Friday, September 20, 2013

Borang Kebenaran Wakil Amanah Saham Nasional Berhad

http://www.asnb.com.my/pdf/PERKHIDMATAN/Surat%20Kebenaran%20Wakil.pdf


Hari ini ke Maybank untuk urusan mengemaskini buku pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tujuan asal sebenarnya untuk melihat kemasukan duit pelaburan yang telah dibuat melalui perpindahan Maybank2u. Nampaknya duit yang di buat melalui transaksi secara dalam talian semalam belum di masukkan lagi dalam akaun pelaburan walaupun transaksi tersebut menyatakan telah berjaya. Mungkin ambil masa beberapa hari kut...

Namun untuk proses mengemaskini buku pelaburan pihak ketiga, kini memerlukan pengesahan dari tuan punya akaun tersebut dengan mengisi Borang Kebenaran Wakil seperti dalam gambar di atas. Borang tersebut boleh di muat turun di sini. Hehehe...kalau tak boleh la tengok berapa la dividen mywife dapat.

3 comments:

mama maman aka yana said...

mesti byk nih.. org gaji besar... hehe

HeNRieTTa JoSe said...

eehhh dividen dah kuar ke? bukan bulan januari ke? rietta selalu terlepas info...hehehe...

eelobor said...

rita: yup...yg lama cuma x pernah pegi update jer. hihihi