Tuesday, June 18, 2013

Simpan Setiap Resit Pembayaran Yang Telah Dibuat

Lebih kurang jam 10:27am pagi tadi mendapat panggilan telefon dari seorang wanita yang bernombor 076893000 & memperkenalkan dirinya dari pihak CELCOM. Secara spontan aku bertanya kenapa CELCOM buat panggilan dari Johor bukannya KL (berdasarkan kod kawasan yang tertera). 

Katanya "Kita membuat panggilan telefon ke seluruh Malaysia la Encik"

Dia bertanyakan aku mengenai akaun bil celcom yang pernah aku daftarkan atas nama & ic aku yang beralamat di kampung pada tahun 2004 dan masih tertunggak berjumlah RM626.68. Dan aku menjelaskan kepadanya bahawa segala bil tertunggak teah dijelaskan pada 29.09.2008 bertempat di cawangan Taman Sri Cemerlang Kota Bharu (ER-Kota Bharu-2311020).

Aku juga telah dikeluarkan sekeping surat pengesahan (Confirmation of Settlement) dari Cawangan Selayang bertarikh 30 March 2009.

Setelah beberapa tahun kemudian (merujuk kepada kes pagi ini) mendapat panggilan telefon (mungkin syarikat yang di lantik untuk mengutip hutang tertunggak?), agaknya berlaku kesilapan di pihak mana? Nasib baik segala resit pembayaran dan surat pengesahan tersebut masih dalam simpanan. Andai kata resit dan surat tersebut hilang/rosak, di manakah bukti pembayaran yang telah aku buat?

Kesimpulannya, simpan lah segala resit yang telah di buat untuk kegunaan kemudian hari bagi mengelakkan kes-kes sebegini,