Friday, September 20, 2013

Borang Kebenaran Wakil Amanah Saham Nasional Berhad

http://www.asnb.com.my/pdf/PERKHIDMATAN/Surat%20Kebenaran%20Wakil.pdf


Hari ini ke Maybank untuk urusan mengemaskini buku pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Tujuan asal sebenarnya untuk melihat kemasukan duit pelaburan yang telah dibuat melalui perpindahan Maybank2u. Nampaknya duit yang di buat melalui transaksi secara dalam talian semalam belum di masukkan lagi dalam akaun pelaburan walaupun transaksi tersebut menyatakan telah berjaya. Mungkin ambil masa beberapa hari kut...

Namun untuk proses mengemaskini buku pelaburan pihak ketiga, kini memerlukan pengesahan dari tuan punya akaun tersebut dengan mengisi Borang Kebenaran Wakil seperti dalam gambar di atas. Borang tersebut boleh di muat turun di sini. Hehehe...kalau tak boleh la tengok berapa la dividen mywife dapat.

Thursday, September 19, 2013

Panduan Downgrade / Upgrade Pakej Unifi



Sekiranya anda melanggan unifi dan bercadang untuk menaiktaraf (upgrade) pakej yang telah dilanggani, di nasihatkan untuk lebih berhati-hati agar tidak terasa seperti tertipu di kemudian hari. Aku telah melanggan pakej VIP5 pada September 2011 dan setelah sebulan-dua aku telah menaiktaraf ke pakej VIP10.

Proses untuk upgrade tersangat mudah iaitu anda hanya boleh main tekan-tekan cam gitu jer kat laman akaun unifi (sudah tentu kena login ke akaun sendiri), tapi untuk proses downgrade amat sedikit cerewet. Banyak proses (cengkadak ko) yang terpaksa kena lalui.

Aku di maklumlan oleh staff TM Unifi bahawa sekiranya ingin downgrade akan dikenakan bayaran penalti sekiranya BELUM TAMAT TEMPOH KONTRAK. Maka dengan jujur dan penuh kesabaranlah aku menunggu tarikh kontrak berakhir iaitu pada hari ini genaplah 2 tahun 1 hari (dah siap extra sehari).

Alih-alih bila ke TM POINT SETAPAK, aku telah diberitahu bahawa caj sebanyak RM200 akan dikenakan sekiranya mahu membuat proses downgrade. Aku memberitahu staff tersebut bahawa aku telah dimaklumkan sebelum ini, sekiranya tamat tempoh kontrak tiada bayaran penalti yang akan dikenakan. 

Setelah berbincang dan mintak penjelasan, staff tersebut bersetuju untuk membuat proses downgrade tanpa mengenakan penalti namun pertukaran pakej dari VIP10 kepada VIP5 akan menyebabkan aku akan terikat dengan KONTRAK BARU selama 2 tahun lagi walaupun menggunakan nombor akaun yang sama, pelanggan yang sama dan bernomborkan kad pengenalan yang sama

Dalam bab ini aku memuji astro kerana sekiranya kita ingin menamatkan perkhidmatan (setelah tamat tempoh kontrak), boleh di buat hanya melalui panggilan telefon sahaja. Walaupun terpaksa bercakap dengan mesin yang menjawab panggilan antara 3-4 minit, namun prosesnya cukup mudah. Dan sekiranya ingin menyambung kembali langganan tersebut setelah beberapa bulan kemudian, juga hanya melalui proses yang sama iaitu hanya melalui panggilan sahaja.

Pengajarannya cukup mudah iaitu berhati-hatilah dan bertanyalah & mintak nasihat atau pandangan kepada kawan-kawan yang sudah ada pengalaman agar anda juga tidak TERKENA dengan permainan sebegini kerana aku yakin 100%, kebanyakkan dari kita tak ada masa untuk membaca kontrak yang tertulis kat belakang borang permohonan tersebut.


Tempoh Jaminan (warranty) Setup Box Unifi