dan memaklumkan aku ada hutang kad kredit tertunggak sebanyak RM3000 lebih.

Tanpa membuang masa, talian tersebut telah aku matikan (end call) dan terus membuat carian melalui khidmat pakcik google berkenaan talian nombor 03-21673000 tersebut dan ternyata banyak blog, perkongsian melalui facebook dan bermacam lagi mengenai nombor ini. Nak tau... cer google jer...

Untuk makluman, gaji hamba yang kecik ini tidak melayakkan untuk hamba mengisi borang & membuat permohonan kad kredit. Risau juga pada mulanya sekiranya nama & salinan kad pengenalan telah disalahgunakan pihak tak bertanggungjawab. Bermacam cara untuk membuat penipuan.

Untuk nasihat, sekiranya mendapat panggilan dari nombor tersebut, maka abaikanlah dan lebih baik terus tidak di jawab panggilan tersebut. Sekian untuk perkongsian kawan-kawan.

di angkat manalah tau, kut-kut ada kengkawan yang perlukan pertolongan kecemasan....

Thursday, May 01, 2014

Senarai Penipu Online



Hati-hati dengan tektik penyamaran yang begitu berleluasa sekarang menggunakan medium laman sosial. Kalau dulu dengan teknik Skim Cepat Kaya, atau Gores & Menang, kini penipuan semakin canggih selaras dengan perkembangan teknologi.

Bagi rakan-rakan di luar sana yang ada akaun Facebook boleh la jengok kat Senarai Penipu Online atau klik saja gambar di atas sebelum anda termakan pujuk rayu mereka yang berleluasa mencari mangsa. Atau juga boleh mendapat maklumat tambahan di Info Scammer sebagai rujukan.

Bermacam cara mereka di luar sana nak mencari duit dengan cara mudah menipu hasil penat lelah orang lain. Sudahnya duit yang dilabur habis lepas. Tepuk dada tanya selera. 

prevention is better than treating!!!


Wednesday, April 30, 2014

Kenapa Komputer Anda Menjadi Perlahan

Adakah anda sering kali di tanya (di rujuk oleh pihak lain) kenapa komputer / laptop / pc menjadi perlahan atau sangat perlahan berbanding ketika mula-mula beli dulu. Atau adakah anda dalam kategori kedua iaitu mereka yang sering bertanya? Aku sering di aju persoalan sedemikian walaupun aku tak pernah ada kepakaran pun termasuk tak pernah memiliki apa-apa sijil pun dalam bidang IT nih. 



Aku suka membuat perbandingan antara komputer dengan kereta. Maksudnya dari segi penjagaan. Bagi mereka yang memiliki kereta sendiri atau yang memandu kereta sendiri ke pejabat atau yang pernah masuk bengkel kereta mungkin akan faham dengan jelas maksud aku. 

Setiap beberapa bulan, kereta perlu di servis sama ada tukar minyak hitam, tukar plug, tukar timing belt, check engine, tukar minyak gear, tukar lining brake bla...bla....bla... mengikut buku panduan penggunaan seperti yang dibekalkan ketika anda membeli kereta tersebut. 



Jika hanya tahu start enjin, masuk gear dan isi minyak jer bila habis tanpa di buat penyelenggaraan, maka tak mustahil kereta tersebut akan cepat rosak.

Begitu lah hal nya dengan komputer atau laptop. Secanggih mana spesifikasi komputer tersebut dengan kapasiti RAM yang besar, motherboard yang canggih tahap alien workshop, grafik kad yang hebat sembang tak jatuh, hard disk jenis SSD bagai, processor canggih bak teropong ajaib tok moh sekalipun, tanpa penyelengaraan yang berkala tak mustahil komputer tersebut akan menjadi perlahan sama ada ketika nak boot ataupun semasa nak buka sesuatu application.

Sebagai nasihat, belajar lah penyelengaraan komputer asas agar boleh di buat sendiri bukannya di hantar ke mana-mana kedai servis. Melainkan komputer itu memang dah rosak tahap teruk sememangnya kepakaran juruteknik bertauliah di perlukan.

ini bukan entri tutorial bagaimana nak melajukan komputer sebab aku takde kepakaran dalam bidang IT.... nanti tersalah bagi fatwa kang susah pulak. Apapun cikgu Google kan ada.... belajarlah memancing ikan bukan tunggu orang datang bagi ikan kat depan tangga rumah untuk buat makan malam

Tuesday, March 04, 2014

Luka, Sembuh & Parut

sumber facebook My Media Hub


maka atas sebab itu lah nombor 2 & 3 agak sukar 
untuk aku lupakan walaupun TELAH di maafkan.


Monday, February 10, 2014

Perhatian Untuk kaum Bapa



Kepada cik abang yang bergelar suami di luar sana, apabila ternampak notis ini kat Baby Room, tak payahlah berlagak macho nak menemankan dan duduk sebelah isteri kat dalam bilik ini. Kesian ibu-ibu lain yang nak menyusukan baby mereka. 

Selain daripada menyebabkan ibu-ibu lain tidak selesa dan malu, malah tujuannya adalah dari segi mashalat aurat kaum wanita. Cukuplah dengan macho kat rumah apabila isteri menyusukan anak, kaum bapa boleh tolong meringankan beban isteri masing-masing dengan membuat apa-apa kerja rumah yang berkaitan,




Wednesday, February 05, 2014

Tempoh Jaminan (Warranty) Set Top Box Unifi

Baru-baru ini aku ada ke TM Setapak yang berdekatan dengan Taman Tasik Titiwangsa untuk bertanyakan mengenai Set Top Box (STB) aku yang sudah tidak berfungsi (kemungkinan rosak). Untuk pengetahuan, STB adalah seperti gambar di bawah yang mana berfungsi untuk tengok siaran (langganan unifi) kat TV.



Untuk makluman juga, tempoh jaminan (warranty) bagi STB adalah setahun dari tarikh pemasangan. Sebelum ini aku pernah bertanyakan mengenai tempoh jaminan baru setelah kontrak 2 tahun aku tamat pada bulan September 2013. Boleh rujuk pada entri lepas Panduan Downgrade / Upgrade Pakej Unifi. Pada hakikatnya STB aku dah lama rosak iaitu pada tahun 2012 iaitu selepas setahun aku mula melanggan unifi. 

Tapi aku tak ambil pot sangat sebab tak tengok sangat pun channel kat HyppTV yang banyak merapu dan aku juga pelanggan pakej astro. Malah aku juga pernah di nasihatkan oleh seseorang, iaitu apabila tamat tempoh jaminan dan tamat kontrak, TAMAT jer akaun lama & buat pendaftaran pada akaun baru maka kita akan mendapat segala peralatan baru serta tempoh jaminan yang baru. SATU PENGAJARAN yang telah aku abaikan!!!!!

Pada bulan september lepas (2013) aku juga ke TM Setapak untuk proses downgrade pakej dan aku sempat bertanya kepada staff di kaunter, adakah aku akan mendapat tempoh JAMINAN yang baru kerana setiap downgrade pakej aku akan terikat dengan tempoh KONTRAK baru selama 2 tahun lagi dengan peralatan LAMA SEDIA ADA sebelum ini seperti STB(tak berfungsi), Residential Gateway (router kut?), Telefon Tanpa Wayar yang kesemuanya hanya tempoh jaminan hanya setahun sahaja kecuali Broadband Termination Unit (BTU) yang mana tempoh jaminan adalah sepanjang hayat. Jawapan tersebut adalah YA, aku berhak untuk mendapat tempoh JAMINAN baru dengan KONTRAK BARU. 

Sehinggalah pada beberapa minggu lepas, bila mana aku ke sana untuk buat aduan mengenai STB aku yang telah rosak maka aku telah mendapat jawapan yang sebaliknya iaitu tempoh jaminan aku telah tamat dan ianya dikira setahun dari tempoh pemasangan akaun aku pada tahun 2011. Ya... aku telah terkena dan aku tiada bukti percakapan yang di rekod atau video yang yang dirakam bilamana pernah diberitahu sebelum ini mengenai tempoh jaminan yang baru apabila kontrak baru di sambung.

Sekadar untuk berkongsi.... biarlah hanya aku yang terkena dan tidak kepada anda-anda yang lain di luar sana.


Sunday, January 19, 2014

Duit Itu Magnet



Berduit lebih umpama magnet. 
Lebih banyak duit maka lebih tinggi la daya tarikan magnet tersebut.