Monday, April 15, 2013

Cara Menurunkan Berat Badan



Sebelum ni aku tak pernah layan pun kalau ada apa-apa persoalan dari yang bernama Anonymous nih. Tetapi memandangkan tajuk yang bakal di kongsikan ini pun, aku juga perlu pandangan dari kawan-kawan lain juga adakah cara yang aku amalkan ini betul dalam proses menurunkan berat badan. Ada persoalan yang ditanya dari entri sebelum ini iaitu Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan.

Cara yang aku amalkan iaitu melibatkan gabungan 2 perkara iaitu mengawal pemakanan dan juga bersenam.

Cara pertama iaitu mengawal pemakanan bererti aku TIDAK akan membiarkan diri aku sesekali lapar. Aku akan makan seperti biasa cuma dalam jumlah pengambilan makanan yang sedikit dan tukar corak pemakanan serta mengikut jadual makanan yang tetap setiap hari. Kalau sebelum ini aku akan makan makanan yang berat seperti nasi sebanyak 3x sehari untuk sarapan pagi, waktu tengahari dan malam dan makan tidak ikut waktu. Ikut dan jer....



Kini aku mula menukar corak pemakanan iaitu aku iaitu mengambil sarapan pagi dengan Oat dan segelas air susu pada jam 7am. Untuk waktu minum pagi pada jam 9.30am pula cukup sekadar roti canai dan air suam. Kalau rasa malas nak keluar ke kedai, aku bawak bekalan biskut jer dalam 3 keping. 

Untuk makan tengahari pula adalah nasi putih, sayur & juga lauk (contoh seperti ayam atau ikan) dan air suam. Untuk sejarah dalam hidup aku bila dah berusia hampir 36 tahun baru nak belajar makan sayur-sayuran. Hehehehe...sangat teruk kan. Namun aku pastikan nasi putih adalah separuh sahaja dari kebiasaan yang aku makan dulu. Mungkin selepas ini jumlah nasi akan di kurangkan lagi.

Untuk minum petang cuma sekadar air suam dan makan buahan sebelum keluar bersenam. Dan selepas pulang dari bersenam aku akan makan buahan-buahan lagi berserta air suam. Selain mengurangkan kuantiti makanan yang di ambil, aku juga mengurangkan pengambilan gula yang berlebihan serta memperbanyakkan minum air suam / air masak. Untuk minum malam cuma sekadar segelas air teh hijau (green tea) tanpa gula.

Untuk cara yang kedua adalah bersenam. Aku akan cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan peluh setiap hari sekiranya cuaca mengizinkan untuk ke tasik berhampiran rumah. Pada peringkat permulaan aku hanya berjalan kaki sahaja sejauh beberapa kilometer dan kini aku sudah mampu untuk berlari. Aku tak menetapkan tempoh setiap kali satu sessi bersenam selama beberapa minit. Aku cuma buat ikut keupayaan sendiri. Apa yang penting adalah konsisten iaitu setiap hari mesti dilakukan.



Apapun aku bangga dengan diri sendiri kerana dapat menurunkan berat badan tanpa menggunakan apa-apa jenis produk sampingan yang banyak di jual kat luar sana. Sesiapa yang ada pandangan atau cadangan boleh berkongsi adakah cara aku ini betul? Jika salah, sudilah kiranya untuk berkongsi pandangan tersebut.

Nak berubah senang, nak mengekalkan perubahan itu perlukan kesabaran

Sila baca di sini: Turun 10kg Dalam Tempoh 2 Bulan

11 comments:

makcikkantin said...

Dah boleh ubah sendiri...bravo lah tu....it takes a strong person with strong will, no starving n all sweat....cehhh

Kakzakie said...

Kakak pula ni Ee kalau makan boleh control juga sebab dah tua makan memang tak banyak mana tapi senaman memang tak pernah buat...

mama maman aka yana said...

sy percaya saudara eelobor mampu melakukannya.. istiqamah yer

HeNRieTTa JoSe said...

wah...sangat disiplin kan...btul tu....nak berubah snang....nak kekalkan tu yang susah...moga terus berjaya yea...

Murni Alfathunnisa said...

erk..tak makan sayur selama ini..? baru saya tau...

senaman tu bagus, tapi nak maintain rutin tu perlukan disiplin tinggi. apa2 pun...kipidap..! :-)

*∽ IZAN ∽* said...

Wow memang memberangsangkannn. Banyak tu turun sampai 10kg...Bagus tu dah rajin excercise & jaga kesihatann.

Alhamdulillah Muaz dah nak dapat adik. Moga semuanya dipermudahkan nanti... aminnnnn

azzey said...

Gud Job! keep it up! stlh lama x ke sini ada news yg hot cm ni....he3...

*btw...kita sebaya le ye rupanya..baru tau..hu3...*

anyss said...

Assalamualaikum,
hu hu hu nak try jugak la ;)

noisyaz said...

Kalau betul turun 10 kg in 2 months,mesti u ni sgt besar orgnya.. Thats y mudah trun.. Dgn food intake mcm u ckp tu, with jogging n running still i think for average size people ssh nk trun berat.. Anyway admire your determination!

Sopi Hamid said...

BMI badan sy skaran 35...berat badan 82 kg....selepasxmkn nasi berat mmg turun mendadak ...cma mkn mee sup n ikan je...buah n air suam jd wajib....snaman ikut keadaan cuaca tp msti peluh dlm sehari...seminggu buat dapat hlg 4 kg...mula2 xbiasa tpbila dh biasa jg kekok kalo x buat...

Sopi Hamid said...

Sy ada tip yg blh bg turun berat dgn mudah