Tuesday, June 18, 2013

Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Telah Dibuat

Lebih kurang jam 10:27am pagi tadi mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang bernombor 076893000 & memperkenalkan dirinya dari pihak CELCOM. Secara spontan aku bertanya kenapa CELCOM buat panggilan dari Johor bukannya KL (berdasarkan kod kawasan yang tertera). 

Katanya "Kita membuat panggilan telefon ke seluruh Malaysia la Encik"

Dia bertanyakan aku mengenai akaun bil celcom yang pernah aku daftarkan atas nama & ic aku yang beralamat di kampung pada tahun 2004 dan masih tertunggak berjumlah RM626.68. Dan aku menjelaskan kepadanya bahawa segala bil tertunggak teah dijelaskan pada 29.09.2008 bertempat di cawangan Taman Sri Cemerlang Kota Bharu (ER-Kota Bharu-2311020).

Aku juga telah dikeluarkan sekeping surat pengesahan (Confirmation of Settlement) dari Cawangan Selayang bertarikh 30 March 2009.

Setelah beberapa tahun kemudian (merujuk kepada kes pagi ini) mendapat panggilan telefon (mungkin syarikat yang di lantik untuk mengutip hutang tertunggak?), agaknya berlaku kesilapan di pihak mana? Nasib baik segala resit pembayaran dan surat pengesahan tersebut masih dalam simpanan. Andai kata resit dan surat tersebut hilang/rosak, di manakah bukti pembayaran yang telah aku buat?

Kesimpulannya, simpan lah segala resit yang telah di buat untuk kegunaan kemudian hari bagi mengelakkan kes-kes sebegini,

14 comments:

anyss said...

Assalamualaikum,
Mak aihhhhh! mmana nak korek tu. tak kan berapa lama punya bil masih simpan kot hu huhuhu

rinduan citarasa said...

2008?

peeh. thanks bkongsi

cheqna said...

aloh..2008 tu..pah mano halo doh

Murni Alfathunnisa said...

kalau ikut tempoh penyimpanan rekod perakaunan paling minimum 5 tahun. sedang elok 7 tahun. cayalah! saya bayar hari ni..paling lama sebulan je simpan. lepas tu ke tong sampah. huhu...takut jugak ni. ater, kalau bayar online lagu mana gamaknya tu kan...tak pasal-pasal je..

mama maman aka yana said...

rasanya paling lama simpan pun dalam sari dua jew.. pastu masuk tong sampah la.. hahaha

*∽ IZAN ∽* said...

Jenuh la kalau kes2 lama dikorek2 semula cam ni.. saya pun pernah terkena.. memang jenuh!

Kakzakie said...

Lama benar tu ee. Kalau kakak biasa simpan 2-3 tahun aje lepas tu memang abang dah buanglah..

Kira nasib baiklah ye..

Anonymous said...

Macam mana dengan saya sya pkai prepaid ari2 topup. Knp no ni telefon saya ya?

makcikkantin said...

wow....lamanya simpan resit.....

Sharinginfoz said...

thanks untuk peringatan bro

Fazleyatul Aini said...

pandai diorang ni nak cekau duit customer. pentingnya simpan resit kan. baguih2

melati putih said...

Ptg tadi br dpt call dr number ni (076893000) tp xsempat angkat fon sbb bz kerja td.
kemuadian saja search no ni dlm google klu ada information company mn² ke yg call untuk interview (skrg tgh cri kerja baru.he²).tp bila search jumpa blog ni.so.....? tergamam seketika.hu²

Anonymous said...

Sama nasib ni..td no ni ada call. Nasib baik xangkat...huhu..

saril said...

Haha baru saja no nie call..mujur x angkat..haha